Review Filem Tarantula X - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Monday, December 20, 2021

Review Filem Tarantula X

Dah berjaya beli Tarantula X di Astro First dengan harga RM15 untuk dua hari tontonan.
Tonton berdua je dengan suami,
Anak anak balik kampung.


Tajuk : Tarantula X
Pengarah : Radzi Rajudin
Terbitan : Kuasatek Pictures
Durasi Filem : 88 minit
Klasifikasi : 18
Pelakon : 

Eman Manan - ASP Anuar
Namron - Adam Mahfuz
Adlin Aman Ramli - Anas
Rashid Salleh - Amir
Vanida Imran - Ayu
Marisa Yasmin - Liza
Mona Allen - Shima
Jasper Supayyah - Nurain 

Sinopsis Tarantula X:


Cerita ni mengisahkan tentang 3 orang rakan baik lelaki;
Adam, Anas dan Amir,
3 orang rakan baik perempuan; Ayu, Liza dan Shima,
 2 pasangan suami isteri; Adam & Ayu serta Anas & Liza.
Amir dan Shima single.

Shima pernah menjadi kekasih gelap Adam dan kemudiannya menjadi kekasih gelap Anas pula.
Adam telah lumpuh akibat serangan strok sejak 2 bulan lalu.
Isteri Anas pula, Liza sedang sarat mengandung anak pertama.

Liza cuba memadankan Amir dan Shima,
Tapi, Shima tak pandang orang bujang,
Dia suka suami orang yang berduit.
Shima menolak Amir mentah mentah dan membuat Amir berasa sedikit terhina.

Shima kemudiannya ditemui mati dibunuh oleh adik angkatnya yang juga teman serumah Shima.
ASP Anuar menjalankan siasatan dan Anas, Ayu, Amir serta Nurain menjadi suspek dalam kes pembunuhan Shima.

kesemua mereka ada motif untuk membunuh Shima,
Motif Anas - Shima mengugut Anas sebanyak RM 1 juta ketika Anas hendak memutuskan hubungan dengan Shima. Jika tidak, Shima akan menyebarkan foto b*g*l mereka.

Motif Ayu - cemburu dan dendam terhadam Shima yang merupakan perempuan simpanan suaminya.

Motif Amir - rasa terhina dengan penolakan Shima

Motif Nurain - pergaduhan teman serumah

Motif Adam - dendam kerana ditinggalkan Shima. Tapi Adam lumpuh.

Pada malam kejadian juga, Liza yang sedang sarat mengandung sakit hendak bersalin.
 Baru sahaja melangkah keluar rumah untuk menghantar Liza ke hospital,
Anas telah ditahan reman untuk disoal siasat.
Masa ni....Masa ni kesian gila kat Liza,
Bayangkan la... nak bersalin anak sulung, nak sangat suami temankan bersalin,
Alih alih suami kena tahan reman,
Atas tuduhan membunuh skandal.
Perghhhh... 
Pilu woih...
Skandal pula best friend sendiri...
Double sedih pilu...

Selepas Anas dibebaskan,
Ayu pula ditahan untuk disoal siasat.


Eman Manan sebagai ASP Anuar, 
Memang ramai yang ternanti nantikan kemunculan semula Eman Manan di layar perak.


Tapi, MY tak minat lontaran dialog Namron berlakon.
Agak janggal didengar.
Nak nak masa Namron berbual dengan Rashid Salleh.
Tapi yelah..
Ada pelbagai jenis tone dan cara orang bercakap kat dalam dunia ni kann.. 
kena la terima..
Cara MY bercakap pun, mungkin ramai yang tak suka agaknya..

Nurain ni ke bunuh kakak angkat dia?
Nurain ni dia jadi informer kepada Ayu.
Kemudian,
diam diam dia call Liza pula bagitau Anas ada skandal.
Macam makcik bawang gitu.


Susah juga jadi pelakon ni ye...
Malam malam kena berendam dalam kolam renang...

Pada Mama Yan, cerita ni best.
Yang tak best nya sebab MY tak minat lakonan Namron dan Rashid Salleh dalam ni.
Yang lain lain memang tip top.
Pasangan Anas dan Liza tu memang sepadan.
Ada chemistry la kata orang.
Tapi tu la.. suami MY tak kenal Marissa Yasmin.
Best isteri Adlin ni berlakon,
Pelakon baru ke?
Marissa Yasmin dah lama sangat berlakon,
Tapi tak tahu kenapa payah sangat nak meletop.
Sebab beliau wanita yang baik agaknya...
Takde gosip liar,
Tak bergaduh,
Tak masuk Melodeh,
Tu yang orang tak kenal agaknya..

Filem Tarantula X ni bukan hiburan kosong pada MY.
Banyak pengajaran dalamnya.
Tentang menghargai dan mempercayai pasangan hidup.
Macam Liza dan Anas la...
Liza punyalah percaya kat suami,
Tapi suaminya,
Berskandal dengan kawan baik dia sendiri.
Tengah sarat tak dapat masak untuk suami,
Rasa bersalah,
Masakkan juga walaupun maggi special je. 
Last last...
Bini merajuk, makanla megi cawan tu sorang sorang.

Ayu, walaupun dah kantoi suami dia ada skandal dengan Shima, 
Tapi bila suami sakit,
Tetap jaga suami,
Tetap layan suami dengan baik.

Tapi filem macam ni..
Walaupun best ditonton...
Tapi tak mampu nak tarik orang muda menonton sama. 
Pelakon semua dah dewasa.
Jasper Supayah je yang muda sikit.
Kalau buat pasangan Adam & Ayu ada anak remaja,
Dan turut jadi suspek pembunuhan Shima lagi best kot.
Ambik Nadhir Nasar hero remaja tu.
Ecehwahh... memandai mandai pula ya.
Tapi betulla....
Kalau takde pelakon muda,
Memang takde orang muda tengok.
Berapa ramai je orang muda nak tengok Eman Manan? Kenal pun tidak.
Tapi kalau tambah watak, tak cukup pula 90 minit...
Kena la buat Tarantula XX lepas tu...

Apapun...
Harap harap lepas ni ada lagi buah tangan Kuasatek Pictures. 

Penerbit Tarantula X, Mohd Noor Kadir.
Terima kasih atas penghasilan karya terbaru Kuasatek Pictures.






 

5 comments:

  1. Akhirnya dapat jugak akak tengok filem yang dinantikan. Ramai pelakon legend. Jasper Supayah tu pun masih baru lagi dikenali.

    ReplyDelete
  2. kesian betul jadi liza tu, kena tipu hidup2 dengan suami & kawan baik sendiri. nak try tengok lah nanti

    ReplyDelete
  3. Mungkin target filem ni untuk golongan dewasa yang sukakan filem thriller.

    ReplyDelete
  4. mcm menarik ni, lama x tgk eman manan..lakonan dia best. leh layan ngan ibu ni

    ReplyDelete
  5. Lamanya tak tengok eman manan tu..

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad