PPK Pembantu Perawatan Kesihatan - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Wednesday, December 22, 2021

PPK Pembantu Perawatan Kesihatan

Ramai lagi yang keliru antara Pembantu Pegawai Perubatan, jururawat dan Pembantu Perawatan Kesihatan. 
Pukul rata aje semua,
Asal baju putih,
Semua nurse.
Hihihi...

Mereka ada bidang tugas yang berbeza sebenarnya.
Walaupun bidang tugas dan tangga gaji mereka berbeza,
Itu tak memberi makna kita boleh menghina atau merendah-rendah pekerjaan mereka.

Di hospital,
Mereka bekerja sebagai satu pasukan.
Saling memerlukan.
Jadi,
Tak baiklah kita letak level level dan class untuk mereka.



Kalau sekali pun yang berskandal dengan suami orang tu seorang PPK,
Rasanya tak perlu kita kaitkan profession dia low level,
Tukar cadar ke..apa ke...
Itu atas diri sendiri. 
2m
Kita tak tahu masa depan kita lagi macam mana kan..
 Yakin sangat kita takkan terjebak dengan dosa?
Yakin sangat ke saudara mara kita takde yang jadi cleaner? 
Yakan sangat kita takkan bertemu jodoh dengan pendosa?

Ujian rumahtangga untuk orang lain,
Tapi ujian jari dan lisan untuk kita yang melihat, mendengar dan membacanya.
Semoga kita semua dilindungi Allah dari ujian yang sebegini.
Aminn...
 

10 comments:

  1. PH cuma kenal doc & nurse je. The rest tu mmg pukul rata cuma kalau yg nurse lelaki tu org kampung kami panggil "attendant" tak kisahlah dia MA, ke MO ke....memang tak tahu bezanya.

    ReplyDelete
  2. Trending betul nama mereka berdua tu. Terjebak juga ikut geram dalam hati bila tengok muka si lelaki tak rasa bersalah langsung dan teguh memilih dia bak lirik lagu.

    ReplyDelete
  3. Betul, jangan kaitkan dengan pekerjaa, pekerjaan tu tak bersalah.

    ReplyDelete
  4. Jangan kerana seorang semua yang lain terpalit. Sama-sama muhasabah diri. Bohong kalau PC tak terkesan dengan berita ini. Paling penting jadikan ingatan. mereka dah melakukan dan dan terjebak, jangan kita terus terjebak juga hingga menguntungkan mereka sedekah pahala percuma.

    ReplyDelete
  5. Betul, saya kurang setuju bab kait-kaitkan dengan kerja. High level ke low level ke... tak perlu pandang orang dengan persepsi begitu.

    ReplyDelete
  6. betul, kita x tau lagi bahagian kita di masa depan, tak kita..anak2 & family kita.
    yes..memang sedih tgk isu tu..plus lagi sedih bila tersebar luas di media sosial..isu rumahtangga heboh diperkatakan & ramai plak yg jadi judge x berbayar... takut bila baca. moga dijauhkan dr kita semua...and moga semua urusan mereka dipermudahkan...aamiin.

    ReplyDelete
  7. curang tu mmg sesiapa pun akan geram, tapi mama tak berani nak ulas apa2 sebab hal peribadi orangkan..

    ReplyDelete
  8. Sebab seorang, habis yang lain terpalit sama. Apapun jangan menghina pekerjaan orang.

    ReplyDelete
  9. pada aida, pe pon keje, takde low takde high.
    jgn menghina gitu, kan.
    setiap pekerjaan tu saling berhubung.
    satu level takde, pincang la pasukan tu.

    ReplyDelete
  10. Betul tu.. Pekerjaan tu tak salah pun.. Yang salah tuan badan.. huhuhu..

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad