Thursday, June 13, 2019

Throwback shopping raya

Hari Sabtu sebelum raya tu,
Suami Mama Yan luangkan masa untuk bawa shopping ke mana aje Mama Yan nak pergi...
Yahoooo...

So...lokasi pertama adalah Al Ikhsan Sport cawangan Taman Universiti..
nak cari kasut baru abah sebenarnya...
Pilih pilih pilih...
Grab 2 helai baju adik... 1 helai baju mak...
kasut abah? belum ketemu...

lepas tu, bergerak ke lokasi shopping yang kedua...
Al Ikhsan factory store kat Taman Universiti juga...
Ok...jumpa kasut abah..
dan belikan adik ipar selai tshirt berkolar.

Lepas keluar Al Ikhsan..
pergi AEON Taman Universiti pulak...
sambung lagi shopping barang Mama Yan...
Nak raya ni...kena beli pakaian kecil kecil tu yang baru dan elok...
takkan baju luar aje lawa kannn...
lepastu...
Pusing pusing cuci mata...nampak selai kemeja lengan panjang, 
lagipun ada diskaun 50%...ambikkk..alah...RM25 jurrr
senang nak bawa kerja...
carikan selai seluar jeans adik mirzan,
Kesian dia...asik pakai baju lebih lebih abang abang aje...
lepas settle shopping kat Jusco, kitorang balik rumah dulu..
nak solat dan rehat2 dulu...
Puasa kot...penat...hahaha

petang sikit...Kami pergi ke Sport direct kat Tesco Mutiara Rini dulu..
Cari beg balik kampung.
beg yang beli kat kedai nyonya tepi jalan tu dah rosak zipnya..
ke kiri buka..ke kanan buka...
grrrrr...geram kalau beli benda murah macam ni la..
niat di hati nak jimat..
akhirnya jadi rugi...
sebab kena juga beli yang lain.
Lepas beli urusan beli beg settle,
Kami pun bertolak nak pergi Angsana Jb pulak..
Tapi jalan nak masuk Angsana gila punya sesak...
Terpaksalah melencong ke Desa Rahmat dulu..
survey tempat berbuka...sebab dah pukul 6 lebih...
Okay...Nampak restoran nasi Arab..
tengok restoran kosong dan lapang aje..
kira oklah...
Singgah jap rumah arwah kakak ipar kat belakang tu je...
tak jauh sangat pun...
Turun kete salam salam, bagi duit raya dan kuih raya..
lepas tu, pergi balik kat restaurant tadi...

Rupanya table tinggal 2 ke 3 biji je yang kosong lagi..
Orang memang takde...tp meja yang dah ada slip order kaler kuning,
dah ada orang booking katanya...
hahaha....adoiii,.. 
patutnya kitorang booking dan order dulu baru pergi rumah kakak ipar..

Nama kedai ni..
Restaurant Wadi Hana Elarabi..
Hidangan dia of course la nasi Arab.
Tapi, gambar makanan kompomla takde...hihihi..
dah lapar,..
takdan la nak ambik gambar..
gambar kat bawah ni pun ambil sementara tunggu makanan sampai...
Makan pun laju laju..
Nak kejar Maghrib..
Sebab tu tak suka berbuka kat luar..

kami ambil set B..
dalam set tu...tulis untuk 3 orang..
2 jenis nasi, lauk ayam 1, lauk kambing 1,
puding 3, air 3, 
walaupun katanya sesuai untuk 3 orang makan,
kami makan berdua sampai licin...hahaha..
Puasa kot...tak sahur lak tu.



lepas selesai berbuka, terus ke Angsana...
jalan masuk dah clear sikit...
parking jauh sikit la tapinya...
tapi takpelah...kitorang berdua je..
Kalau bawa anak anak tak boleh parking kat tanah lapang depan tu..
susah nak bawa melintas ramai ramai ni..
nak nak kete nombor plet singapore ni bukan reti nak bertolak ansur kat pejalan kaki ,
laju semacam je...
mungkin tak semua..
tapi setakat yang Mama Yan jumpa... 
memang begitulah cara mereka bawa kereta kat JB ni...
Bukan racist tau...sebab takde kena mengena dengan race pun...

Misi mencari jubah raya warna purple untuk mak mentua berjaya...
kami pun balik dengan senang hati...
malam tu start packing lagi barang barang untuk balik kampung esoknya...

Penat...tapi happy...
walaupun Mama Yan dan suami tak beli baju raya baru..
takde hal..
pakai je yang mana masih cantik dan masih muat..
anak anak je la yang berganti bajunya...
sebab diorang tengah galak meninggi..
Lagipun Mama Yan fefeeling Lisa Surihani...
ada yang tak beli baju khas untuk raya macam Mama Yan tak?

'Pelakon Lisa Surihani akui tiada persiapan baju raya untuknya dan keluarga pada Syawal ini.
Menurut Lisa, dia dan Yusry cuba untuk bersederhana dan memadai memakai kembali baju raya dari tahun lalu.
“Tahun ini persiapan raya sangat bersederhana kerana kami tiada menempah baju atau sebagainya seperti sebelum ini.
“Mungkin kami akan pakai baju raya tahun lalu sahaja.
“Tak tahu kenapa, tahun ini saya beritahu Yusry mahu ‘recycle’ sahaja baju raya tahun-tahun lalu.
“Jika tidak kami pasti akan tempah sekurang-kurangnya sepasang untuk raya pertama,” katanya kepada Gempak.
Lisa ditemui bersama Yusry ketika majlis berbuka puasa anjuran Astro baru-baru ini.
Sementara itu, Yusry memberitahu sudah beberapa tahun dia meminta Lisa supaya tidak menempah baju baharu untuk raya dan cukup memadai memakai apa yang ada.
“Sebenarnya, sejak beberapa tahun lalu lagi saya memberitahu Lisa supaya tidak perlu menempah baju baharu kerana baju raya tahun lalu masih elok dan boleh dipakai.
“Bagi saya kami pun sudah ada banyak baju kurung dan Melayu dan hampir semua warna pun ada. Cukuplah pakai apa yang ada kerana ia masih elok lagi,” katanya.''




6 comments:

Mrs. A said...

Bagus jugak idea recycle baju raya yang lepas-lepas tu tapi kalu family Mrs. A ada yang dah tak muat kot.

Expecially untuk anak-anak alignment dah lari banyak hehehee...

Kalu kat Jb keta singapore ya #kuangajaq kalau kat tempat lain teksi kot kurang sangat timbang rasa si teksi ni huhuhuu...

AzianKhalil said...

Mrs. A> Anak anak memang iap tahun kena tukar... semua dah senteng macam nak gi sawah... tu belum lagi yang tak muat tang perut.

Aryan azra said...

lega bila apa yang nak dibeli tu kita dapat kan. Biasanya kalau saya baju melayu suami yang tak bertukar dia akan pilih warna apa yang nak dipakai tahun tu, saya dan anak2 akan beli baju ikt baju melayu yang dia pilih

norhidana said...

mama Yan ddk area mana ek? bila sebut nama tempat2 tuh... eh teringat dulu kita pernah ddk area2 situ n mmg situ lah tempat supinknya...

dulu kita ddk tmn sri pulai, jalan pakis 8, masa keje kt utm skudai tahun 2003-2007

syok la kan dpt supink2 pastu dh pnt supink2 buka kt luar ters kan

Abam Kie said...

wah! beraya sakan la mama yan tempohari.

Sunah Sakura said...

kedai makan arab tu housemate selalu ajak pergi tapi tak sampai-sampai pun lagi..huhu...insya'Allah nanti nak pergi rasa juga

saya pun ada jugak recycle baju raya lama..sebab masih elok lagi kan...pakai baju kurung pun da jarang2 skang..dulu masa master je rajin pakai baju kurung hari2...kadang nak kuar jalan2 pun pakai baju kurung

saya kat Taman Teratai kak! akak duk mana?

Klik! Klik!

Post Terhangat