MY Novel : Suara Hati

Tajuk : Suara Hati
Penulis : Anis Ayuni
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
Tahun Cetakan : 2002
Jumlah Mukasurat : 327
Fiksyen Melayu

Mengisahkan Hani yang menjalinkan hubungan cinta dengan Haris ketika kedua dua masih menuntut. Kisah cinta mereka akhirnya berakhir apabila Hani dipinang oleh Dr. Naim dan Hani redha menerima suratan jodohnya.
Setelah 8 tahun berlalu, Hani dan Haris bertemu kembali. Ketika ini, Hani telah bergelar pensyarah dan Haris memiliki firma guamannya sendiri. Hani juga telah memiliki dua orang cahaya mata hasil perkongsian hidupnya bersama arwah Dr. Naim.

Kerana perpisahan yang terjadi sebelum ini tidak pernah mereka pinta, mudah sahaja kasih mereka kembali bertaut. Namun, Hani sangat berhati - hati untuk menyerahkan hatinya kembali kepada Haris. Hani juga teragak-agak menerima cinta Haris kembali kerana penerimaan dingin keluarga mentua dan kehadiran orang ketiga yang menaruh hati pada Haris.  
Tapi, kejadian Adam yang terpaksa dimasukkan ke hospital, membuka ruang bicara untuk Haris dan Hani. Akhirnya, Hani kembali menerima Haris dan diiringi restu keluarga Hani.

Novel lama...
Mama Yan baca di Google Bookstore aje. 
Dah lama beli sebenarnya..
Tak habis habis baca sebab tak sempat.
Cerita biasa je...
Cuma MY sukakan gaya penulisan Anis Ayuni.
Penggunaan ayat dan bahasanya yang MY suka sangat.



1 Comments

  1. Kalau dah jodoh tak kemana. Pasti ditetapkan bersama jua akhirnya.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)