Sunday, February 3, 2019

Diet Oh Diet!

Susah jadi suami yang isterinya poyo ni tau...
Beria ia kata nak diet,
Taknak makan nasi,
Taknak makan malam,
Tapi bila suami keluar beli makanan,
Tak belikan bini sekali...
Huh..
Sentap sampai pagi...
Lagi sentap bila suami makan sorang sorang,
Tak pelawa,
Apatah lagi nak bahagi dua,
Pakej merajuk siap muncung sedepa.

Tapikan,
Bila bini beria ia nak diet,
Suami tetap ajak teman makan,
Suami belikan makanan,
Suami masakkan makanan,
Kemain lagi suami dipersalahkan,
Tak sokong isteri diet la...
Tak bagi moral support kat isteri nak diet la...
Pemusnah diet isteri la...
Hihihi...

Ada tak yang macam kat atas ni?
Suami/isteri sepatutnya bagi sokongan kat pasangan yang nak berdiet,
Bukan untuk kurus semata mata,
Tapi juga untuk kesihatan kan...
Kalau pasangan tengah diet,
Janganlah makan nasi goreng feveret pasangan kita depan si dia yang tengah berusaha nak turunkan berat badan.

Susah betul nak turunkan berat badan ni.
Sekarang 74kg,
Aim nak turunkan jadi 65kg sebelum raya. 
Lost 2 kg je setiap bulan
Harap harap boleh...
Caiyokk!!!



9 comments:

Nor Azimah said...

Huhu..akak rasa berat akk pun dah naik semenjak benti kerja ni, yelah duk umh banyak duduk ngadap tv atau main phone jer, akk pun tengah usaha nak kurus semula ni..tiap senin kamis nak puasa, dah tu nak minum air asam keping, mudah2an berjaya kita ye Yan.

wahida said...

nak diet ni mmg bukan senang...kalau takde keazaman yang kuat mmg ke laut dalam la jawabnya diet tu...huhu...i feel u sis...

Hatta Ataicha said...

nak diet.. azam kena kuat.. kalau tak kuat.. yg turun belas kilo leh naik lagi banyak.. :)

LydSunshine said...

Kesimpulannya, isteri harap suami support usaha dia nak diet tu dengan, berdiet bersama. Itu baru support. Sbb kalau time dia tak beli makanan utk wife, kang gitu la jadinya. Sentap sampai pagi. Kekeke.

AzianKhalil said...

Haha..tu la...saya pun membesar bagai johan ni. Jalan sikit mengah

AzianKhalil said...

Tengok artis diet macam senang je... kita ni ha...ada makanan lebih sijit..nak buabg sayang....ngap juga...tah bila nak kurus

AzianKhalil said...

Azam je kuat...tekak tak kuat...

AzianKhalil said...

Mungkinkah akan terjadi?

Warisan Petani said...

Tekak tengah sedap nak makan itu ini
Macam mana nak diet

Klik! Klik!

Post Terhangat