Thursday, August 15, 2019

Aidil Adha 1440H

Cuti raya haji yang lalu, sempatla Mama Yan dan suami menjengah kebun...
Cuaca nampak mendung,
Tapi paneh kemain...
Matahari berselindung di balik jerebu.
Dah lama tak hujan kat kampung kata mak.



Hajat di hati nak siram siram pokok durian yang ditanam,
Tapi...daripada 7 pokok yang ditanam..dah tinggal 4..
3 lagi dah dikorek bulldozer..
Huhuhu...
Tapi apa boleh buat...dah situ memang tempat asal menatang tak berleher tu...
Redha aje lah...

tinggal daun kering je..dalam bulatan biru tu..huhuhu

Lepas dah siram siram pokok yang tinggal...
Kami pun balik...
Tak boleh berlama lama sebab banyak yang nak dibuat kat rumah mentua...
Nak kejar masa untuk pergi tempat kambing lagi..
Malamnya tu nak buat kenduri doa selamat aqiqah adik mijan.
Kambing tu sembelih, lapah dan siap masak kat tempat beli je...senang.
Bayar upah masak je...

Kat rumah masak sambal goreng dan ayam merah je...
Mama Yan tak reti masak banyak banyak ni...
Masak ayam sekor aje dah berlengas..
Ini pulak masak sampai 15 ekor...
Hihihi..jadi general worker @ tukang godak bolehla...

Ni la sambal goreng. Nama je sambal, tak macam sambal sangat pun..macam sayur campur adalah.

Alhamdulillah...
Majlis aqiqah adik mijan berjalan lancar...
Dah 2 tahun lebih dah Mijan..
Baru ada ruang dan peluang untuk buat aqiqah dia...


7 comments:

Sheila Arshad said...

kalau kat kampung belah suami saya pilih untuk jadi tukang cuci atau tukang potong je. nak masak memang tak retilah hai.

masak pulak memang tak pernah periuk kecik-kecik. semua jenis gedabak bagak

Warisan Petani said...

Kat sini pun tengah kemarau ni.
hari2 kena siram anak2 pokok tanaman.
Air parit pulak kering
kena impot air dari rumah

Mrs. A said...

Salam Aidil Adha.

Hehehee... samalah kat kampung Mrs. A tu adik ipar adalah tanam musang king ambil benih dari kampung dia di Kelantan.

Tapi sayang baru jer muncul pucuk muda musnah disondol si bab! hutan walaupun dah pasang keliling dengan jaring hitam tu.. tetap dapat disondolnya.

norhidana said...

masih cuti lg ke mama Yan? johor panas betul kan sbb jarang hujan... aritu masa balik kg pun panas betul... kami kt kl ni hari2 hujan sampai banjir bila balik kg aritu pns... terasa betul kepanasannya...

sambal goreng yg ni mmg nampak mcm tumis, kalau yg sambal goreng guna cili merah tu nmpak sikit mcm sambal hehhhhehe

AzianKhalil said...

Sheila > kann...memang tak reti masak2 ni. Basuh pinggan la paling selalu kena

Mrs Pip said...

Tempat kebun kitorang pun ada bulldozer juga, hehe. Dah laluan dia ..

Sunah Sakura said...

sayangnyeee pokok durian tuuuu

Klik! Klik!

Post Terhangat