Tuntutan Voltan TNB Berlebihan - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Thursday, December 14, 2023

Tuntutan Voltan TNB Berlebihan

Pada 26 November lepas.
Rumah MY mengalami gangguan bekalan elektrik.
Tapi tu lah..
MY pula tengah sibuk masa tu. 
tak terfikir pula nak cabut semua plug dari soket.
Mama Yan matikan suis aje.

Contohnya lampu ni,
walaupun suis tak dihidupkan, tapi lampu tetap menyala.
kipas pula kejap laju kejap perlahan.
Mesin basuh asyik restart.
Nasib baik mesin basuh tak rosak sama.

Suis pada panel pam untuk kolam ikan pun terbakar,
Jadinya, pam air dan pam oksigen dua dua tak dapat berfungsi.
Bila tak berfungsi,
Inilah hasilnya.
Dua ekor ikan koi dan 10 ekor ikan kelah telah kembali kepada penciptanya.
Redha aje lah...

Mama Yan dah buat report dan technician dah datang kelmarin ambil resit dan bukti kejadian.
Sepatutnya Mama Yan cabut semua plug barang barang elektrik,
Tapi kita ni sibuk uruskan anak makan, pergi balik sekolah, kain baju semua.
Ingatkan perkara kecik aje.
Call suami tanya nak buat apa?
Suami minta kawan dia yang
kontraktor elektrik tolong tengokkan.
Lepas tu kawan dia kata,
"Eh.. tu arus lebih tu,
Report TNB cepat."

Lepas TNB dah repair kerosakan tu,
Barulah MY perasan beberapa perkakas elektrik MY mengalami kerosakan.
Adehh..stress.
Mula-mula redha aje la..
Panggillah apek yang pasang CCTV dan auto-gate tu datang repair.
Lepas tu dia kata...
"Ini spare-part barang rosak kasi simpan, 
Nanti u kasi komplen sama TNB, tunjuk ini barang"
"Boleh komplen ka apek?"
"Komplen bolehhh...dapat bulum tau... tapi takde komplen komfem tak dapat apa"

Macam mana nak buat report complaint?
Kena la download dulu apps MyTNB.
Report boleh buat melalui apps sahaja sekarang.
tengok yang MY buat kat bawah ni..

Tuntutan Voltan Berlebihan
Mula-mula klik "Jaminan Tahap Perkhidmatan"


Tuntutan Voltan Berlebihan
Lepastu klik "Teruskan"


Tuntutan Voltan Berlebihan
Lepas tu,
masukkan nombor akaun TNB kita.
Kemudian klik "Tuntutan Voltan Berlebihan"
Nanti dia akan minta tarikh kejadian dan alamat tempat kejadian.
Lepas tu,
semaklah email masing masing.

Dia akan berikan tarikh temujanji di mana juruteknik bertauliah mereka akan datang memeriksa kerosakan.
Maka sediakanlah resit resit asal pembelian.
Kalau takde, sediakan resit belian gantian.
Kalau kita dah repair, benda benda yang rosak jangan buang,
Tunjuk kat technician mereka,
Bagi sekali resit bayaran kalau kerosakan tu kita dah repair sendiri.

Ni senarai barang barang elektrik rumah MY yang rosak hari tu:-

1. Peti ais belum dapat dibaiki kerana ketiadaan alat ganti. Rasa sedikit zuhud pula rumah takde peti ais ni.
 
2. Tv bilik - dah beli baru. Tapi kecik sikit la..

3. Modem internet - power adaptor aje yang rosak.

4. CCTV- dah repair

5. Autogate - dah repair

6. Kipas angin - takleh repair. kipas dah lama zaman kembar baby dulu.

7. Charger handphone Iphone satu, Samsung satu

8. Switchboard panel kolam - dah repair. Ikan koi mati dua ekor takleh minta ganti rugu la pulak. Patut kena insurankan ikan ikan ni...hahaha

9. Mentol lampu 4 nos - dah ganti baru

Okay nanti kita tengok pula berapa lama proses dan berapa kadar yang boleh dituntut atau tak boleh tuntut langsung.
Kerosakan berlaku sebelum masuk meter elektrik tu.
Entahla berapa bil elektrik bulan ni..
Kalau tinggi,
memang sahihla voltan tinggi ni puncanya,
Harap harap semua urusan tuntutan dipermudah Allah.. Aminnn...


 

13 comments:

  1. cantiknya ikan tu MY besar2...sayangnya

    ReplyDelete
  2. Semoga dipermudahkan urusan MY. Banyak juga tu duit nak kena keluar..

    ReplyDelete
  3. Oh, tu sebab kata peti sejuk rosak tuari ya. Pernah dengar pasal ni cuma baru tahu prosedur nak tuntut ganti rugi. Perkongsian yg bermanafaat.

    ReplyDelete
  4. Tak tahu langsung pasal hal ni, tq sharing MY...Semoga dipermudahkan segala urusan tuntutannya 🤲
    Patah kaki juga takde peti ais kan, esp mak² macam kita ni yg hari² masak...

    ReplyDelete
  5. Sedih tang ikan tu paling banyak dalam hati saya masa baca post ni T__T

    ReplyDelete
  6. ikan kelah tu mahal tu MY, sayang betul ikan2 lain jugak.

    ReplyDelete
  7. kesian kat mama yan. kena buat aduan tu utk dapatkan pampasan..

    ReplyDelete
  8. adoi...kesiannnya...semoga sabar dan reda hadapi ujian begini

    ReplyDelete
  9. Saya sediiih sangat ikan2 mati karena masalah ini 😭. Ingat waktu kejadian mati listrik karena banjir di jakarta, ada berita yg mana kolam ikan arwana salah satu warga, ikannya pada mati semua. Memang kalo listrik nih bermasalah, bukan hanya barang2 elektrik yg terkena, tapi paling berat kalo hewan air kesayangan pun mati kan 😔

    ReplyDelete
  10. Wah baru tau boleh tuntut. Tq kak for sharing

    ReplyDelete
  11. alahai sian ikan2 tu dh mati gara2 gangguan letrik...smoga dipermudahkan tuntutan tu...tq for sharing

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad