Jajan jamuan - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Thursday, May 26, 2022

Jajan jamuan

Nak dimakan, tak yakin,
nak dibuang, kufur nikmat pula.
Cubalah kalau bagi jajan untuk goodies bag ni pilih pilih sikit isiannya..
Bukan minta Ferrero Rocher atau Daim mahupun Patchi..
Cuma carilah yang lambang halal Jakimnya besar-besar sikit...

ni dengan tulisan melayu takde...
entah apa bahan yang digunakan kita tak tahu..
MY memang tak galakkan diorang makan gula gula..
memang tak pernah beli gula gula kecuali yang dah besar tu dioarng sekali sekali minta mentos,
tapi kalau yang kecik kecik tu nak beli saja saja memang jarang bagi beli.
Kalau jenis jenis keropok kerepek tu..
selalu la belikan..hehehe...

Anak anak pula, kalau dapat gula-gula dari paket kegembiraan kanak kanak ni..
MY tak halang pun anak anak makan...
Cuma, kalau boleh , 
bagilah gula gula dan jajan yang betul betul diyakini taraf halalnya...





MY bukanlah cerewet sangat.
Masa kecik dulu pun bedal aje apa jenis jajan dan gula gula.
Tapi zaman tu akses dan pemantauan sangat terhad.
Apa sahaja yang dijual,
Selagi tidak menyerupai anjing dan babi secara nyata,
semua bedal.

Harap harap ibu bapa lebih prihatin tentang pemberian jajan dalam beg goodies ni,
Memanglah niat kita nak anak anak gembira,
tapi pada masa yang sama,
status halal haram dan kesihatan juga perlu dititikberatkan oleh ibu bapa sepatutnya..

serba salah.. Nak komplen dicop tak bersyukur..
taknak komplen... ni anak anak kita ni....



 

6 comments:

  1. Jajan gula udang merah tu kan pernah viral kata tak halal...memang takut nak beli lagi. Kita bukan cerewet nak yg mahal cuma risau halal haramnya

    ReplyDelete
  2. Kalau ada cop halal walau secoet pun dah syukur.

    ReplyDelete
  3. Masa kecik (+ masa tak tau) memang kesukaan sungguh tapi kini pandang je lah. Tunggu yang sahih..

    ReplyDelete
  4. Betul tu, tu sebab anak anak kalau bawa balik goodies mesti bagi Ain tengok dulu makanan dalam tu...mama dah luluskan baru boleh makan..^_^

    ReplyDelete
  5. gula-gula udang tu memang feveret masa kecik2 dulu.Sekarang tak berani nak beli sebab tak ada nampak cop halal.Hu3.

    ReplyDelete
  6. Semua lejen ni. Suka yang udang tu.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad