Daily Diary 1

Semalam, Mama Yan ikut suami pergi site kat Muar. Sebelum sampai Muar, singgah sarapan kat Parit Sulung dulu. Mama Yan makan roti telur sekeping, suami makan nasi lemak bungkus. Lepas tu order pulak sate. Tinggal 17 batang, kami pun orderla semua yg tinggal tu. Mama Yan bedal 10, suami 7. Kalau belum kahwin kontrol makan. Sekarang ... hampeh... laju je makan. Siapa lambat dapat sikit nanti.hahaha



Lepas sampai site, Mama Yan duduk setempat aje. Siapkan kerja sendiri je. Suami je lah yang pusing site. Tapi semalam first time dengar suami mengamuk sampai menjerit jerkah budak kerja. Hahaha... reti mengamuk rupanya. Kalau MY dah biasa jerkah budak budak kerja time kerja sekitar tahun 2009 dulu. Mama Yan sorang pompuan kat site jaga budak budak pekerja asing, kalau cakap lemah lembut anggun takdenya diorang nak dengar.

Suami naik angin sebab site dah siap kemas, budak kerja selamba buang kotak rokok depan dia kaki dia yang tengah discuss dengan tukang lain. Hari ni dia keluarkan budak tu, hantar balik kat kepala dia. 


Lepas selesai urusan kat site, kami pun singgah ke kebun Sagil. Pokok dah besar, tapi nampak tak berbela. Ada ranting2 yang tak dipangkas. 

Semak samun pun dah naik semula sebab musim hujan ni kan...laju betul rumput tumbuh dengan subur menghijau. 

Pondok yang kami bina untuk berehat waktu datang meracun dan membaja, dah dijadikan port mat gian pula. Aduhai... lemah sendi sendi semua.





Dah la menumpang lepak, tinggalkan sampah pula tu.

Siap minum beer pulak tu. 

Banyak straw kecik kecik dan kertas timah bersepah kat lantai pondok. Sahih la budak budak ni hisap ice. 


Lepas tu, dari Sagil terus naik hiway kat tol Bukit Gambir. Konon konon nak singgah makan. Lama lama sampai rumah. 

Malam tu sambung tengok cerita drama Korea "The K2".
Mama Yan jarang jarang tengok drama bersiri ni... tapi sebab suami suka...temankan dia je selalunya. Kali ni, MY join tengok betul betul. Best pulak cerita ni.... hero pun hensem, heroin pun lawa. Orang jahat pula lagi lawa dari heroin. 

Malam ni sambung tengok lagi... sebab tu la jangan mulakan. Kalau dah tersangkut, susah. Tak sabar nak menunggu. Ikutkan hati nak je Mama Yan skip ke episod akhir. Tapi sebab tengok dengan suami, nampak tak aci la pulak... bersabarlah tunggu kesudahannya nanti...hahaha

8 Comments

  1. tu lerr, nampak kat FB akak pasal pondok tu..aduhai..geram dibuatnya...sukahati dia aje nak buat port menagih kat situ..

    ReplyDelete
  2. Tetamu yang tidak diundang. Dah la tak diundang, siap sepahkan pulak. Sabar aje lah kan,

    ReplyDelete
  3. Adeeehhh! Rasa lain macam pulak bila tempat kita dijadikan port tetamu tak bersopan ni.

    ReplyDelete
  4. Wak tak pernah terjebak lagi dengan cerita2 korea

    ReplyDelete
  5. ni perjalanan bekerja ni. bukan makan angin ekk :)
    tu la, Yan. diorang pantang ada tempat berteduh yg tersembunyi. menjadik la.
    kat taman aida ni, ada la ruang developer buat ala-ala kawasan rehat. ada pondok.
    tapi mlm gelap gelita!!! hmmmm sama la gitu jugak, sampah berlambak di tepi pondok. tin beer jgn cakap la :(

    ReplyDelete
  6. Adoi.. jadi tempat melepak deme pula ye.. dengan sampah sarap tinggal macam tu je.. haiah..

    ReplyDelete
  7. musim hujan ni memang cepat naik pokok pokok lain tu. Aduhaii ada pulak yang menagih kat situ. Tak buat report ke kak?

    ReplyDelete
  8. Sedapnya satee!!! 😋

    Oh jarang orang lelaki minat cerita korea!

    ReplyDelete

terima kasih, sila komen lagi :-)