Sarapan pagi hujung minggu

Semalam,
Pagi pagi MY dan suami dah keluar membeli sarapan untuk anak anak.
Sambil tunggu roti canai siap dibungkus,
MY order juga lah roti kosong 2 keping dan segelas teh tarik.
Inilah masa nak berbual bual berdua.
Bungkus roti canai 8 roti kosong, 8 roti telur.
semuanya tengah kuat makan.


Pagi ni,
MY masak bihun goreng aje.
Kosong ajelah.
Peti ais dah seminggu rosak.
Semalam baru ada kesempatan hantar repair.
So kat rumah takde peti ias.
Adalah peti beku tu,
Tak sempat pula nak cairkan ayam dan daging.
bawang + cili kering + ikan bilis ajelah rencahnya.
takdelah nak fishball fishcake sayur sayur semua.
selalu kalau nak masak pagi,
malam tu dah letak kat chiller siap siap.
Ni nak keluarkan pagi pagi tak sempat nak cair ayam tu,
berkokok pulak anak anak ni kang..
lapar
Stok bihun ni memang kena sentiasa ada di rumah.
Kali ni MY guna bihun jenama Jati.
Selalu guna jenama Faiza dan Jasmine juga,
Jenama pelik pelik tulisan Siam tu memang tak pernah beli.
Sebab pernah beli sekali,
Masa masak dia jadi benyek.
Melekat habis kat kuali... rasa gagal teruk.

Goreng telur dadar pastu hiris.

Goreng juga sebungkus sosej.
Selesai kisah sarapan pagi.
harap harap cepat la siap peti ais tu.
Bahagian paip yang terdapat di bahagian bawah peti ais tu bocor kerana berkarat.
Dah lama pakai kan...
Kalau tak silap, beli sekitar tahun 2014 .

Bukan peti ais je,
Mesin basuh pun rosak juga.
Sebab malas nak fikir,
Beli aje mesin basuh baru.
Tak lama lepas tu,
Peti ais pula menyusul rosak.
Adoi... semua benda nak rosak serentak ni.
Nak kena bayar zakat lebih sikit lagi agaknya...heehehe...
Tapi kalau ikut logik.
Dah beli waktu yang lebih kurang sama...
maka, waktu rosaknya lebih kurang la juga kann...

Angkut la dua dua tu ke kedai untuk repair.
Mesin basuh tu kalau boleh elok semula,
bagi la pada siapa2 yang memerlukan nanti.
Kalau dah tak dapat diperbaiki,
nak buat macam mana kan.
sampai situ ajelah perkhidmatannya,

lagipun memang mesin basuh tu berkerja dengan sangat keras setiap hari.
kami membasuh setiap hari dua kali.
Pagi satu round - basuh pakaian malam
petang satu round - basuh baju sekolah anak anak
Kadang kadang 3 round,
basuh selimut, cadar, langsir dan lain lain lagi.
begitulah bila anak ramai kan...
Cuciannya pun jadi banyak.
Takpelah,
semoga mereka semua jadi orang yang berguna satu hari nanti..
Aminnn


 

6 Comments

  1. Menu simple yang sedap.. Alhamdulillah kenyang... Ui.. rosak terus dua benda penting.. sabo jela.. Moga dilimpahkan rezeki dan dipermudahkan urusan ye kak..

    ReplyDelete
  2. Sedap sungguh nampak mihun tu, rindu pula mihun mak saya.

    ReplyDelete
  3. Bihun goreng tu pun dah sedap dah tu MY..
    Ibu suka makan bihun ngan sos.. Sedap!

    ReplyDelete
  4. Macam tu kot. Perkakas elektrik kalau dah sekali rosak, mesti akan ada problem jugak nanti.

    ReplyDelete
  5. Sampai masa dia, memang akan meragamlah..

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)