Jemput Si Biru bawa pulang

Semalam masa nak pergi Tebrau untuk bawa balik ahli keluarga terbaru kami,
MY dan suami naik grab
Cuba book Grab dari Pekan Nanas ke Tebrau,
Takde.
Terpaksalah try dari Pekan ke Aeon Bukit Indah,
Ada pun yang sudi nak hantar kami ke Bukit Indah.
Sampai Bukit Indah, Turun.
Lepas tu, booking baru untuk sambung ke Tebrau pula..
hadehh...
Terus dapat.
Teksi Grab la tapi.
Dari Pekan Nanas ke Aeon Bukit Indah RM26
Dari Aeon Bukit Indah ke Aeon Tebrau RM41.
Dah macam nak balik pahang dulu dulu,
Naik bas sambung sambung.

Suami MY dah tak larat nak buka mata kat sebelah tu.
Mabuk sebab bau pewangi kereta yang mula mula.
Terlampau lampau wangi.
Dah macam kedai Lovely Lace baunya.
Mama Yan suka aje bau wangi wangi.
Tapi suami MY pulak, dia kata letak seketul Glade sudahla..
Ni yang gantung2 lagi..
yang kat blower aircond lagi.
Sembur sembur lagi agaknya...adeh..pening loya mabuk semua ada


Sampai kat showroom,
Remy hidangkan latte dan sepiring kek.
Alhamdulillah,
sebab memang haus.
Masa dalam grab tu,
tekak gatal nak batuk,
Tapi segan pulak.
Minum air mineral pun tak hilang gatal tekak ni.
Ah sudahh..
Tiberr pulak.
Sekarang ni kalau batuk atau bersin,
Kita akan dipandang hina dan tidak berperikemanusiaan sebab batuk batuk pun nak keluar rumah.
Padahal kat rumah tadi tak batuk pun,
Tiba-tiba aje gatal nak batuk.

MY makan satu,
Suami MY makan dua..
Aikk...selalu tak makan kek.
Lapar kottt...

Kelam kabut nak gunakan kali pertama.
Walaupun Remy dah ajar dekat satu jam,
Tapi kelam kabut juga sebab belum biasa,
Signal dia belah kanan,
Banyak kali terhidupkan wiper masa nak bagi signal...hahaha...
Dah rupa kereta pinjam.

Alhamdulillah...
Syukur..walaupun masih milik bank,
Tapi boleh lah digunakan untuk pergi kerja dan balik kerja.
Semoga kehadiran Si Biru akan memberi lebih banyak manfaat kepada kami sekeluarga.
Aminn




 

7 Comments

  1. alhamdulillah..tahniah. betul nak batuk kalau ada kat luar memang agaki risau juga kan

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, seronoknya ada kereta baru.

    ReplyDelete
  3. wah seronok nya kereta baru. hrp suami MY tak mabuk bau baru lak. cam saya dulu, mabuk lah dlm sminggu, pening bau getah2 baru dlm kereta tu. yg perfume pun mmg tak suka wangi2 sgt. saya letak pewangi kereta kat blkg tpt letak barang nun. tu pun tersembunyi. hehe

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah! Selamat berkhidmat kepada tuan mu ye Si Biru..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. biasa-biasa kan dengan si biru ye... sedap pula kak ana tengok kek tu MY hehe :)

    ReplyDelete
  6. Wah..alhamdulillah ada si biru yg bakal berbakti bersama keluarga MY lepas ni... sy pun sejenis husb MY... x tahan bau yg wangi sgt dalam kereta... pening

    ReplyDelete
  7. Aduh.. Kalau Sha pun memang pening bila terlampau wangi.. Huhuhu..
    Alhamdulillah rezeki MY.. Semoga si Biru berkhidmat dengan lancar..

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)