MY Movie; Last Christmas - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Thursday, December 23, 2021

MY Movie; Last Christmas

 

Tajuk Filem : Last Christmas
Pengarah : Paul Feig
Cerita oleh: Emma Thompson
Durasi filem : 103 minit
Tahun Terbitan : 2019
Edaran : Universal Pictures

Pelakon :-
Emilia Clarke sebagai Katarina 'Kate'' Andrich
Henry Golding sebagai Tom Webster
Dato Michelle Yeoh sebagai Santa

Mengisahkan Katarina "Kate" Andrich adalah seorang pesakit jantung yang telah menjalani pembedahan pemindahan organ. Kate bekerja di sebuah kedai menjual perhiasan Krismas milik wanita Cina yang mengelarkan dirinya sebagai Santa (Dato Michealle Yeoh). Kate ni jenis yang kalut, cuai dan tidak fokus. Dia menumpang rumah kawan kawan dan kerap dihalau kerana kerap buat hal.

Satu hari, Kate berkenalan dengan seorang lelaki misteri yang sentiasa berbasikal dan sukar dihubungi kerana sentiasa meninggalkan telefon bimbitnya di dalam kabinet.

Perkenalan Kate dan Tom Webster, memberikan semangat baru dalam hidup Kate. Sebelum tu, Kate rasa hidupnya macam takde matlamat hidup. Ketika Kate mengubah dirinya ke arah lebih baik, Tom menghilangkan diri. Kate cuba mencarinya di pusat perlindungan gelandangan, tetapi tidak bertemu.

Kemudiannya, Kate datang ke apartment Tom, dan menemui jawapan tentang diri Tom yang sebenar. Last sekali, Kate juga berkhidmat sebagai sukarelawan di pusat gelandangan tersebut.

Macam best pula tengok Henry Golding ni bawa basikal. Macam ringan je. Apasal MY mengayuh beskal macam nak setengah nyawa terbang ?

Best juga cerita ni... Boleh la release stress... komedi romantik kann...


5 comments:

  1. Best...suka layan movie2 christmas....

    ReplyDelete
  2. wah michelle yeoh pun ada macam best.
    pernah tengok henry golding mengacara tapi tak pernah pula tengok dia berlakon walaupun movie dia macam famous juga..hehe

    ReplyDelete
  3. Menarik jalan ceritanya, Dato Michelle Yeoh berlakon, terakhir tonton dia dalam filem Crazy Rich Asian.

    ReplyDelete
  4. Makin banyak lakonan Henry Golding. Orang Malaysia ke hollywood terus. Bukan biasa biasa. Setaraf Michelle Yeoh. First movie lakonan dia yang saya tengok Crazy Rich Asians tu.

    ReplyDelete
  5. lama tak layan filem romantik komedi macam ini..

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad