Wordless Wednesday...pensel 5B - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Wednesday, November 4, 2020

Wordless Wednesday...pensel 5B

Memang betul betul wordless lagi speechless ni..
Semalam petang Mama Yan pergi Taman Universiti nak hantar pay slip gaji staf kat office, lepas tu pergi kedai alat tulis Kiang Trading nak Top up alat tulis anak anak sikit...
Lepas tu lunch date dengan suami kat Restoran Ayub Taman U.
Tiba tiba teringin nak makan sup kambing mamak..

Mama Yan beli 4 kotak pensel, sharpener, plastisin 6 kotak, tapi tak perasan kena bayar mahal sebab bagi duit seratus. Dia pulang baki dan resit terus ambik masuk poket.

Balik rumah, nak bahagi pensel kat anak anak, tengok resit sekali... RM97? 
Apa yang mahal sangat ni...
Ingatkan dia salah scan harga...
Sekali MY semak harga pensel kat kotak...
RM18 sekotak rupanya...
Pensel 5B...
Patutla mahal...
Ya ampunnnn...
Salah cekut rupanya...
Selalu beli pensel 2B dalam RM6 je sekotak...
Hadoilaahhhh...
Ini sekotak 5B boleh dapat 3 kotak pensel 2B.
Memanglah lagi berkualiti kot...
Tapi anak anak ni pakai pensel... 
Tak sempat pendek biasanya dah hilang.

Kebocoran rezeki betul.
*sedih*








 .

12 comments:

  1. Lama betul tinggal zaman belajar sampai tidak tahu ada pensil 5B.
    Kena beli baru kan sebab sayang hendak beri anak pakai pensil 5B

    ReplyDelete
  2. Aduhai, rasa ralat betul kan... bukan nak berkira tp sbb kita tak cek betul2 kita rugi... kalau dana pun dok ralat rasa, mcm aiyan beli mahal ke murah kejenya asik ilang je... ni dah lama tak sekolah tahan lama la sikit barang sekolahnya

    ReplyDelete
  3. Aduhaiii. Betul lah selalunya tak sempat pendek dah hilang.

    ReplyDelete
  4. mak ai mahal betul ek..skang dah ada sampai 5B pulak ye..hahahha da lama benar tak beli pensel gini

    ReplyDelete
  5. x pernah lagi aida jumpa 5B. memang x perasan la kalau terbeli gini. itu la tu. anak2 ni pakai pensel hmmmmm... hayat pensel tak panjang. kekadang esok lusa pensel lain-lain dibawa balik :) hi hi hi hi...

    ReplyDelete
  6. Pensel 5B tu khas untuk melukis dan membuat lakaran. Sebab tu dia lagi mahal.

    ReplyDelete
  7. Rezeki anak-anak..Hahahha.. Dapat la anak-anak pakai pensil orang kaya ke sekolah..

    ReplyDelete
  8. Pensil orang melukis tu kan hehehe

    ReplyDelete
  9. Tak silap yg 5B pakai utk art class..nk ikut line dlm lukisan..sbb dia lg terang dr bawah 5B..xsilap shida la kak yan..kpe x pegi balik kedai tu..tukar ke..kot boleh..

    ReplyDelete
  10. Pensil 5b ni memang mahal . Kalau beli sebatang pun dh berapa ringgit . Sesuai untuk drawing ni

    ReplyDelete
  11. Sha baru nak tanya kenapa mahal sangat.. Rupanya ada banyak jenis ye.. tahu yang 2b je..

    ReplyDelete
  12. Baru tahu jenis 5B tu mahal. Takpelah, kualiti sikit kak. ada hikmahnya. mana tahu anak pakai macam best je dan simpan elok elok :)

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad