Egg Steamer beli di Shopee - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Wednesday, August 13, 2025

Egg Steamer beli di Shopee

Anak anak MY suka betul makan telur setengah masak.
Selalu MY guna microwave sahaja.
Tapi selalu sangat tak consistent kejadiannya.
letak dua minit... suku masak,
letak 2 minit 30 saat... keras,
letak 2 minit 10 saat, tak masak langsung,
ahh... microwave ni scammer tau...

Disebabkan itu,
MY beli egg steamer jenama Milux di Shopee.
Boleh guna untuk goreng juga sebab ada non-stick pan..


Jom testing...
letak air atas non-stick pan tu.
dia ada bagi sukatan,
kemudian on suis karen

telur sedang di kukus...


Yakkk...
tiga suku masak la pulak.
Susah betul nak dapatkan setengah masak yang sempurna... 
hahaha...
Takpe, demi anak anak,
MY akan berusaha untuk dapatkan hasil yang terbaik.
Tapi tiga suku masak pun okay..
Cuma kalau suku aje yang masak,
masih ada bahagian yang jernih tu,
MY tak bagi anak-anak makan. 
Takut keracunan.

Nanti nak try buat egg custard pulak...
Kalau jadi kita tulis kat blog.
Kalau tak jadi pun InsyaAllah tulis juga kat blog.
Kalau takde tulis apa apa, tak buat la tu maknanya...

Sekian, wassalam



 

5 comments:

  1. Ada juga egg steamer ni tapi selalu buat telur rebus bila masak nasi lemak.

    ReplyDelete
  2. Kenapa x pakai bekas yang kuning macam kat kedai mamak tu MY? Itu lagi senang...masuk telur, masuk air panas..bawah dia ada lubang..bila air dah turun...walla...cantik kejadian telur 1/2 masak nya

    ReplyDelete
  3. Kena try and error lah nampaknya kan. Harap berhasillah dapat telur separuh masak yang dimahukan.

    ReplyDelete
  4. Rasanya yang paling tepat setakat ni bekas plastik yang kena letak air panas tu. Kedai kopitiam pakai hat tu je elok kejadian.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad