Sambutan Hari Kanak-kanak 2023 - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Tuesday, December 12, 2023

Sambutan Hari Kanak-kanak 2023

Hari ni sekolah anak anak yang masih sekolah rendah tu menyambut Hari Kanak-kanak,
Tema sambutan tahun ialah : Orang Kampung.
Meriah sungguh sambutannya bila MY tengok gambar yang cikgu kirim melalui group whatsapp.
Mama Yan pun tak rajin nak beria.

tema budak kampung
Adik nampak jauh lebih gagah dari abang dan kakak

pakaian budak kampung
Aril MY belikan sehelai baju pagoda.
pakai seluar track, songkok dan selempang kain pelekat dia je

Pakaian gadis kampung
Sarah pula pakai baju kurung biasa je.
kerudung kain batik.
bunga kat kepala baru pagi tadi gamkan kat cekak rambut.
bunga orang kahwin 

Tema orang kampung
"Sekali aku lesing karanggg..."
Dia nak pakai macam ni, dia minta mama belikan baju penggoda.
Berdekah MY gelak..
Bukan baju penggoda la.. paaa..gooo...daaa...
Tali pinggang dan kopiah aji Arwah atok pun ada tertinggal kat sini, ngam la tu.

Tadi MY bagi RM10 aje untuk belanja. 
Makanan disediakan.
Dah bayar minggu lepas.
Cikgu orderkan Marrybrown untuk semua pelajar.

Gambar anak anak macam ni,
MY memang akan letak watermark besar besar.
Sebab pernah gambar anak MY main basikal dijadikan contoh dalam blog lain untuk artikel keselamatan jalan raya di kalangan pelajar..
Eh.. suruh la anak sendiri berposing dengan basikal tepi jalan..
Menda ambik gambar anak orang dengan tak minta izin jadi contoh amalan tak selamat.
pang kanggg...

Okaylah...see you next entry...wassalam
 

8 comments:

  1. Takut la tengok orang yang nak lesing orang tu! Muat pulak 'tali pinggang haji' tu! hehehehe

    ReplyDelete
  2. Senangnya tema orang kampung. Macam macam boleh gayakan..

    Betul tu MY kena letaj watermark sbb ada orang ambil lepas tu tak kreditkan or backlink ๐Ÿคจ

    ReplyDelete
  3. Ala comelnya! Baju penggoda ehhh tachodddd .nak goda sape tu? ehehehhee

    ReplyDelete
  4. Menarik tema ni ๐Ÿ‘
    Sesuka hati ambil gambar orang ye, PH pun boleh mengamuk ๐Ÿ˜ฌ

    ReplyDelete
  5. tema senang macam ni la makpak paling suka

    ReplyDelete
  6. Anak kita pun sama tema.. bagi pakai baju kurang pastu lilit kat bahu kain batik.. :D

    ReplyDelete
  7. kah kah kah baju penggoda
    tentu ramai yang tergoda

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad