Resipi Inti karipap kentang - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Tuesday, December 13, 2022

Resipi Inti karipap kentang

Malas sebenarnya... Tapi tak boleh biar blog ni tak berupdate.
Nanti kemalasannya makin tebal,
Lagi susah nak mulakan semula.
Sebab malas kan..
Gambar takyah watermark la..
Sebab malas nak edit.
Lagipun setakat gambar kentang,
ambikla sape endak...

Mama Yan nak buat karipap..
bulan lepas punya masakan sebenarnya ni,
ni masa tengah semangat ambil gambar nak buat intinya...
Seperti biasa..
Mula mula je semangat ambil gambar..
Lepas tu..
Dah siap intinya..
Lupa nak ambil gambar yang dah siap.
So gambar ada masa proses masak aje.
Masa dah siap,
Takde gambar,
Mama Yan lupa terus.
Sabar aje lah kannn...

Hari tu masak guna periuk Noxxa.
Sebab malas nak berpanas di dapur. Periuk Noxxa kat ruang makan, ada kipas...
hihihi..
Tapi biasa anak komplen,
Satu rumah bau lauk kalau masak kat situ.
Buat tak dengar sudah.
Nantikan bau tu boleh hilang.
sembur sembur febreeze sikit.
mop lantai,
buka kipas..
buka pintu..
hilang la bau



Resipi inti karipap kentang 


Bahan Bahan:

6 biji kentang saiz sederhana
3 keping daging burger (opsyen)
4 keping lof ayam (opsyen)
2 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
5 sudu serbuk kari ayam/daging
daun kari
minyak untuk menumis
setengah mug air untuk empukkan kentang
Daun kari

Cara menyediakan:

Mula mula, kupas kentang. Lepas tu, potong kentang dalam bentuk dadu kecil ya.
Jangan dadu besar macam mainan saidina,
dadu kecil macam dam ular murahan.
Rendam kentang yang telah didadu dalam besen berisi air, ketepikan dahulu.
goreng daging burger. Kemudian tumbuk hancur daging burger tu.
Kisar bawang dan bawang putih.
Panaskan minyak dalam periuk Noxxa.
Kalau takde Noxxa, Pakai kuali biasa pun boleh.
Tumis bawang yang telah diblender.
Letak daun kari untuk lebih aroma.
Kemudian masukkan serbuk kari dan suku cawan air.
Kacau laju laju supaya serbuk kari tak hangit.

Lepas bawang dan serbuk kari dah garing, dah masak..
Masukkan kentang. Tapis dulu ye. Jangan la masukkan sekali air rendaman kentang tu.
Letakkan garam
Kacau rata kentang, kemudian letakkan air.
Kalau masak atas dapur, air letak lebih sikit.
Letak lah juga garam dan penambah perisa yang disukai.
Masaklah sehingga kentang betul empuk dan airnya mengering.
Kalau berair sangat,
Lembik la doh karipap kita nanti.


Kacau kacau ya...
guna mode stir fry takleh tinggal.
Hangit nanti. 
Malas nak bancuh serbuk kari + air. Buat kotor mangkuk je.
Letak je serbuk kari dalam periuk tu, lepas tu taruk air.

Kalau takde daging burger, ikan bilis pun boleh.
Apa yang ada kat rumah aje.

Taruk kentang.

Letak setengah mug je airnya kalau guna periuk Noxxa ni sebab kita nak masak guna tekanan,
Masa ni letak belaka lah garam, ajino, pati ayam, cukup sedap, pasti rasa, dan apa apa bahan perisa lah...
Kacau kacau biar semuanya sebati.
Kalau nak masak pakai api dapur,
air lebih dlam sevawan setengah gitu.
Air tu yang buat mengempukkan kentang tu.
Kalau ada bajet lebih,
belilah periuk tekanan.
Apa apa jenama pun takpe.
Kat shopee pun banyak.
Cuma Amway Noxxa ni,
dia ada jaminan.
Lepastu,
Kalau rosak hantar aje ke service Centre Amway.
Nanti technician tengokkan apa masalah problemnya.
Kalau perlu bayar,
diaorang akan bagi harga dulu. 

Slice ayam ni sebenarnya ada lebih.
Peti sejukkan rosak bulan lepas.
Jadi semua sumbat dalam peti beku sampai tak muat dah chest freezer tu.
Tu yang frozen food ada balance sikit sikit tu MY campak masuk sini.
Kalau takde, tak payah.
Jangan gigih pulak berkayuh ke kedai beli lof ayam.
Tak penting pun sebenarnya

kena sentiasa kacau ye kalau guna mode stir fry kat periuk Noxxa ni.
Lepas tu,
MY tekan button off kejap,
Tutupkan penutup periuk.
Setkan LOW PRESSURE  3 minit.
Lepas dah bunyi bunyi tit tit titi tu.
Lepaskan tekanan.
Kemudian buka tudung periuk.
Memang ngam ngam lah.
Air dia dah resap dalam kentang,
Jadi tak perlu air banyak banyak macam kita masak atas api dapur gas tu.
Sayang betul takde gambar yang dah siap tu.

Lepas tu kan...
sebenarnya dah penat penat buat inti karipap,
Rasa malas pulak nak uli karipap.
start enjin kereta,
beli kulit popia kat Maslee,
Gulungggg,,,
gorengggg..
makan..
Ngam ngam untuk 2 bungkus kulit popia saiz sedang tu.
So, tak jadi pun buat karipap.
MY gulung buat inti popia je.

Don't judge an entry by its title..
Hahaha
 

 

6 comments:

  1. Memang leceh nak buat epok2 ni
    Beli dah goreng atau frozen 3 - 4 hinggit dah dapat

    ReplyDelete
  2. ya Allah bila tengok ni baru teringat lama betul tak buat karipap tau MY, sejak sakit masa puasa aritu. Bila tengok ni terus rindu nak buat karipap lah

    ReplyDelete
  3. sedapnya... Kalau d jadi karipap meh la anta sini sikit.. kikiki

    ReplyDelete
  4. lama giler x buat karipap rasanya..weekend ni nak buat la. stok bfast cuti sekolah ni

    ReplyDelete
  5. wah bestnya pandai buat karipap...kalau Cuya tahu beli je...takde masa nak buat2...kekeke

    ReplyDelete
  6. Hahahahaha suspen ibu baca sampai abeh x ada gambar karipapnya.. Apapun x kisah gulung popia pun bedal kan MY mesti sedap tu.. ;)

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad