Senta Adventure Camp Batu Pahat - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Thursday, December 15, 2022

Senta Adventure Camp Batu Pahat

Masa Mijan ada persembahan hari bakat di Batu Pahat,
MY cari tempat tidur di Batu Pahat je.
Sebab malas nak gerak pagi pagi dari Pontian.
Jadi,
MY cari la tempat yang ada kolam mandi untu anak anak isi masa lapang.
Tapi,
MY yang bijak pandai ni,
tak tengok pulak jarak dari Senta Adventure Camp ni ke Kolej Kemahiran Tinggi Mara Sri Gading tu jauh wei...
Dari hujung Batu Pahat ke hujung Batu Pahat dah.
Kolej tu kat Parit Raja,
tempat tidurnya kat Minyak Beku...kahkahkahh...

Takpelah... pengalaman kannn...

Hai acik acik semua...
Saya Mijan...
Kami tinggal di dorm Selangor sepanjang 2 malam tu.

Dalam ni ada 8 buah katil yang bersih dan lengkap dengan selimut bantalnya.
Tuala pun ada disediakan sebanyak 8 helai.
Tapi kami gabung la katil untuk ada ruang yang luas,
anak dah ramai,
susah nak cari tempat tidur.
Banyak bilik yang maksimum 6 orang je.

Dalam bilik ni kira selesa la,
Ada dua biji kipas siling dan 1 unit penyaman udara.
Siang siang pun tak berbahang panas sebab dia pakai macam lapisan kayu tu sebagai insulasi rasanya.
Malam pun tak berapa sejuk,
Just nice.

Toilet ada 2 buah.
Kira Okaylah untuk kami sekeluarga ni.
Kalau ada sebiji je,
Memang jenuh nak menunggu

lengkap dengan pemanas air dan sabun dalam disepenser tu.
Dia tulis shower and shampoo,
Gatal kemain kepala pakai shampoo dia.
Korang pergi mana bawala shampoo sendiri eh.
MY boleh tertinggal shampoo pulak.
Bawa sabun aje, berus gigi, ubat gigi dan pencuci muka. 


Kolamnya bersih dan tidak berbau klorin yang keterlaluan.
Puas anak anak mandi kolam berjam jam lamanya,
Dalam kolam ni 1 meter sahaja.
Tapi anak anak kecil kena ada pelampung ya.
Kesian kalau takde pelampung sebab untuk anak kecil 1 meter tu agak dalam

Masa kami sampai petang tu,
kamilah satu satunya family yang menghuni chalet ni,
Jadi, kolam mandi tu family kami punya la.
Tapi gegak gempitanya macam ada 20 orang kat situ.
Suami MY cramp pulak kaki masa berenang.
Tengok, punyalah lama tak exercise,
Berenang kolam secoet gitu pun cramp.
Lagipun cuaca memang sejuk.

Betul betul depan bilik kami ada mini playground ni,
Tapi anak anak dah tak pandang dah playground gini,
Diorang dah besar.


Menara dan tali tu untuk flying fox,
Tapi kami tak main flying fox pun,
Asyik hujan je.
Takde aktiviti sangat pun boleh dibuat

Kat sini ada air dispenser lengkap dengan air panas, air sejuk dan air suhu bilik,
Ni kat hall..
Dalam bilik tak disediakan kettle atau cerek air ya.
Pengering rambut pun takde,
Iron pun takde.
Sejadah pun takde.
Dia kata boleh minta kat recept.
MY dah minta iron, tapi tak sampai2..
Nasib baik bawa tudung anti kedut.
Baju melayu untuk persembahan Mijan pun dah gosok siap siap dari rumah.
Hanger elok elok.

Water disepenser ni kat hall yang disediakan untuk aktiviti dan makan makan.
Ada kerusi meja semua kat situ,
Dalam bilik tak dibenarkan makan.
Makan kat hall yang disediakan tu la..

Lepas kami mandi kolam petang tu,
Siap je anak anak mandi dan salin baju,
Hujan lebat kat luar.
Diorang dah start merengek lapar.
Ye la sejuk lepan mandi kolam kan..
Hujan pulak, payung takde,
Semua la cari makanan dan air panas.
Nak buat air,
Air panas kat hall tu jauh pulak.
Nak pergi tu mau basah kuyup juga.
Mujurla ada bawa apollo dan nabati untuk alas perut.
Boleh makan tak boleh makan,
Terpaksa la makan juga dan minum air masak


Design dormitory dan kawasan ni memang cantik.
Aman damai je pemandangannya,
Kat belakang ni ada sungai air masin /paya bakau.
Jadi kadang kadang ada bau paya naik dibawa angin.
Mula mula ingat Mijan berak,
Asyik la tanya dia 
" Mijan berak?"
"Tak"
Asyik tanya je..naik stress dia nak jawab.
Kesian Mijan.. 
Mak ayahnya pun...
asyik tuduh Mijan je..

Selipar memang bersepah gila.
harap harap takde orang OCD lalu depan ni.
Takde rak kasut disediakan.
Malam malam bawak la selipar kasut korang masuk ye.
Malam tu hujan lebat tambah,
Jauh selipar jepun MY hanyut.

Track ni boleh jalan jalan naik basikal.
Basikal disediakan untuk pengunjung secara percuma.

Ni menara tempat aktiviti flying fox.
Ada jurulatih bertauliah yang handle ni.
Tapi kami tak main pun benda ni semua.
anak kecik kecik ...

Kena pakai safety harness nak buat aktiviti ni semua.
sebab dia bukannya playground.
Dan ada bayaran tambahan untuk buat aktiviti ni,
Kami buat aktiviti yang ringan ringan dan free aje...
Maklumlah..
Banyak kenderaan berat.
hahaha..

Kami check out pukul 8 pagi hari Ahadnya tu.
Sebab,
family mentua buat makan makan sempena birthday Mak Mentua.
So, balik la cepat ke Segamat untuk tolong masak masak.
Kadang kadang rasa boring juga,
selalu je perancangan terganggu dengan aktiviti keluarga belah sana,
Tapi diam diam aje,
isu keluarga ni sensitif.
Suka tak suka, senyum aje.
Happy tak happy, senyum aje.
Bukan hipokrit, tapi inilah yang kita kata jaga hati.

Secara keseluruhannya,
MY takkan repeat lagi dah ke sini.
Susah nak makan minum,
Ia bukanlah tempat yang sesuai untuk MY dan keluarga...hahaha...
Untuk orang bandar yang sukakan ketenangan,
Silalah ke mari...
Banyak yang boleh dilakukan untuk melupakan hiruk pikuk kota.


Alamat:
PTD 5934, Batu 5, Jalan Minyak Beku, 83000 Batu Pahat, Johor Darul Takzim
No Telefon : 017 755 3283   

2 comments:

  1. Tempat ni nampak bersih dan baru je. Cantik. Anak2 saya mesti suka aktiviti flying fox ni. Tapi nak ke batu pahat ni bila ntah haha

    ReplyDelete
  2. Part ini " isu keluarga ni sensitif. Suka tak suka, senyum aje. Happy tak happy, senyum aje. Bukan hipokrit, tapi inilah yang kita kata jaga hati." - sha faham sangat..
    Cantik tempat dia tapi kalau Sha pun tak pergi kot.. Macam leceh je tak boleh kudap kudap dalam bilik.. huhuhu..

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad