Pensel warna Luna di Shopee Murah

Dah nak cuti sekolah baru nak beli pensel warna...
Hahaha...
Takpe..
Pensel warna bukannya boleh basi.

Dulu, masa abang dengan Moq je yang sekolah,
 MY selalu belikan pensel warna yang 24 batang tu. 
Maklumlah... 2 je yang sekolah.
Sekarang dah 5 orang yang sekolah..
Ambik ko..
tak terdaya nak bayar harga pensel warna... hahaha..

Bukannya anak nak sangat pun pensel waena 24 batang tu..
Mamanya yang teringin nak gunakan.
Maklumlah masa kecik kecik dulu tak dapat.
Selalu dapat yang 12 batang yang pendek aje.
Yang panjang pun tak pernah.
 
Lepas dah banyak kali beli yang 24 batang tu,
Mama Yan dapati,
Mereka tak guna sangat warna yang berbagai bagai warna tu.
Anak anak cuma gunakan warna biasa sahaja.
Merah, biru, hijau, kuning, hitam, coklat.
Yang hijau olive, biru turquoise, magenta, maroon, fuchsia pink semua tu,
Tak guna sangat pun.
Jadinya, Baiklah belikan pensel warna 12 batang tu je.
.

Lembaran kerja diorang pun kebanyakannya berbunyi begini..
"warnakan merah untuk yang kecil"
"warnakan biru untuk yang besar"
"warnakan hijau untuk yang banyak"
"warnakan kuning untuk yang sedikit'
takde suruh warnakan dengan warna peach ke, grey ke, cyan ke, magenta ke... 


Mama Yan belikan 10 kotak terus untuk stok.
Abangnya pun walaupun dah sekolah menengah,
Masih menggunakan pensel warna.
Subjek Geografi banyak guna pensel warna untuk warnakan peta.
Sains pun ada lagi guna pensel warna untuk gambarajah.



Mama Yan order di Shopee je.
Memang murah.
Tapi pensel warnanya ada yang mata patah.
dan kebanyakannya mata tak tajam sempurna.
Flat di hujungnya.
Mungkin factory rejected sebab harganya agak murah berbanding di kedai.
Tapi kualiti dan kepekatan warna masih sama seperti yang original dari kedai alat tulis.

Ada sekali tu,
Mama Yan order beberapa batang sahaja pensel warna di Shopee,
Beli warna merah dan biru muda sahaja.
Apa tidaknya..
Warna warna lain masih melambak banyak..
Pelbagai jenis hijau, pelbagai tone merah jambu..
Tapi warna merah menyala dan warna biru muda sebatang pun takde.
Habis semuanya. 
Sambil order,
Sambil bebel...
Asyik warnakan nafas atom je..
Mana tak habis cepat warna biru tu.

Mama Yan memang belikan pensel warna Luna je kat anak anak..
Bukan apa..
Pensel warna jenama Luna ni tak mudah patah.
Daripada beli yang murah sikit, tapi asah-asah patah,
seminggu dah tinggal seinci..
kena beli lagi..
Baiklah beli yang berkualiti sikit.

Yang nak tahu apa dia nafas atom atau sebenarnya atomic breath..
Ni diaaa...
Hari hari  lukis Godzilla.. 







 

10 Comments

  1. Saya dari kecik, sampai dah jadi mak orang, memang suka warna Luna ni

    ReplyDelete
  2. beli kt shopee lagi murah dri kt luar

    ReplyDelete
  3. Cer tukar nafas atom tu kaler lain? Hihi

    Sama la Yan, dulu akak kecik2 siapa pakai Luna ni kira berduit la.

    ReplyDelete
  4. takpe tahan sampai tahun depan MY....

    ReplyDelete
  5. Ammi masa sekolah dulu meleleh je air liur tgk kengkawan pakai color yang ada 2 warna dlm sebatang tu. Rasa gempak nau kalau dpt. Tp apa kan daya... Nak beli yg 12 pendek tu pun tunggu turn

    ReplyDelete
  6. Suka pensil warna Luna. Puas hati.

    ReplyDelete
  7. wah murah..pencil warna ni memang kadang nk kena buat stok..sbbnya anak ni suka sgt warna lps tu korek. tak smpai 2 bulan dh pendek warnanya..geram betul

    ReplyDelete
  8. Eh luna dah tukar packaging baru ke? Lama sangat dah tak guna luna. Dulu penselnya berbelang-belang. Sekarang dah seiras fabel castle pula ya

    ReplyDelete
  9. saya pun suka warna luna. memang kena standby pensel warna ni kat rumah. kang ada je yang tak cukup, tercicirlah.. terlebih asah lah..

    ReplyDelete
  10. Suka warna luna sebab lebih pekat warnanya. Kann..dulu macam rasa mahal benar yg 24 warna tu.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)