Menonton Mechamato the Movie di TGV Bukit Indah - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Thursday, December 15, 2022

Menonton Mechamato the Movie di TGV Bukit Indah

Hari tu dah janji dengan anak anak,
Kalau hafal nama 10 malaikat berserta tugasnya,
Mama Ayah bawa pergi tengok Mechamato th Movie,
wahh... masa tu juga semua boleh hafal.
Kecuali Mijan la,
Dia nama sendiri pun tak tau hafal ke tidak.

Jadi hari Selasa kelmarin,
Kami pun bawalah anak anak pergi tengok Mechamato ni ha

Kesian anak angkat MY ni,
Sekeping aje badannnya,
Nak bawa balik bagi makan,
Ramai pula mak angkatnya nak bergambar juga,
Tinggallah kat situ.

Dah macam Aril dah menda alah ni

Susah betul nak ajak bergambar,rupa anak belut dah,
Menggeliut aje nak melepaskan diri,


Ambil gambar sebelum movie bermula tu satu kewajipan.

Tajuk : Mechamato the Movie
Pengarah : Nizam Razak
Penulis : Nizam Razak / Anas Abdul Aziz
Muzik : Yuri Wong / Nur Sharmine Md bakri / Simmy Lor
Penerbitan : Animonsta Studio
Edaran : Astro Shaw
Tarikh Tayangan : 8 Disember 2022
Durasi filem : 122 minit
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu

Pelakon suara :

Armand Ezra sebagai Amato / Mechamato
Adzlan Nazir sebagai MechaBot
Fadhli Mohd Rawi sebagai Grakakus
Ielham Iskandar sebagai Pian
Marissa Balqis sebagai Mara
Fazreen Mohd sebagai Tok Sah
Hazzley Abu Bakar sebagai Datuk Bandar Andy
Feroz Faizal sebagai Encik Aman dan Troket
Syabil Syamin sebagai Deep
Anas Abdul Aziz sebagai Aba
Siti Salwa Samsudin sebagai Umi
Nizam Razak sebagai Bago Go dan Bula
Azrul Fazlan Hamdan sebagai Bili

Sinopsis :

Bagi yang tak tahu,
Amato adalah ayah kepada Boboiboi.
Sebab tu la watak dan suara Abah Amato tu sama dengan Tok Abah Boboiboi.

Ketika Amato dalam perjalanan pulang dari rumah Pian,
Amato telah terserempak dengan kapal angkasa terhempas.
Amoto pergi ke kawasan tempat kapal angkasa terhempas menemui sebuah bebola kuasa (power sphera) yang bernama Mechabot.
Kemudiannya, Amato menjadi tuan kepada Mechabot.
Pada masa yang sama ada makhluk asing jahat bernama Grakakus yang sedang menjejaki Mechabot untuk dijadikan koleksi sfera kuasa dan dengan tujuan jahat.
Sampai situ ajelah yang dapat MY kangsikan sebab MY tengok sikit je.
Mijan ajak MY keluar.
Selagi tak keluar dia asyik buat macam macam ragam.
Panjat panjat kerusi sana sini,
Lari lari,
kacau orang.
So sampai situ ajelah yang dapat MY ceritakan...
Tunggu keluar kat Netflix baru MY sambung review kay...
byeee




 

4 comments:

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad