Perempuan tak reti siang ikan - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Tuesday, December 26, 2023

Perempuan tak reti siang ikan




Halah halahh...
tak habis habis kisah tentang perempuan tak reti siang ikan.
Dah kenapa semua ni?
Dia nampak tak siapa yang tak reti siang ikan tu?
Pengacara Malaysia Hari Ini...
Cantik, anggun, mempesona..
Bukan perempuan biasa biasa yang kulit bercapuk,
penuh pigmentasi,
penuh jerawat jeragat.
Bukan budak pompuan yang belajar tak pandai,
Semua diorang tu berpelajaran, berkerjaya, dan berduit.
Entah-entah dari kecik ada pembantu rumah.
Mananya nak reti siang ikan.
Lagipun, pandai siang ikan tak termasuk dalam rukun nikah... hahaha

Kadang-kadang,
perempuan yang ada duit tak perlu buang lebih banyak masa kat dapur,
pergi pasar,
minta pekerja pasar siangkan siap-siap.
Kat AEON pun ada orang tukang siangkan.
Balik rumah tinggal nak cuci dan terus masak.
Kenapa nak buang masa.?
Lagipun,
perut-perut ikan tu,
Lebih elok dikumpulkan di pasar aje.
Takdelah leachate dalam tong sampah.
Pekerja pengurusan sisa pepejal pun lebih senang bekerja kalau tak banyak air sampah tu.

Dari kecik,
kalau abah balik dari pasar beli ikan,
Memang abah yang siangkan ikan.
Jarang jarang sekali la mak yang buat.
Mak akan kemaskan aje hasil kerja abah yang memang bersepah...hahaha
Lagipun, abah memang bekerja dengan pantas dan teliti.
Jadi, abah MY memang tak boleh tengok orang buat kerja slow motion,
Tak boleh tengok orang buat kerja cincai.
Jadinya, semua abah buat sendiri.

Mama Yan belajar siang ikan putih yang abah pancing sejak darjah 6 lagi,
Masa tu, Kak Ngah MY dah habis sekolah dan dia dah mula merantau cari kerja.
Jadi kebanyakan kerja rumah,
Mama Yan dah mula tolong mak.
Tapi masa kecik, pandai siang ikan sungai yang kecik kecik je la.
Ikan yang licin macam keli, sembilang, patin tu..
Sampai sekarang MY angkat bendera putih surrender.


Kalau ikan lain lain tu,
Sekarang MY takde masalah pun,
Semua boleh siang.
Kalau ikan kecil macam selar, pelaling, selayang, kerisi semua tu,
MY memilih untuk menggunakan gunting.
Memang dari kecil memang dah biasa siang ikan guna gunting.
Kalau ikan yang besar besar baru guna pisau besar yang tajam,
Tapi sekarang,
Dah tak pernah siang ikan besar besar lagi dah.
Suami kalau beli kat pasar,
Memang terus siang dan potong siap-siap.
Jimat masa dan tenaga.
Bersih juga.
Tong sampah tak berbau perut ikan.
Mula-mula kahwin,
Suami terkejut tengok MY siang ikan guna gunting,
Tak pernah dalam family dia guna gunting untuk siang ikan,
Sekarang?
Eh.. kakak ipar Mama Yan pun dah guna gunting juga kalau siang ikan.
Lagi cepat dan juga mudah.

Korang camne?
reti siang ikan tak?

 

10 comments:

  1. reti siang ikan cuma ikan yg besar sangat macam ikan mayong, ikan merah malas nk kerjakan takde kederat, sbb dari kecik dh didik supaya bt keje dapur itu yg boleh buat tu. Cuma sekarang ada je org yg tukang siang ikan kat kedai, bagi jelah depa apa ada hal kan

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.. boleh la setakat utk mkn sendiri tp ikan yg besar² tu selalunya bagi kedai je utk siang dan potong ikut menu yg kita nk masak... benda boleh kan apalah nk disulitkan? mmg rimas jugak baca kes siang ikan di facebook semalam

    ReplyDelete
  3. Ikan jarang beli..kalau beli pon ayah yang siangkan..
    kalau nak makan ikan, selalu beli lauk yg dh siap, lagi senang kan. Betul akk ckp, ada duit boleh je beli..kita beli la

    pengacara tu mesti hidup senang,tak sama dgn org perempuan biasa. Lain orang, lain cara lifestyle :)

    ReplyDelete
  4. kelakar kan? benda mcm ni nak jadi isu hahah benda sekarang beli ikan dah boleh siap siang kot :P

    ReplyDelete
  5. Ikam besar ok lagi. Kalau kecik memang hancur jugak. Tapi biasanya memang minta dorang siangkan terus siap2. Senang.. Free je kan...

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, akak dari umur 10 tahun dah belajar siang ikan sebab Pak Zain suka mancing dan menjala kan...lepas tu seawal 12 tahun dah pandai siang ayam dan daging ye...dah pandai masak pun masa tu...bagus beri pendedahan awal kat anak- anak zaman skrg..cuma yang pengacara tu kesian kena kecam erk..especially orang lelaki kecam...biadap rasanya...raikan aje la perbezaan kan...

    ReplyDelete
  7. sama la.. MA pun dr form 1 kot..belajar siang ikan. mula2 memang ada jugak yg kepala pun hilang but lama2 ok dah..
    Iris ni...dia x suka makan ikan so MA memang jarang beli ikan, mcm mana nak ajar ni..emm..but kena jugak..mesti kelakar kan..

    ReplyDelete
  8. Ikan kecik bolehlah siang itupun guna gunting.. Selalunya kalau dekat pasar, orang jual tu akan siang siap.. Balik basuh dan masak.. senang..

    ReplyDelete
  9. Kalau ikan kecik-kecik pun so far pandai la...
    Kalau ikan aya ke, ikan siakap ke ikan besar2 memang kodai jela tlg siangkan hahaha..
    bukan apa lagi cepat dari nieyl yg siang hahahaha

    ReplyDelete
  10. Tak Reti kak 🤣🤣🤣🤣. Saya pernah lihat zaman kecil lah, asisten mama yg selalu siangkan ikan. Dah besar, saya pula tak terlalu suka ikan, jadi memang jaraaaaang masak lauk ini di rumah, dan asisten saya pun kalo beli ikan, lebih suka siang di pasar 😄. Saya tak larang dia utk siangkan sisik ikan di pasar, yg penting dia pandai masak ikan nya 😁

    Dan saya setuju, ini lebih hemat waktu dan tak bau sampah ikan. Jadi dah paling betul biarkan penjual ikan di pasar yg bantu bersihkan 😄

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad