Dah nak seminggu raya,
Baru sempat tulis kisah bulan puasa.
Sibuk dan susah nak upload gambar guna hp.
Minggu ke tiga kita berpuasa,
Mak Mama Yan dikejarkan ke hospital kerana batuk sehingga sesak nafas.
Masa tu hari Sabtu malam, 7 Mac.
Suami MY hantarkan MY balik ke Raub naik kereta.
Lepas tu, suami balik semula ke Johor dengan menaiki bas.
Kereta tinggal dengan MY di Raub untuk urusan seharian.
Masa dalam perjalanan tu,
Adik ipar MY yang tolong jagakan mak dalam ward,
Lepas MY dah sampai,
Barulah MY yang temankan mak
Hari pertama dan kedua ( Ahad dan Isnin) mak pakai bantuan oksigen lagi untuk bernafas.
Selasa , Rabu dan Khamis dah tak pakai oksigen dah.
Doktor bagi ubat untuk cairkan kahak.
Selain doktor yang round ward,
Ada doktor rehabilitasi juga yang round dari katil ke katil untuk ajar mak teknik bernafas, teknik kuatkan paru-paru, teknik keluarkan kahak semua.
Masa hari Selasa tu, mak macam dah sihat dah,
Tapi makmal kata ada kuman dalam paru-paru,
Sample darah dan kahak dihantar ke makmal hospital Kuala Lipis.
Tapi result Kuala Lipis keluar lewat.
Doktor call ke makmal Hospital Kuala Lipis,
Keputusan tak rasmi dah keluar,
Clear dari kuman bahaya.
Tapi hospital Raub kata,
Kita tunggulah lab report keluar,
Dah sah kuman tu tak bahaya,
Baru boleh discaj.
Maka, ber we time lah MY dengan mak kat dalam wad tu.
Ni ubat-ubatan yang Mak MY kena makan pada waktu pagi.
Diabetes, darah tinggi, cairkan kahak dan vitamin.
Antibiotik cucuk ikut iv
Untuk malam,
Sebelum sebelum ni mak gunakan ubat warfarin untuk cairkan darah.
Mak ada sakit jantung juga.
Tapi lepas warded,
Doktor tukarkan ke ubat Apixaban ni.
Alhamdulillah, kurang sikit la temujanji mak lepas guna ubat ni.
Kalau guna Warfarin, sebulan sekali kena pergi check kepekatan darah.
Tak boleh makan sayuran hijau dan sayur yang tinggi vitamin K,
Balik balik carrot, celery, cendawan, cauliflower, terung.
Sekarang dah boleh dah makan semua jenis sayur dengan kadar yang sederhana.
Ni sahur Mama Yan di wad,
Mak Ngah (adik mak) belikan.
Sungguh tak mesra diabetes ya.
Ada hari yang sahur susu Glucerna dan roti juga.
Asalkan beralas la perut sebab MY nak kena makan ubat.
Hadap orang sakit sahur gajah.. hahaha
Kat hospital Raub ni takde kantin atau kafeteria ye.
Aje kebulur orang yang menjaga orang sakit ni.
Nasib baik ada adik lelaki MY belikan makanan berbuka.
Hari Ahad tu dia belikan nasi ayam gepuk.
Hari Isnin pula dia belikan nasi tomato.
Esoknya bangun pagi MY asyik berulang ke tandas aje.
Sakit perut weh.
Sampai tak puasa la MY hari Selasa tu sebab cirit birit.
Akhirnya hari Khamis,
Berjaya bawa mak balik ke rumah dengan selamat.
Syukur sangat.
Memang petang tu,
Lepas Asar,
MY tidur aje.
Penat weh tidur atas kerusi malas dengan lampu terabg benderang.
Makanan berbuka MY order Chicken Rice Shop kat Food Panda aje.
Lepas tu, handphone MY tiba tiba je jadi silence mode,
Rasanya macam takde ubah apa apa,
Terlewat lah sikit buka pintu,
Bukan main marah lagi rider tu walaupun MY dah tertunduk-tunduk macam orang Jepun minta maaf,
Tapi dia masih marah-marah dan membebel,
Daripada nak bagi tips lebih,
Terus MY bagi ngam ngam.
Memanglah MY salah, tapi kan dah minta maaf.
Tapi dia tetap tak boleh cool down.
Terima ajelah...
Cuma marah dan baran ni merugikan diri sendiri sebenarnya.
Elok elok kita nak bayar gantirugi,
terus tak jadi.
Berbaki hari Jumaat dan Sabtu sebelum MY balik Johor,
MY kemaskan rumah sebelum sambut hari raya.
Tukarkan langsir,
Belikan sarung kusyen baru,
Buang sawang sawang,
Buang kalendar lama yang bergentayangan kat dinding.
Kalau ikutkan hati,
Nak je duduk Raub sampai hari raya terus,
Tapi Mama Yan pun ada tanggungjawab kepada suami, anak anak dan syarikat juga.
Baju raya anak anak belum basuh lepas MY alter hari tu,
Tax agent dah kejar nak hantar borang E,
Pening kepala MY.
Hari Sabtu pagi, suami MY bawa Ucid, Aril dan Sarah naik bas dari Terminal Larkin, Johor ke Raub.
Seronok anak anak dapat pengalaman travel dengan pengangkutan awam,
Sahur di Terminal Bersepadu Selatan makan roti, burger dan air kotak,
Lepas tu naik LRT ke Pekeliling,
Sambung pula naik bas ke Raub.
Sama macam cara Mama Yan balik Raub zaman bujang dulu.
Tapi zaman MY dulu TBS belum wujud,
dari Johor bas berhenti di Hentian Puduraya.
Pukul 10 pagi suami dan anak-anak sampai Raub.
Kami bertolak balik ke Johor lepas berbuka puasa hari Sabtu tu.
Sedih pulak nak tinggalkan mak kat rumah tu.
Tapi sempat la pasangakn CCTV kat dapur rumah.
Mak memang selalu duduk kawasan dapur je.
Kalau rindu,
Buka la CCTV tengok mak.. hahaha
Oklah.. tu je lah dugaannya selain dugaan lapar dahaga dan panas ni.
Sekian, wassalam





.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

No comments:
Post a Comment
Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)