Bermain di Kidzoona Aeon Mall Bukit Indah - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Sunday, June 4, 2023

Bermain di Kidzoona Aeon Mall Bukit Indah

Minggu lepas, masa suami MY bawa anak anak lelaki pergi tengok wayang cerita Polis Evo 3,
Mama Yan bawa Sarah dan Mijan main di Kidzoona ni.
Masa datang kali pertama dulu, tak ramai orang.
Tapi hari tu,
Ramainya kanak kanak kat dalam tu.
meriah.

20230602_155802
Tengoklah tu,
berterabur habis mainan atas lantai.
bersepah sepah.
Nama pun dah budak kann...
Tapi kita sebagai mak bapak ni,
jadi penjaga, jagalah sikit sikit
Jangan lah biarkan aje anak anak jagaan kita lempar lempar mainan keluar dari kawasannya.
Kalau tak pun, pungutla,
simpan balik.

20230602_163430
Ni antara seksyen kegemaran Mijan.
Dia suka main pasir.
Habis baju seluarnya melekat pasir tu.

20230602_163603
Dah besar dah pun nak naik lagi kereta kecik tu

Polish_20230604_100129336
Main kat sini kejap kejap je.
Macam tak berapa minat main ganas ganas dan mengeluarkan peluh ni.
Dia lagi suka main masak masak,
Main pasir, main building block.
Orang langgar sikit dah lari kat mama nak mengadu.
Aduiii... jantan la sikit.
Orang langgar, siku kan aje patutnya.
tak rock langsung.
Macam ayah.
Orang langgar dia, dia yang mintak maaf.

VideoCapture_20230602-164449
Layan Mijan main jual jual burger.

20230602_164627
Mamanya yang over..
Gaya acah acah makannya, kalah buat food review..
hahaha

20230602_164708
Anak dara ni kontrol ayu sikit hari tu.
Maklumlah, pakai tudung bawal.
Selalu pakai tudung sarung je.
Kalau nak jalan jalan, selalu free hair je pun.
Kecik lagi kann...
Baru darjah 3.
Tapi, sejak lepas raya tahun ni,
Memang kalau nak keluar,
terus cari tudung,
Jadi MY pun belilah beberapa helai tudung baru untuk dipakai.

Terpaksa bawa Mijan main kat sini sebab dah beberapa kali bawa masuk panggung wayang,
dia tak boleh duduk diam,
Kalau cerita Minion, Ejen Ali, Mechamato pun dia tak reti diam,
Apalagi cerita Polis Evo.
Dah sah sah la mengaruk dan ganggu orang lain nanti.
Kami pun tunggu la team bujang habis menonton wayang sambil melayan Mijan dalam Kidzoona tu.
Kakak Sarah dah darjah 3,
Mainan kat dalam tu dah tak sesuai dengan dia.
Jadi dia jadi tukang kemas kemas barang mainan yang bersepah aje.

Sebab Mijan dah tak selesa sebab kaki dia dah penuh pasir,
Ajaklah dia keluar lepas tu.
Kami pun pergi Daiso, cari mainan.
MY nak cari cetak untuk buat sushi.
Kemudian, kakak Sarah ajak pergi Popular Bookstore.
Adehh... kena claim balik kat ayah dia ni.
Sarah kalau masuk kedai buku,
Membeli macam dah takde esok.
Gigil mama nak bayar... hahaha...
Yelah.. Mama Yan bukan ada kerja tetap.
Ahli kongsi tidur je dalam syarikat.

Harga untuk Kidzoona Aeon Mall Bukit Indah:
RM 22 untuk seorang kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah.

Seorang penjaga percuma.
Tambah seorang lagi penjaga RM5
Boleh main sampai 3 jam.

Hari lain dan Aeon lain, 
MY tak sure sebab lupa nak snap gambar harga tiket tu.
Tapi, main tak sampai 3 jam pun selalunya.
Budak budak kan cepat jemu.

Oh ya, jangan lupa bawa stokin sendiri ya.
Kalau tak bawa stokin, boleh beli di kaunter masuk.





 

4 comments:

  1. blogger_logo_round_35

    port kegemaran kalau kami ke aeon mall.. tapi weekend memang padat sekali

    ReplyDelete
  2. 9D48ADE9-A204-4AFF-AFF6-C810595F3740
  3. 39846816_10216632032133830_6333715445945729024_o

    Lama dah tak bawa bebudak ini gi kidzoona.. Syok dulu masa diorang kecik.. memang jenuh pujuk keluar.. kikiki..

    ReplyDelete
  4. DP%252520Blog

    Harga berbaloi juga tu untuk waktu yang lama. Banyak aktiviti dan mainan budak budak boleh explore. Ohh dak Mijan suka main masak masak eh. Boleh tolong mama nanti.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad