Grand Livina dah siap repair

 Semalam...

Mama Yan pergi ambil kereta Grand Livina yang dah siap dibaiki..

Tak payah keluar duit...

Datang bengkel..terus ambil kereta...

sebab claim insuran budak yang langgar Mama Yan tu..



&#;=)×^=#%= ( dimaki )



Masih sedap untuk dibawa..

Cuma...

Warna dah berbelang la..

Tempat yang baru repair putih bersih..

Yang tak kena repair..

Cat lama nampak kekuningan gitu...

Lepas tu..

Pintu belakang kiri..

Tempat kena langgar tu...

Dah tak elok..

Payah nak tutup... mantul...

Yelah..

Dah ketuk body kan...

Ni kalau nak jual...

Tah berapa sen la yg tinggal


Suami nak beli kereta lain je..

Tapi..entahla...

Nantila,..

Malas nak tambah hutang dah sebenarnya...

baru je habis bayar GL ni..

Takkan nak tambah hutang balik semula...


Mama Yan tengah timbang timbang lagi..

Nak beli kereta baru ke tak?

Kereta lama ni boleh ke kita nak letak reverse Camera?

Nak letak dashcam?

Sakit hati kat budak yang langgar tu...

Rosak record accident free kereta Mama Yan...



8 Comments

  1. Tepuk poket tanya selera.
    kereta baru pun tengah murah ni.

    ReplyDelete
  2. rasa dah lain walaupun dah dibaiki kan MY...
    geram lak nengok budak yg melanggar tuh... kita lak yang geram

    kereta tengah murah boleh jugak kot nak usha-usha MY

    ReplyDelete
  3. setuju dengan komen2 di atas...hahaha

    ReplyDelete
  4. hmm...marilah kita print bank statement untuk menambah hutang

    ReplyDelete
  5. Kalau mampu, elok juga beli yang baru. Supaya tak sakit hati berpanjangan sebab tiap kali guna kita rasa tak selesa.

    ReplyDelete
  6. Betul..bila dah jadi gini memang bawak pun tak best dah..
    Budak muda rupanya.. Patut la pun.
    orang muda sekarang bawak keta gelojoh. Nak laju je supaya orang nampak depa hebat..Padahal nampak bo^%# ada la..

    ReplyDelete
  7. Saya masih pakai kereta yang mula2 beli sejak 10 tahun lepas, bukan tak mampu tukar tapi sayang nak buat hutang baru. Selagi masih selesa, pakai yang tu je la dulu. Tapi kalau kereta banyak buat hal dan dah tak selesa, tunggu masa je la nak tukar jugak :D

    ReplyDelete
  8. Bila dah eksiden memang berbezalah keadaan kereta kita..

    ReplyDelete

terima kasih la weiii...