Salam Aidil Fitri dan Maaf Zahir Batin kepada semua pembaca blog aziankhalil.com.
Semoga kedatangan Syawal kali ini memberi lebih makna dalam kasih sayang antara kita sesama manusia dan juga antara kita dan Pencipta
Tahun ni MY berhari raya di kampung halaman MY di Raub Pahang.
Hari Rabu malam tu kami dah sampai ke rumah keluarga suami di Segamat,
Bersahur dan berbuka di Segamat pada hari Khamis.
Malamnya tu, kami mula bertolak ke Raub pula.
Sampai di Plaza Tol Gombak jam 1 pagi.
Fuhhh… merangkak start dari Tol Gombak tu sampai la ke Tol Bentong.
Kami sampai Raub sekitar jam 4 pagi.
Terus aje bersahur di Restoran Nasi Kandar Pokok Kelapa.
Pukul 5 sampai rumah ,
Adik adik tengah ready nak bersahur.
Anak anak MY mengikut turutan.
Alhamdulillah..
Bersyukur sapat meraikan aidil fitri bersama keluarga.
Kali terakhir MY berkesempatan membuat persiapan raya dan menyambut raya di Raub tahun 2019,
Semoga tahun tahun akan datang masih lagi kita dapat meraikan hari kemenangan umat Islam bersama-sama keluarga.
InsyaAllah
Aminn



No comments:
Post a Comment
Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)