Tumis pucuk ubi


Sebenarnya memang takde apa nak update kat blog...
tapi kena la update juga..
Kalau tak nanti...
Moodnya lari lebih jauh lagi...
maka bertahun la nanti tak berupdate...
berhabuk pula..
Nak disedut habuknya,
vakumnya pulak tahan 30 minit he..hahaha

Zaman kecik kecik dulu.
pucuk ubi ni Mama Yan reti celur aje..
Lepas tu makan dengan nasi dan sambal..
Takde variasi sebab itulah cara masakan kat kampung Mama Yan..
Takpun buat gulai lemak
Sejak dah kawin ni,
barulah ada idea nak ditumis pula..

Ni pucuk ubi yang Mama Yan baru petik kat kebun...
Semuanya betul betul pucuk...



ni pucuk ubi yang dicelur terlebih dahulu. 
berasap-asap lagi ha

Pucuk ubi ni digunting gunting sikit, lepas tu ramas sikit untuk buang airnya.

Ni bawang dan lada besar yang dihiris.

yang ni pulak bawang + ikan bilis + cili padi...
Mama Yan tumbuk dulu...
Sebab Mama Yan suka bawang tumbuk...

Huduh betul permukaan kuali yang dah berkarah.
Asyik lupa nak beli steel wool.


Ha...ada bawang hiris...ada bawang tumbuk...
barulah mesra


Dah siap masak...
Dah siap makan...
nak kemas dapur...
baru ternampak tempe yang dah digoreng dan diketepikan  ni..
Konon nak letak dalam sayur pucuk ubi tadi tu..
Hadoiii...
Pelupa betullah..

orang pompuan ni...
dapat jambangan pucuk ubi pun dia dah bahagia sangat dah...
Takyah nak bunga mahal mahal pun...

9 Comments

  1. Akak pun suka gak buat style macam ni...lagi satu celur jer cicah sambal belacan....dapnyaaaaa

    ReplyDelete
  2. sedapnya, kat rumah ada la tanam pokok ubi daun kerinting 3 pokok merasa jugak lah masak sikit aritu hehehehe...

    pucuk ubi selain di masak tumis atau masak lemak... rebus cicah sambal merah atau makan dengan pecal aduhai sedapnya

    ReplyDelete
  3. Samalah juga kita pun mama yan. Kecik2 dulu tau makan pucuk ubi rebus/celur je :)

    ReplyDelete
  4. pucuk ubi ni buat masak lemak sedap. satu lagi, buat goreng kering sedap.. rangup2 boleh makan macam tu je jadi snek tapi tu la.. malas nak buat.. hehe

    ReplyDelete
  5. sudahnya tempe tu buat meratah je la ye??hahhha

    ReplyDelete
  6. Akak peminat pucuk ubi jugak. Tapi jarang nak dapat beli.

    ReplyDelete
  7. wahh, kami pun selalunya buat tumis lemak je...tumis tapi tambah santan kemudiannya...

    ReplyDelete
  8. Tak pernah pula buat tumis pucuk ubi.. Menarik juga idea mama yan nie.. boleh cuba juga..

    ReplyDelete

terima kasih la weiii...