Homestay Amira Inn Sagil - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Tuesday, November 3, 2020

Homestay Amira Inn Sagil

2 minggu lepas Mama Yan sekeluarga pergi ke majlis menyambut menantu rumah makcik sebelah suami di Parit 3, Kampung Sagil.
Kenduri hari Sabtu,
Tapi takkan nak datang pagi balik petang pula.
penat sangat nanti.
So, kami datang Jumaat petang..bertolak dari rumah dalam pukul 2 macam tu.

Mama Yan booking satu homestay kat Pekan Sagil tu untuk bermalam.
Petang Jumaat tu, dah datang rumah makcik borak borak, hantar bunga telur, makan...
Belah malam datang lagi tolong menyibuk je la tapi...

Nak datang balik hari sebenarnya boleh je, bertolak pagi lepas makan balik, tapi takkanlah sedara buat majlis kenduri kahwin kita nak datang macam pacat, singgah makan, kenyang, blah.
Lagipun budaya rewang orang Johor ni tebal sangat.
Kalau tak datang rewang pun, wajib la tunjuk rajin.
Buat la apa apa yang patut...

Homestay yang kami sewa tu dekat je dengan rumah pengantin. 
RM250 satu rumah ada 3 bilik tidur, 
semua bilik tidur tu ada aircond.

Bilik 1 - ada 3 biji katil single
Bilik 2 - ada 2 katil single
Bilik 3 - ada 1 katil single dan 1 katil queen.
Cukup selesa lah untuk kami 3 dewasa 6 kanak-kanak.
Siap mak mentua pun join tido sekali, pun masih selesa untuk 4 dewasa, 6 kanak-kanak

Ada dapur masak, kelengkapan asas makan minum, macam teh uncang, gula, jug, cawan, pinggan, kuali, peti ais, cerek. 
Ada juga meja makan, sofa dan TV ada Astro. 

Homestay ni rumah kedai tingkat atas, 
while tingkat bawah tu ada kedai 7-11 dan ada dobi layan diri. 
Kedai makan tak perasan pula sebab tak cari makan, 
sebab dah makan kenyang² kat rumah makcik.

Hari Sabtu tu MY tanya pukul berapa nak kena check out, 
tokey HS kata, takde orang booking, selesai urusan check outlah. 
Terima kasih tuan rumah yang baik hati.

Gambar gambar tu sebelum kami check out, so, bersepah sikitlah.. anak anak dah berkubang buat macam rumah sendiri.
Masa mula mula masuk lupa nak ambil gambar.

Ni nombor telefon homestay tu.
Cikgu Misnan +60 13-620 4406

Abang, Moq & Aril bertiga tido bilik ni

Bilik ni mak, kakak ipar, Sarah, Ucid dengan adik Mijan

Ni bilik honeymoon mama & ayah. dua2 letak kepala terus padam. hahaha

Ada peti ais yang comel dan bersih di dalamnya. 
ada seterika juga, 
takyah risau tudung dalam beg berkedut

Ada dapur kecik untuk masak, ada cerek air, rice cooker semualah. 
Consider lengkaplah.

Ni kad nama tuan homestay.
Yang nak pergi Gunung Ledang pun tak jauh sebenarnya kalau nak bermalam kat sini.
Nanti anak dah besar besar sikit,
Nak bawa bercuti ke gunung ledang pula.
Tapi kenalah besarkan diorang dulu.
Kalau tak, penat nak jaga anak je...
Tak macam bercuti pun nanti...hehehe



 

9 comments:

  1. Kalau bawa keluarga memang sesuai bermalam di homestay.

    ReplyDelete
  2. betul sangat anak MY yang last tu heheeh

    ReplyDelete
  3. walaupun nampak simple je tapi besar biliknya, selesa...
    harga pun ok..

    ReplyDelete
  4. menarik nih MY, yang penting banyak katil dan selesa... kadang kita duduk homestay untuk tidur je... dah bizi di rumah kenduri

    yelah kat johor budaya rewang tu memang wajib, walaupun kadang lebih borak dan bergosip dr buat keje tapi tetap kene ada datang hehehe

    ReplyDelete
  5. Wah.. berbaloi sangat harga tu bila semua bilik ada aircond.. suka kalau homestay lengkap dengan kemudahan asas camnie.. berbaloi bayar..

    ReplyDelete
  6. Semua bilik besar2. Yang penting ada aircond. Kalau ada kipas je siksarasa berebut kipas.

    ReplyDelete
  7. Wah ni selesa ni kalau untuk ramai2

    ReplyDelete
  8. Banyak juga kelengkapan yang ada. Homestay pun bersih, kemas dan selesa. Selesalah untuk seisi keluarga menginap kat sini. Lama tak pergi Sagil walaupun dekat je dari Segamat tu.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad