T*** masuk dalam otak...

Bahan bacaan sambil tunggu anak keluar kelas, 

Ni kisah ambil anak-anak masa balik sekolah tadi...
Aril keluar kelas pukul 12 tepat.
Abang lagi 2 orang keluar kelas pukul 12.30..
Jadi Mama Yan tak hantar Aril balik, terus je tunggu abang abangnya..
Kalau balik nanti takde parking pula time nak jemput abang sebab bertembung dengan team sekolah menengah keluar kelas.

Lagi 5 minit waktu keluar kelas abangnya,
Si Aril dah terkepit kepit..
"Kenapa ni?"
"Aduhhh...Aril tak tahan nak terberak dah ni."
"Pergi la toilet sekolah, cepat mama teman."
"Taknak...nak berak kat rumah."

Ok...dah taknak berak kat sekolah, tunggulah abang keluar kelas.
Kesian gak tengok, tapi takkan nak hantar balik rumah dulu. Nanti abangnya datang tengok kereta takde kat tempat biasa.
Sampai mengalir air mata, hingus, peluh..
Sampai berdiri bulu roma semua menahan sakit perut..

Abangnya sampai je kat kereta, cepat cepat MY jalan.
"Apasal lambat bang? Aril sakit perut ni. 10 minit lambat"
"Dah cikgu bagi keluar lambat, takkan abang nak keluar sendiri"

Sambil tu si Aril tak habis habis membebelkan abangnya lambat. 
Sebenarnya takdelah lambat mana pun...
Tapi orang sakit perut memulas mulas ni...
5 saat pun sangat berharga...

Lepas tu si Mok pula bersuara "Aril, kalau awak dah tahan sangat, awak kena duduk terbalik, kepala kat bawah, kaki kat atas. Nanti daya graviti akak menarik taik awak ke dalam perut semula"

Masa ni MY dah nak tergelak...

Sekali si Aril balas sambil bertempik...
"Taknakkk....nanti taik Aril turun balik, masuk dalam otak"

Okay..masa ni MY dah gelak berdekah-dekah. Gasak situ anak anak...masa kecik2 dulu tak pernah lak terfikir sampai macam tu sekali. 

Sampai je rumah, terus buka pintu kereta berlari pergi toilet. Beg dan bekal tinggal je dalam kereta. Sebab abang yang lambat...
"Abang, bawa masuk beg dengan bekal Aril, sebab awak lambat keluar kelas tadi, nasib baik Aril tak terberak dalam seluar, kalau tak, abang yang cuci"

Kelakar ragam anak anak ni...
Bukan bukan aje idea yang keluar.

Oh ye...
Anak² MY...
Abang darjah 6,
Mok darjah 5,
Aril pula darjah 1...
Kembar Ucid & Sara tadika 6 tahun,
Mijan pulak baru 3 tahun...
Rapat2 anak MY kan...
Failed kaedah merancang...
Kaedah terakhir BTL, insyallah berjaya..
Hihihi...









13 Comments

  1. Taik masuk otak tu udang
    sebab taik udang kat kepala
    sampai ada bidalan 'otak udang'

    ReplyDelete
  2. Adoi, karenah anak-anak macam-macam kan MY? Lucu haha...

    Baru tahu MY ada anak kembar 😍

    ReplyDelete
  3. ahhahah comel. dulu masa kecik kalau tak tahan sangat nak o-oit pastu orang yg kat dalam toilet tu tak reti-reti nak kluar...punyalah dok ketuk2 kat montot dengan harapan o-oit tu masuk dalam balik. h ahahahha

    ReplyDelete
  4. ahahaha nasibla sempat bertahan yek... sian dia

    ReplyDelete
  5. Huii nasib baik tak terlepas dalam keta tu..😂

    ReplyDelete
  6. haha..Elok la depa berdua.. sorang bagi cadangan sorang buat rumusan.Hahahh..cemana la sampai taik masuk ke otak tu..Maknanya taik kena lalu kat tekak le nak sampai ke otak tu.. Jangan sampai dia terkeluar kat mulut dah la..

    Hhahahah

    ReplyDelete
  7. Nasib baik tak terlepas keluar dalam kereta... Tapi... Taik masuk otak!? Tak pernah pun Cik TK terfikir pasal ni . Hahhaha

    ReplyDelete
  8. Adoii..tak tahan tergelak2 akk baca kisah anak2 MY ni, lucu sangat boleh fikir nanti t...k masuk ke otak, adoila..
    Oh ada si kembar ye, nnt bolehla cerita kisah si kembar pula.

    ReplyDelete
  9. hahahah bijak2 anak kak yan ni, sebab tu keluar macam2 teori melucukan tu

    ReplyDelete
  10. adui, nasib tak terjadi tragedi hahah

    ReplyDelete
  11. Aduhaii kesiannya. Faham perasaan nak terkeluar sangat. Boleh pulak tu fikir keluar ikut kepala.

    ReplyDelete
  12. Aril tu sebaya dengan anak Sha Imani..
    Hahahaha.. gelak Sha baca perbualan mereka.. kelakar dan comel..

    ReplyDelete

terima kasih la weiii...