Wednesday, August 28, 2019

TAKKAN MERUBAH - Sufian Suhaimi & Amira Othman ( OST Filem Motif )



Saja je nak share...
sebab..
Dengar sekali je dah jatuh cinta...
Jatuh cinta juga dengan penampilan Cik Hajah Amira Othman yang manis bertudung dan berpakaian sopan...
Mama Yan takde tudung dan baju putih pun..
Tak yakin nak pakai..
takut comot...hahaha

Monday, August 26, 2019

Bihun Singapura & Bihun Sup Utara

Agak lama dah tak upload entry kat blog..
Last Hari Khamis minggu lepas...
Alamak..
tak berjaya la azam nak upload seminggu 10 entry..
hihihi...
Bahan ada banyak..
Tapi Mood menulis lari jauh..
Semput MY nak kejar...

Oh ya..
ni first time jumpa Bihun Singapura versi berkuah...
Selalu, bihun Singapura dirujuk pada bihun goreng putih...
Tapi ni..
masa Mama Yan nak makan, 
Orang tu kata ni resepi original dari Singapura,
Bihun Singapura memang ada kuah taucu...
Oklah..
Mama Yan try..


Close up sikit...
Ada kuah taucu..
Ada dua hiris tahu..
Ada telur rebus separuh...
Kuah dia tak banyak,
Ngam ngam je dengan bihunnya..

Rasa dia...Boleh tahan...
eh..sebenarnya tak boleh tahan..
Hari tu rasa nak repeat..
Datang lagi..
aikkk...
Takde...hari tu diorang bihun bihun sup Utara la pulak
Hmmm....
Dah sampai...utara pun utara la...
Ooo...
Gini ye rupa bihun sup utara...
Maklumlah...
Tak pernah sampai utara...
Hihihi...

Mama Yan makan ni dekat Restoran Lesung Ibu Mak Jah kat Taman Universiti,
Restoran ni buka agak baru juga,
Walaupun Mak Jah ni memang otai cafe kat JB...
Restoran ni,
Sebaris dengan SDS Taman Universiti, Skudai, Johor.

Masa dahulu kalanya,
Kira kira 17 tahun dahulu,
Sebelum wujudnya Jusco,
Di sini terletaknya pasaraya Bersatu Jaya...
Di situlah tempat budak budak UTM shopping barang keperluan harian...
Ok...jom pergi repeat bihun singapura lagi esok...
Tak tau ada ke takde..
Esok nak tanya orang kedai tu...
Hari apa dia buat bihun Singapura...
Sepertinya mengidam gitu...
Hihihi






Thursday, August 22, 2019

Pemeriksaan CCC selesai

Alhamdulillah ...
Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam...

Semalam, hari Rabu 21hb Ogos 2019,
Lawatan pihak MPKu ke site Mama Yan..
Excited sangat sebab ni site pertama yang kami buat bermula dari kerja pembersihan tapak sehinggalah selesai...
Site yang lain tu,
Banyak yang sambung kerja orang dan...
Jadi sub kepada sub...
Yang ni...
Direct main contractor..
Projek reka & bina

Cuaca panas betul kat site semalam.
Tu yang terkerenyi je gambornya..
Tapi oklah...
Kalau hujan...
Tak jadi inspection pulak kang...

Pemeriksaan tapak dijadualkan pukul 11 pagi...
Tapi atas sebab yang tak dapat dielakkan...
Mereka sampai tapak pukul 11.30 pagi...
Mama Yan pula dah nak kena ambil anak...
So tak dapat join lah...
Gerak luuu
..


Ni gambar kenangan semua yang terlibat dengan pemeriksaan CCC oleh Majlis Perbandaran Kulai.
Yang Di Pertua Majlis pun datang...
Pihak MPKu pun dah setuju nak keluarkan CCC kepada projek ni...
Alhamdulillah...
Terima kasih Ya Allah...
Terima kasih MPKu...
Terima kasih semua yang terlibat..

Oh ye...CCC adalah singkatan kepada Certificate of Completion and Compliance.
Dalam bahasa Melayunya pula...
Perakuan Penyiapan dan Pematuhan.







Monday, August 19, 2019

Berkatilah Rezeki kami Ya Allah

bukan takat untuk pegawai awam,
pegawai dan kerani swasta pun sesuai

Amanah dalam tugasan menjamin keberkatan / kecukupan gaji serta ketenangan hidup, diri dan keluarga.

Asyik sakit...asyik demam...asyik banyak masalah...
Kaji semula dan audit diri kita sendiri...



Puteri Intan Payung Indah Zulaika Olisha Lazadhiya Absyari

Aumm..cakkk! Nama saya Pipi Zola
Akhirnya Mama Yan bawa juga anak anak tengok Boboiboy The Movie 2.
Kesian pulak..hari hari nyanyi lagu Boboiboy...
Lagipun ramai sangat yang bagi banyak banyak bintang kat Boboiboy the Movie 2 ni...
Siap ada yang bandingkan dengan Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal lagi..
Tapi..perbandingan yang tak setara sebab genre berbeza.
Sebagai orang dewasa...
Mama Yan suka Upin & Ipin lagi...
Untuk anak anak...bestlah Boboiboy lagi...

Kali ni Mama Yan dan suami bawa anak anak ke TGV Bukit Indah.
Alhamdulillah..semuanya pandai jaga diri dan dengar cakap.
Seat kat TGV ni best sikit,
tak macam kat MBO Pulai Utama...
Kalau kat MBO Pulai Utama,
Anak anak kena dongak sebab seat dia landai...
Sarah rendah, Mama Yan siap kena pangku lagi..
Kalau tak..langsung tak nampak screen.
kat TGV ni... diorang boleh duduk selesa ...

tutup telinga sebab iklan cerita hantu 

Tengok movie ni sempena abang habis ujian pertengahan penggal kedua kat sekolah agama..
Siang malam Mama Yan paksa si abang hadap buku sekolah agama..
TV pun tak sempat jeling..
Dengan mama dia sekali tergendala kerja kat opis.
Sebagai upah abang yang dengar cakap mama,
bawalah tengok movie...
Adik adik semua tumpang sekaki la..

Lepas ni tunggu habis final exam pula..
Baru ada sesi tengok movie lagi ye anak anak...


Zaman sekarang dah tak pakai tiket tiket kertas tu,
Pakai scan barcode kat hp je...

Secara keseluruhan Mama Yan pun terhibur dengan Boboiboy the movie 2 ni..
Papa Zola, Pipi Zola, Gopal, dan Tok Kasa memang betul betul menghiburkan.
Watak Boboiboy memang membosankan sikit la...
Balik balik "Lepaskan aku!"
Lepas tu kawan kawan datang tolong...
Takpun dapat kuasa baru...

Susah nak dapat shot yang lawa, ada je masing2 punya perangai
Apapun..semoga team Animonsta Studio terus sukses dan berjaya menghasilkan lebih banyak filem animasi yang setanding dengan kualiti antarabangsa.
Kami anak beranak support filem animasi tempatan.


Anak anak asyik nyanyi
iam faya, iam watar...


"Fire & Water" (BoBoiBoy Movie 2 Theme Song) Performed by Faizal Tahir Produced by Faizal Tahir & Mage Composed by Faizal Tahir & Mage Lyrics by Faizal Tahir & Mage

LYRICS:

Oooh oh oh Oh oh oh oh (hey!) Ada masa ku mahu jadi biasa Ada masa ku mahu luar biasa Mahu ku jadi juara Mahu ku berjaya Kata orang hidup biar berjasa Dunia ini hanya sementara Berani hadapi semua Harus kau percaya Ku cuba dan cuba ku tak putus asa Terus ikut cahaya Ku cuba dan cuba ku tak putus asa Pasti sampai ke sana * CHORUS I’m fire And I’m water Kau memberi ku kuasa I’m earth And I’m nature Kau membuat ku rasa Oooh oh oh Oh oh oh oh Boy oh boy oh boy oh boy Jangan mudah mengalah (oh!) Gagal bukan alasan putus asa Menang bukan untuk mendabik dada Saat ku hilang arah Kaulah adiwira Ku cuba dan cuba ku tak putus asa Terus ikut cahaya Ku cuba dan cuba ku tak putus asa Pasti sampai ke sana * REPEAT CHORUS I’m rising up I feel it now I’ll never let you down I’m rising up I feel it now I’ll keep you safe and sound Ku berikan segalanya Mengharungi semuanya Woah oh!! (2x) I’m fire And I’m water Kau memberi ku kuasa I’m earth And I’m nature Kau membuat ku rasa (yeah!) * REPEAT CHORUS Oooh oh oh Oh oh oh oh Boy oh boy oh boy oh boy Jatuh bukannya kalah (oh!) I’m fire And I’m water

Sunday, August 18, 2019

Sepetang di Pantai Punggur, Rengit

Semalam,
Suami ajak jalan jalan pergi tengok rumah baru kat Pekan Nenas,
Usha usha jalan,
Pusing2 tengok dan cari pasar dan kedai yang berdekatan...
Lepas tu suami tanya nak ke mana lepas ni?
Gatal la Mama Yan ajak pergi pantai yang kami pernah singgah masa balik meeting dulu...
Lepas tu tak ingat nama pantai pulak...
Jalan ajelah...
Rasa macam dekat...
Tapi jauh gak la dari Pekan Nenas tu...
Lalu Pontian - Api Api - Air Baloi - Benut - Tampok - Pekan Rengit..Sampai akhirnya..
Itupun siap tanya kat cashier stesen minyak.

nak buat macam mana ye anak anak..
Mama dengan ayah betul betul busy minggu korang cuti sekolah ni..
Sampai memang tak sempat nak bawa makan angin.
Tengok Boboiboy hari tu pun..
beli tiket online,
Datang ngam ngam beli popcorn, ambil gambar, terus masuk...
Lepas habis movie,tu terus balik..takde singgah minggah..

Semalam..walaupun busy...
Siapkan kerja yang urgent laju-laju,
Lepas tu, terus bawa anak keluar.

Pantai ni tak sesuai nak mandi...
Takat lari lari main buih sabun boleh la...
hahaha...
pulak tu kat situ semalam ada orang tengah berzumba zombie..
meriah betul...
Tapi jujur Mama Yan kata...
Mama Yan geli kot tengok lelaki perempuan berzumba campur campur...
Cuci mata betul lelaki lelaki kat sekitar tu...
nak berzumba juga? oklah....tolongla pakai baju yang labuh sikit atau cari seluar yang ada skirt tu...
bergegau gegau montot memasing *facepalm*
Ok..abaikanlah mereka...Dah jadi mengumpat pulak Mama Yan.
Baik layan anak anak...

kebenarannnnn...sentiasa takut bini...
Eh...caption tiada kena mengena dengan gambar ye

ala seronoknya adik Mijan...first time ambik angin laut...

Suka la budak kecik ni...jarang jarang dia dapat keluar rumah.

Nak buat gambar lompat lompat..hapa sekeping pun tak jadi...
tak larat nak lompat...hahaha

Muka toya...sebab ayah cakap jangan pergi kat tempat berair...pergi juga.
tu kaki dia kena lumpur pasir hitam... 

Sekeping je yang jadi...hahaha
Tapi sayang..latar belakangnya gelap...sama warna dengan baju

Kutip kulit kerang...banyak yang unik dan cantik cantik

Air tengah surut...boleh la turun main main kat bawah batu ni..

Saturday, August 17, 2019

Throwbackvella : Pilih Lembu Korban


Mama Yan tak pernah sentuh lembu hidup sebelum ni...
So, masa pilih pilih lembu untuk korban ni la kali pertama dapat sentuh lembu..
Selama ni ingatkan lembu ni mengejar orang je...
Rupanya..
Lembu ni haiwan yang jinak dan manja..
Dia suka bila kita usap usap kepala dia..
Dia suka bila kita suakan makanan untuk dia atas tangan..
Lagi disua-suakan kepala dia kat kita...
Hahaha..






Kita letak gambar lembu hidup aje lah..
Lembu dah sembelih untuk korban kita takyah tunjuk kat media sosial lah..
Takde siapa dalam dunia ni suka dipertontonkan dalam keadaan dah tak sedarkan diri..
Walaupun MY ada ambil gambar hari tu,
Tapi bukan untuk tontonan umum,
gambar gambar masa sembelih dan lapah tu,
nanti cuci simpan dalam album buat kenangan aktiviti keluarga aje.

Lepas ni..kalau nak korban lagi..
Lembu kena pilih awal2..
Masa Mama Yan datang lagi dua hari nak korban,
Tinggal yang saiz kiut miut je..
Yang montel montel semua dah pakai rantai bernombor,
Tanda telah dibooking.

Alhamdulillah,
Ibadah korban Mama Yan dan keluarga telah pun selesai pada pagi Aidil Adha yang lalu,
Terima kasih jiran jiran sekampun yang banyak membantu..
Insyaallah,
kalau ada rezeki lagi tahun depan,
Kita buat lagi...



Friday, August 16, 2019

SEGMEN : REFRESH MY BLOGLIST

Biasa hujung minggu tak ramai pengunjung blog...
So hari ni Mama Yan bersegmenlah...
Yang nak join..
Marilah mari..
Klik je banner ni...


Thursday, August 15, 2019

Aidil Adha 1440H

Cuti raya haji yang lalu, sempatla Mama Yan dan suami menjengah kebun...
Cuaca nampak mendung,
Tapi paneh kemain...
Matahari berselindung di balik jerebu.
Dah lama tak hujan kat kampung kata mak.



Hajat di hati nak siram siram pokok durian yang ditanam,
Tapi...daripada 7 pokok yang ditanam..dah tinggal 4..
3 lagi dah dikorek bulldozer..
Huhuhu...
Tapi apa boleh buat...dah situ memang tempat asal menatang tak berleher tu...
Redha aje lah...

tinggal daun kering je..dalam bulatan biru tu..huhuhu

Lepas dah siram siram pokok yang tinggal...
Kami pun balik...
Tak boleh berlama lama sebab banyak yang nak dibuat kat rumah mentua...
Nak kejar masa untuk pergi tempat kambing lagi..
Malamnya tu nak buat kenduri doa selamat aqiqah adik mijan.
Kambing tu sembelih, lapah dan siap masak kat tempat beli je...senang.
Bayar upah masak je...

Kat rumah masak sambal goreng dan ayam merah je...
Mama Yan tak reti masak banyak banyak ni...
Masak ayam sekor aje dah berlengas..
Ini pulak masak sampai 15 ekor...
Hihihi..jadi general worker @ tukang godak bolehla...

Ni la sambal goreng. Nama je sambal, tak macam sambal sangat pun..macam sayur campur adalah.

Alhamdulillah...
Majlis aqiqah adik mijan berjalan lancar...
Dah 2 tahun lebih dah Mijan..
Baru ada ruang dan peluang untuk buat aqiqah dia...


Sunday, August 11, 2019

Salam Aidil Adha 2019




Capaian internet yang langsung tak membahagiakan di kampung halaman suami....

Next week baru kita start upload entry ok.. 
Salam aidil adha kepada semua pembaca.. 
Ampun maaf zahir batin

Thursday, August 8, 2019

Flash Sale Lipstick...



Esok ada Flash Sale Sahajidah Hai O Marketing...
Ada beberapa barangan yang rasanya sangat berbaloi dibeli esok...

Antaranya...lipstick Cozuma ni.
Kali ni ada tiga warna yang terlibat dengan Flash Sale ni...
● Lolly pink
●  Glamour Cherry
●  Pandora Red.

Mama Yan memang gunakan Lipstick dan Lip Gloss Cozuma...
Warna Glamour Cherry tu memang favourite la...
Habis, beli...
Habis, beli...

Selalunya...
Harga ahli RM33.90
Harga jualan RM41.50
Untuk Flash sale esok.... pukul 12 malam ni baru tahu...

So...Mama Yan takkan sekali kali lepaskan peluang memiliki stok lipstik kegemaran ni dengan harga yang jauh lebih murah.
Masa bulan 5, flash sale lipstik harga ahli cuma RM24 aje.
Murah sangat sangat...rugi tak beli tauuu...

Pakai lipstick...tapi nampak macam warna bibir biasa aje kan?
Itulah yang MY suka...

Makan Malam di Restoran Cek Mek

Malam tadi suami Mama Yan nak gi tengok bola dan sekali jalan hantar anak nombor 1 dan 2 pergi tuisyen.
So..waktu balik,
Mama Yan la yang jemput balik tuisyen.
Anak anak nombor 3, 4 dan 5...
Menangis secara berjemaah la nak ikut ayah dan abangnya...
Alahai anak...
Kecik kecik lagi semuanya...
Buang masa je tengok bola tu...

Disebabkan adik Mijan dah nak tidur...
MY bawa la anak anak semua naik bilik...
Tapi kesian pula tengok diorang masih tersedu sedu...
"Jomlah ikut mama naik office kejap, mama nak ambil handphone tertinggal.
Lepas tu kita jemput abang terus"
Dengar je mama diorang pelawa diorang keluar,
Daripada dah baring2 melayan rajuk masing2..
Semuanya bingkas bangun.

Abang abangnya keluar kelas tuisyen pukul 9.45,
Pukul 9 malam dah keluar singgah ofis nak ambil henpon tertinggal.
Elok turun ofis nak pergi kat kereta,
Lalu depan Restoran Cek Mek..
Dekat bawah ofis je restoran tu...
Anak anak kata "mama...lapar"
Aiyaakkk...depan depan kedai konkata lapar,
Takkan mamanya taknak kasi makan pulak kan..

Singgahla makan kejap...
Milo ais 3..
Nasi putih 3..
Telur mata 3...
Sup kosong 3...free
Ayam goreng kunyit 1.

Kat rumah minta telur...
Kat kedai minta telur...





Si Sara lepas tu makan telur je...
Nasi sesuap pun tak jamah.
So...faham faham la ke mana tumpahnya nasi tu kalau tak ke perut mamanya ni...
Ayam kunyit pun diorang tak berapa makan...
Pedas katanya...
Padahal...tak pedas langsung.
Nak buat macam mana kan..
Perangai memilih makan ni memang keturunan agaknya ye??

Wednesday, August 7, 2019

Wordless Wednesday : Gila cheese ..

1. Siput sedut cheese



2. Apam Balik Cheese

3. Cakoi Cheese

4. Kuih Bangkit Cheese

5. Pisang Goreng Cheese

6. Bahulu Cheese


7. Karipap Cheese

8. K Fry

9. Burger Cheese Leleh

10. Sos Cheese Bomb


Dah kenapa semua menu nak letak cheese?


Tuesday, August 6, 2019

Gegar Vaganza 2019

Mama Yan walaupun jarang-jarang menonton televisyen,
Tapi kalau ada Gegar Vaganza tu..
Gigih juga menunggu...hahaha..
Dulu masa awal awal Akademi Fantasia pun sama..
tunggu dan hadap..
Bila dah berusia sikit ni....
dah takde hati pun nak tengok rancangan hiburan untuk artis baru..
Big Stage ke..Mentor Milenia ke..tak pernah sekali pun tengok

Agak agak ada lagi ke Rancangan Gegar Vaganza untuk 2019 ni?
ke dah takde penaja nak taja...?
ke dah habis artis nak masuk bertanding?

Kalau ada lagi untuk tahun 2019 ni..
Ni senarai artis GV6 2019 yang Mama Yan nak diorang masuk bertanding...

1. Nurul Wahab
Ni artis favourite Mama Yan.
Entah apa apa kan...
Minat Nurul.
Tapi Mama Yan memang minat suara dia...lagu dia...dia...
Tapi dia awal awal dah kata NO!

2. Salwa Abdul Rahman.
yang ni suka juga..
Cantik dan peramah orangnya..
Pernah jumpa dia sekali kat Office lama..
masa tu dia datang nak jumpa Abang Ayai

3. Kumpulan Feminin
F.E.M.I.N.I.N...sebutlah Feminin..
Dengan rentak kami menari..
Lain dari yang lain...
Okay...ni best kalau ada..
Walaupun suara semua ke laut dalam dan tak terselam..
Tetap kipas tak mati!
banyak memori kat lagu lagu diorang...

4. Abot
Alternatif buat orang Timur
Yang muda muda tak kenal kot Abot ni...
Ada satu lagu duet Abot dengan kamikaze rasanya,..
best lagu tu...
Ingat ingat lupa lirik dia..

5. Ramlah Ram
Ok..bukan level dia nak bertanding tanding dalam GV ni..
Tapi Zamani pun sporting je bertanding..
Apa salahnya Kak Melah join sama...
Kami terima seadanya kalau Kak Melah tak boleh tarik tinggi tinggi lagi..
Yang penting dapat tengok Kak Melah perform tiap minggu.


6. Wann
Pernah jumpa gak masa dia datang jumpa Abang Ayai kat Office lama.
Tapi Wann ni jenis pendiam nampak gaya orangnya..
lagi banyak senyum dan mengangguk daripada bercakap.
Lagu lagu Wann ni memang glamer di karoke karoke majlis kahwin...
Nak nak lagu Bassanova tu...eh ke..bossanova...ahh...apa apalah..
malas nau nak menggoogle nya

7. Mazlela
Penyanyi yang nama Mazlela ni...keluar serentak dengan Dato Siti Nurhaliza dan Liza Hanim.
Suara sedap...tapi kerana hebatnya DCT dan Liza Hanim pada waktu itu...
Tenggelam habis Maz...
Lagu dia masih ada dalam memori Mama Yan..
Pertemuan ini...pertemuan terakhir...
Dari dua insan, yang sedang berkasih
Kerna esok hari, kita tidak lagi
Digelarkan pasangan yang bercintaaa aaaa

8. Noraniza Idris
Sebelum terkenal dengan lagu lagu irama tradisional,
Kak Ani ada juga lagu dan album berirama pop sekitar tahun 1980 an.
Yang popular antaranya lagu Mengemis Rindu.
Ingin..ku ikut jejak langkahmu..
Walau kemana saja kau pergi..
Ingin aku menghambakan diri..
untuk engkau mengasihi..


9. Deja Moss
Yang ni suara power oiii...
Tapi rasanya dah tak menyanyi Hajah Deja Moss ni,
Dah bertudung litup rasanya

10. Kumpulan Candy
Kumpulan rock wanita...
Glamer dengan lagu Akan Kutunggu.
penyanyi Candy ni, Patricia adalah isteri kepada pemuzik Edrie Hashim.


Ok untuk penyanyi lelaki...dah tentulah ramai penyanyi zaman rock kapak yang jadi pilihan kan...
Sebab zaman rock kapak dulu..memang berlambak penyanyi lelaki muncul.
So..senarai artis lelaki untuk Gegar Vaganza 2019 versi Mama Yan adalah:-

1. Poie - Sting
Hahaha...yang lahir tahun 1990 an tak kenal la kot..
Ni zaman zaman Mama Yan tulis buku autograph..
bakar keliling surat dengan ubat nyamuk..
bertukar tukar biodata...
makanan kegemaran, minuman kegemaran, artis kegemaran...khakhakha..
Muka kemain rock sorang sorang...
Lagu kemain jiwang...
Pondok usang beratapkan langit,
Di kegelapan malam gelita
Bercahaya hanyalah bintang bintang
Selimut kita angin malam...

2. Kumpulan Impression
Ku tertawan kuditawan..
Renungan mu menawan..
Tapi ni semua dah jadi Dato Dato...
Dato eizlan Yusuf, Dato Sani dan Norman Hakim je yang belum Dato. Tak lama lagi la tu..

3. Kumpulan X Factor...
OMG...
7251364 tiada jawapannya...sila tinggalkan pesanan suara..
selepas nada....
Masa ni X Factor memang jadi kegilaan gadis remaja...
Handsome handsome dan kacak kacak belaka ahlinya..
Gigih tau Mama Yan dengan osmet mengejar diorang kat stadium Larkin dulu kala...
X Factor ni...anak didik KRU...
Elite versi lelaki la kiranya ni...
Rupa ada...suara...siapa peduli.
Janji ensem...hahahah
OMG...Dannnyyyyy...hahaha...


4. Kumpulan A to Z
Kalau tak dapat masuk tiga tiga...
Dapat masuk Lan jadila...hahaha..
Ni pun pernah jadi kegilaan Mama Yan dan rakan rakan satu ketika dulu...
Cuma...tak segilakan kumpulan KRU lah.

5. Kumpulan Kool
Tak dapat kumpulan Kool, dapat Hairie sorang pun dah ok dah.
Hairie ni dulu pernah berkahwin dengan penyanyi dan pelakon Safura Yaacob yang masuk GV tahun lepas.
Dia juga anak kepada Seniwati Sofea Ibrahim...
Merangkap anak buah kepada Seniwati Khadijah Ibrahin.

6. Shajiry
yang ni ok gak...
walaupun ada rupa dan suara..
tapi tak glamer mana

7. Ringgo Arrow..
Walaupun Ringgo pernah masuk Kilauan Emas, zaman sebelum wujudnya GV,
Tapi apa salahnya masuk GV pulak..
Lagu dia banyak yang jadi halwa telinga...
Dulu dulu ada kawan buat lawak ..
Camni diolog lawak tak jadi dia tu...
Kawan1 : Ko tahu tak apa yang aku tahu?
Kawan 2: Tahu apanya?
Kawan 1: Aku tahuuuu...kau rindukan akuuuu.....
Belaian kasih mesra untukmu...

8. Kalam (SUP)
Ni crush zaman awal awal kat UTM...hahaha...
Lagu yang glamer seketul je kot...



9. Kumpulan 2By2
Haa...Inilah kumpulan yang membantu meletopkan dato Siti Nurhaliza di zaman remaja beliau..
Lagu Mawarku tu meletop letop sekitar tahun 1995-1997
Tiap jamuan kat sekolah, kat pejabat, kat konsert padang.kat funfair kampung...
Ada je yang nak perform lagu Mawarku..
Penyanyi utama 2By2 namanya Zul.
Zul ni pulak ex abang ipar penyanyi Tomok..
Perghh..pengetahuan Mama Yan dalam dunia hiburan memang hebat..
Kalau masuk Pop Kuiz boleh menang ni..
Tapi soalan artis artis senior ajelah...





10. Ali Terra Rossa @ Ali XPDC @ Ali Empire
Masa lower form dulu,
Mama Yan pernah la gunting gambar Ali dari surat khabar..
dan letak dalam purse..
Bertahun tahun lamanya Ali mendiami purse Mama Yan.
Khakhakha...
Sekarang Ali dah jadi karkun.



Ini calon calon yang Mama Yan harapkan kalau ada GV tahun ni...
Tapi macam tak ada je gayanya..
Kompom dah takde penaja..
Penaja kosmetik dah merajuk tak dapat mikrofon sendiri agaknya..

Takde apa nak ditulis,..
Sesekali sekala tulis la pasal hiburan..
Tapi hiburan artis artis terkini tak tau sangat,
Cuma tau satu dua lagu baru je..
Itu pun sebab anak anak selalu nyanyi lagi Donde donde donde..oooo
Donde...donde...
Lagi satu..adu adu...aduadu sayang....
Pening mak dengar lagu zaman sekarang...hahaha







Klik! Klik!

Post Terhangat