MY Masak Tumis Lala

Semalam Mama Yan masak lala yang dibeli kat pasar ikan Pontian.
Kelmarin tak sempat masak,
Mama Yan letak dalam freezer beku tu,
So semalam rendam kejap sebelum masak

Macam biasa..
asyik lupa nak snap gambar untuk masak masak...
Blogger cap ayam la katakan...
Ikut dan aje la...
Ada gambar ada la..
Kalau takde tu... kita bebel ajelah benda mrepek meraban kat sini..

dah masukkan carrot dalam tumisan baru teringan nak ambil gambar..
Kelam kabut lap tangan nak pegang handphone...hahaha

Bahan Bahan:
1 plastik kecil lala (1 kg kot, berat kulit je lala ni)
1 biji bawang besar - blender
1 inci hali - blender
2 ulas bawang putih - blender
2 tangkai cili besar - blender
1 batang Serai - ketuk
1 paket serbuk mushroom soup
2 inci lobak merah
2 sudu besar sos tiram
1 camca kecil serbuk kunyit jika suka
sedikit garam

Cara membuatnya:
 Blender bahan bahan untuk ditumis, Bawang merah, bawang putih halia dan cili.
kalau nak pedas sikit, boleh tambah cili padi.
Kemudian, Tumis dengan sedikit minyak semua bahan bahan yang telah diblender.
jatuhkan juga serai yang telah diketuk dengan lesung batu,
Masukkan carrot supaya lembut..
kalau suka sayur keras keras,
Masuk kemudian sedikit.
bancuhkan serbuk mushroom soup tu dengan sedikit air,
kemudian tuang dalam kuali selepas bahan tumisan sedikit mengering...
Masukkan sos tiram dan sedikit garam..
Tak gunakan aji dah sebab dah banyak bahan perasa dalam mushroom soup dan sos tiram
kacau kacau sebati...
Masukkan lala dan kacah sehingga masak.
Kacau lala tu manja manja aje lah..
Kasar kasar sangat nanti habis isinya tercampak keluar dari kulit asal..


Koseng koseng sampai bawang masak,
Ni Mama Yan buat tak pedas sebab anak anak belum pandai makan pedas sangat..

Masukkan lala ke dalam tumisan..
Kacau sebati dan tutup kuali seketika...
Masak lala ni takyah lama lama atas api..
agak dah masak..
Tutup dan angkat.
kalau overcooked nanti dia mengecut

Masak kali ni ditemani lagu lagu dari siaran Johor FM...
Suami belikan radio untuk letak kat dapur..
Sebab dia tengok MY selalu buka spotify..
Dah comot rupa apa dah henponnya...


sebab Mama Yan dah simpan lala ni semalaman kat dalam freezer beku,
Isinya jadi kecut berut dah...
kenit je...buat lekat celah gigi je...hahaha
kesimpulan dia...
Lala ke, kupang ke, jangan masuk dalam peti beku ya... isinya mengecut.

 

13 Comments

  1. Sedapnya mama yan. Lama tak makan lala

    ReplyDelete
  2. Kerang pun x leh letak dalam freezer kan...well sama menu kita hari ni..akak up esok la resepi lala sweet sour....

    ReplyDelete
  3. Dah tak ingat bila tah last makan lala. Kalau kupang, kat sini masih ada harapan utk mkn.. lala tak de.

    ReplyDelete
  4. Beli terus masak ... hehe.. Sedapnya..

    ReplyDelete
  5. ehhh org pontian ke sis? sama kampung ni.haha

    sedapnyaaa lala :)

    ReplyDelete
  6. hahahaha nampak post ni dekat FB semalam. Kena buang dari kulit lah kalau dah mengecut. Takde la geram sangat bila nak makan

    ReplyDelete
  7. tak pernah masak sendiri benda ni..macam mengada2 pulak, nak orang lain je masakkan..hahahah

    ReplyDelete
  8. nasib baik teringat nak ambil gambar masa menumis, sempat la nak tunjuk lala yang dah siap..nampak sedap betul!

    ReplyDelete
  9. arghhhh terus lapar bila nampak lauk niiii

    ReplyDelete
  10. Sedapnya.. owh kalau simpan peti sejuk, isi dia kecut ye mama yan..

    ReplyDelete
  11. Sedap lala. tapi itulah bila dah masak kecut, aduhaii celah gigi je lah ni :)

    ReplyDelete

terima kasih, sila komen lagi :-)