Resepi Cornflakes Madu - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Sunday, May 29, 2022

Resepi Cornflakes Madu

Ini adalah antara kuih raya yang Mama Yan wajib buat time raya...
Buat sebab yang menghabiskan anak anak sendiri aje pun.
Ni memang kuih raya kegemaran diorang.
Kalau raya kat kampung,
memang kena bawa balik kampung 2 balang besar.
1 untuk diorang makan,
1 lagi untuk tetamu atuk.
Kalau tak,
Habis la kuih raya atuknya nanti diorang kerjakan.


cuma masalahnya diorang,
dah ramai ramai tu kan..
ada je yang nak kena titik jari tu.
Tak reti reti nak buang sampah paper cup tu dalam bekas sampah.
Kadang tu,
dah sediakan dah bekas untuk buang paper cup tu,
Tapi tetap la jumpa sampah paper cup tu bawah kerusi,
bawah meja,
dalam balang kuih lain,
celah kusyen, dalam pasu bunga...
Manalah mak dorang ni tak naik mencacak aje tekanan darahnya...


kemain semangat Mama Yan menambah tray baru..
almaklumlah..
Kan ada belo oven Noxxa baru hari tu..
Tapi tu la..
oven Noxxa tu kecik.
Setakat untuk kegunaan keluarga bolehla.
Kalau ada pasang angan angan nak meniaga biskut raya,
Rentikanla,..
Boleh kemurungan tunggu kuih raya tak siap siap bakar sebab oven kecik.

Resepi Kuih Cornflakes Madu


Bahan bahan:

Setengah plastik cornflakes ( kotak besar tapi MY buat separuh separuh)
2 sudu besar gula kaster
2 sudu besar mentega
setengah cawan madu
bahan hiasan seperti ceri, manik, chocolate rice atau colourful rice
paper cup

Cara bikin: 
1. Remuk redamkan cornflakes dalam plastik
2. sebatikan gula dan mentega dalam kuali
3. hidupkan api kecil dan kacau supaya mereka mencair
4. Masukkan madu
5. tuangkan cornflakes dalam kuali dan gaul sebati 
5. bila dah betul sebati, boleh la pindahkan cornflake masuk dalam besen lain atau kalau tak rajin, angkut je kuali tu atas meja.
6. Cedok kan sesudu penuh cornflakes masuk dalam paper cup
 7. Taburkan dengan hiasan supaya mereka lebih berseri di hari raya
8. Masukkan ke dalam oven dengan suhu 150 C selama 10 minit


Kalau tak dibakar,
Nanti cepat lemau dan hiasan tak melekat pada cornflake.
Mama Yan buat kat kampung dengan biras MY.
Dia bakar guna suhu suhu 180 C, tapi 5 minit.
Cepat sikit garing kak yang...
Hahaha...
Lain orang lain style..
Lain cara...
Lain rasa...
Lagipun selagi mana kita buat dia...
tak kisah pun apa cara..
yang penting sedap dimakan..

Orang buat entry kuih raya sebelum raya..
Ni raya dah habis baru keluar resepi kuih raya...
Hahaha...
Takpelah..
raya setiap tahun sekali...




 

7 comments:

  1. Part sampah paper cup tu memang boleh naikkan darah.. Hehehe.. Ada je ideanya nak sorokkan walaupun ada tong sampah disediakan..

    ReplyDelete
  2. Seronoklah baca entri kuih raya selepas raya hihihiii....

    ReplyDelete
  3. Ciknur beli cornflake tp ank2 dara ni tak buat pula. Asyik tanguh last2 rayaa he hee
    nampak gaya nya raya haji la buatnya kot

    ReplyDelete
  4. Kat rumah ada sekotak lagi cornflakes. Bolehlah buat ni nanti. He3.

    ReplyDelete
  5. Raya tahun ni tak sempat merasa cornflakes.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad