Selamat Hari Lahir Moq - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Sunday, August 20, 2023

Selamat Hari Lahir Moq

 Semalam hari ulang tahun kelahiran ke 14 anak kedua Mama Yan.
Bila tanya nak makan apa sempena birthday,
nak makan nasi ayam katanya.
Okay..
kita masak nasi ayam yang mudah dan cepat.
Memang kena masak cepat sebab MY dah terlewat balik dari kebun. 
Nak perap perap ayam pun dah tak sempat dah.
Beli je ayam panggang dari Baker's Cottage,
Masak sup ayam sikit, sambal,
Dan nasi ayam.

20230819_123205
Nasi kita masak guna pes Nasi Ayam Hainan jenama Ikan Brand.
Nak masak senang,
Rasa pun sedap.
Letak garam 2 camca,
Letak 1 sudu mentega (butter),
Letak daun pandan 2 helai,
Letak pewarna kuning setengah camca,
Letak pes 1 paket,
Beras basmathi 2 mug plastik,
Nisbah air 1 cawan beras : 2 cawan air.
Sukat air dan beras guna cawan yang sama ya.


20230819_123308
Bila digemburkan...
Yummmy... piau bau nasi ayam.
Tak payah susah susah nak perap ayam lah...
Tak payah blender bawang, halia, bawang putih,
Tak payah buang masa rebus ayam, 
Pindahkan air rebusan ayam dan lain lain lagi

20230819_123336
Zoom innnnn....
Nampak tekstur dia... Cantik tak?
Kalau masak guna beras wangi,
Kurangkan sukatan air kepada 1setengah cawan air untuk 1 cawan beras ye.
Alhamdulillah... Anak anak suka.
Eh.. ni cerita pasal birthday Moq patutnya,
Tapi cerita pasal nasi ayam pulak yang lebih.

20230819_190455
Petang tu ayahnya bawa Moq pergi Baker's Cottage untuk beli kek,
Moq pilih kek oreo ni.
Asalnya ada 3 keping oreo atas kek ni.
Tapi buka je kotak kek,
Adik Mijan dah cekut sekeping biskut oreonya.
Hahaha...
Nasib baik Abang Moq sporting.


20230819_191402
Masa abang Moq nak potong kek,
Dah tinggal sekeping dah biskut oreonya.
Tabahlah Abang Moq ya...
Jadi abang memang kena banyak mengalah dengan adik adik.

Semoga Moq jadi anak yang soleh dan berjasa kepada agama, bangsa dan negara.
Mama tak marah kalau Moq tak pandai dalam kelas,
Yang penting kena rajin.
Rajin solat, rajin puasa, rajin bersenam,
rajin bertanya kalau tak tahu.
pendek kata rajin serba serbi lah.

20230819_191419
Yang takde kena mengena lagi over nak tiup lilin atas kek...
Siap berlari pergi ambil topi nak ambil gambar dengan kek.



16 comments:

  1. unnamed%252520%25282%2529

    wahhhh kek oreo sedapnyaaa! hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Snapshot_20240233_190200

      sedappp...tapi makan sepotong je dah cukup. diabetes kirim salam

      Delete
  2. blogger_logo_round_35

    Happy Birthday Moq!
    Mudah-mudahan sentiasa jadi penyejuk mata keluarga 🤲
    Nak cari jugalah pes nasi ayam tu...senang kerja ni...

    ReplyDelete
  3. 13166089_985116371536448_3303728653141160938_n

    Happy Birrhday Moq.
    Moga jadi abang mithali.

    ReplyDelete
  4. profile+pic

    Happy birthday Moq! Semoga jadi anak yang soleh, sentiasa membanggakan ibu & ayah 💕
    Bertabahlah oreo kena cekut dgn adik-adik hihi.

    ReplyDelete
  5. logobaru

    Happy birthday Moq! semoga berjaya dunia akhirat, menjadi anak kebanggaan keluarga ya.. x pernah lg sy buat nasi ayam guna pes... nnt nk try jugak brand ni.. jimat masa dan yg penting review MY ckp sedap

    ReplyDelete
  6. original_c5bbbf2e-7b09-4a66-b5b7-4bbd44631b0c_IMG20221009123453

    Selamat ulang tahun Abang Moq...panjang umur sehat selalu dan berguna bagi agama dan kluarga..salam kenal kak

    ReplyDelete
  7. latest

    Happy birthday Abg Moq...birthday boy request nais ayam sedap tu...menarik nmpk kek tu..atas tu parutan kelapa ke?

    ReplyDelete
  8. 20230708_134154

    Nampak sedap kek oreo tu. Moga jadi anak yang baik buat keluarga ya....

    ReplyDelete
  9. gedek+for+profile+2022+copy
  10. 6406225d-8868-48fa-8019-bfbe535aeda8

    happy birthday Abg moq...moga jadi anak yg soleh..aamiin

    ReplyDelete
  11. rayer%252520004-1
  12. Kak%252BSeri

    Haaa.. mmg ada cara express nak masak nasi ayam, kan..kalau guna stok ayam maggi yg dalam botol tu pun boleh, jadi jer nasi ayamnya.

    Happy birthday, Moq.

    ReplyDelete
  13. avatarFR

    Adiknya jeles tu abangnya dapat kek oreo.

    ReplyDelete
  14. 39846816_10216632032133830_6333715445945729024_o

    Wah.. Mudah je nak masak nasi ayam.. tq share MamaYan.. Bolehlah Sha cubananti..
    Menarik kek oreonya..
    Happy belated birthday buat Abang Moq..

    ReplyDelete
  15. DSC_2512

    Happy birthdaay Abang Mok 🎉🎉🎉. Panjang umur, banyak rezeki yaa, dan selalu jadi panutan adik2.

    Kalo ke Malaysia lagi, saya nak beli bumbu nasi ayam ini. Memang jadi gampang lah masak kalo ada ini. So far saya suka bumbu2 yg dijual di Malaysia. Waktu itu ada beli bumbu Tomyam, sambal nasi lemak, bumbu kari dan pernah dikasih bumbu laksa serawak. Semua enak pas dimasak 👍

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad