Makan Tengahari di Restoran Wadi Hana Elarabi

Ni hujung minggu lepas punya kisah makan tengahari...
Tengah hari minggu depannya baru berjaya upload cerita.
Lebih seminggu nak mengarang...hahaha...
Punyalah hebat karangannya...
Seminggu baru siap.
Lepas tu,
Asyik bebelkan anak buat satu karangan dari pagi sampai malam tak siap siap.

Masa kami sampai,
Tingkat bawah full.
Jadi staf minta kami naik tingkat atas.

Tingkat atas tak ramai orang,
Ada dua family besar je.

Ada meja dengan kerusi,
Ada juga meja duduk bawah.
Kami pilih meja duduk bawah aje.
Senang sikit nak makan dengan anak anak ni.

Lepas makan semua main handphone,
Budak budak zaman sekarang kann...
Sesekali MY izinkan juga bawa handphone masing masing keluar,
Tapi selalunya,
Tak bagi.

Ceria sungguh hiasan hiasan kat kedai makan Nasi Arab ni...

Lamb Shank
Kami order 1 set Lamb Shank dengan nasi mandy.
Suami MY la yang teringin sangat sangat nak makan lamb shank ni.
Harga RM36 sahaja. 
Dia punya lamb shank,
Memang lembut.
Cuma aikk?
selalu tengok kat Tik Tok kuah dia warna merah,
Ni apasal warna putih.
Alah..lain restoran, lain chef,
lain la resepinya.
Yang ni dari Parsi,
Chef ammar tu dari palestine,
ada kedai yang resipinya dari Mesir, dari Morocco dan lain lain tempat lagi.
Tapi untuk orang yang buta rasa macam MY ni..
Jangan masin sangat, jangan tawar sangat, 
Dah sedap lah tu...hahaha

Mandy Rice
Kemudian kami order 2 family set ni.
Dalam set ni ada 4 portion nasi. 
Kami ambil dua jenis nasi,
Nasi mandy dan nasi maqluba.
Dua dua jenis pun sedap. 
Tapi MY lagi suka nasi mandy

Ada salad yang terdiri dari sayur sayuran seperti timun, lobak merah, bawang
Kobis, tomato dan kerepek apa entah dia tabur atas salad tu.
Sedap... MY dengan suami makan habis semangkuk bujur tu

Ayam 2 potong, kambing dua bungkus.
Kambing dia dalam berbungkus dalam aluminium foil tu.
Lupa pula nak buka dan snap gambar.
Ok..lepas ni akan ambil gambar dengan lebih baik lagi.
Hihihi...
Maklumlah..
Kita bukan liana breep breep...
Hahaha...
Kita ni siang malam kisahkan anak dan rumah je...
Menulis dan ambil ambil gambar ni...
Makin lama bukan makin bagus skillnya..
Makin jahanam ada la.
Tu belum lagi yang bujang dua ketul tu asyik gelakkan mamanya nak ambil gambar

Arabian Tea
Dalam family set ni,
Termasuk satu jug atau cerek air teh arab.
Boleh pilih nak air panas atau sejuk.
Kami ambil satu set air teh arab sejuk,
Satu lagi teh arab panas.
Dia punya teh bukan main pekat,
Hahaha...
Kami tak letak pun daun pudina tu dalam tehnya.
Suami MY tak suka...
Bila dia minum teh dengan daun pudina ni,
Automatik suami MY akan asyik sendawa tak putus putus. 
So daun pudina memang kena banned.

Waiter yang ambil order bukan warganegara,
Tak boleh berbahasa Melayu langsung,
Jadi bahasa inggerisnya...
Memang pekat dibancuh dengan bahasa ibundanya.
Susah sikit nak faham..hahaha...
Kami berdua laki bini ni pula,
English agak ke laut juga.
Lantak situ...
Orang tanya lain, jawab lain.
Main tunjuk tunjuk menu aje lah...hahaha...

Apapun..
Anak anak happy je di bawa makan makan kat luar.
Lepas siap makan,
Tanya nak pergi mana lepas ni,
Semua pakat pakat nak balik je.
Taknak pergi mana mana pun.
semua nak balik main henpon.

Alhamdulillah atas kurniaan rezeki yang lazat, berzat dan berkat hendaknya.
Wassalam.












 

12 Comments

  1. Cantik kedai tu mmg menepati tema... gambar pandang ke atas tu pun unik MY

    ReplyDelete
  2. MY pakai hp camno dpt ambil gambar dr atas tu? cun lah... sbb tak nampak macam pegang tripod? sebab cun sangat gambar tu... yelah yg lamb shank merah tu palestin kalau tak silap mcm yg glamer kt johor tu kan. Kira murahla lamb shank rm30 lebih tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. guna kamera Insta 360. ada monopod tp invisible dalam gambar

      Delete
  3. Lawa je pada PH gambarnya MY :D
    Lagi satu, kita suka minum teh pudina, geng dgn ayah mertua. Anaknya x suka haha

    ReplyDelete
  4. Nampak sedap tu MY.. Tak apalah MY main tunjuk2 pun asalkan makanan yg sampai tu betul.. Hihihihi

    ReplyDelete
  5. cantik deco2 kedainya...makanan pun..nampak sedappp...

    ReplyDelete
  6. Set dia nampak mengancam dan menarik untuk dicuba..

    ReplyDelete
  7. Best jugak duduk macam tu eh? Macam lepak2 je....

    ReplyDelete
  8. Sedapnya Nasi Arab... favourite 😍 Oh...laki akak x leh telan faun pudina..saya suka jugak kalau dalam air..diletakkan daun tu..Hoho..

    ReplyDelete
  9. Meriah betul hiasan tu. Teringat pulak dekat jiran saya. Suka sangat dengan hiasan2 arab macam tu. :)

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)