Anak anak MY suka betul makan telur setengah masak.
Selalu MY guna microwave sahaja.
Tapi selalu sangat tak consistent kejadiannya.
letak dua minit... suku masak,
letak 2 minit 30 saat... keras,
letak 2 minit 10 saat, tak masak langsung,
ahh... microwave ni scammer tau...
Disebabkan itu,
MY beli egg steamer jenama Milux di Shopee.
Boleh guna untuk goreng juga sebab ada non-stick pan..
Jom testing...
letak air atas non-stick pan tu.
dia ada bagi sukatan,
kemudian on suis karen
telur sedang di kukus...
Yakkk...
tiga suku masak la pulak.
Susah betul nak dapatkan setengah masak yang sempurna...
hahaha...
Takpe, demi anak anak,
MY akan berusaha untuk dapatkan hasil yang terbaik.
Tapi tiga suku masak pun okay..
Cuma kalau suku aje yang masak,
masih ada bahagian yang jernih tu,
MY tak bagi anak-anak makan.
Takut keracunan.
Nanti nak try buat egg custard pulak...
Kalau jadi kita tulis kat blog.
Kalau tak jadi pun InsyaAllah tulis juga kat blog.
Kalau takde tulis apa apa, tak buat la tu maknanya...
Sekian, wassalam
Ada juga egg steamer ni tapi selalu buat telur rebus bila masak nasi lemak.
ReplyDeleteWahhh..Senang la gini =)
ReplyDeleteKenapa x pakai bekas yang kuning macam kat kedai mamak tu MY? Itu lagi senang...masuk telur, masuk air panas..bawah dia ada lubang..bila air dah turun...walla...cantik kejadian telur 1/2 masak nya
ReplyDeleteKena try and error lah nampaknya kan. Harap berhasillah dapat telur separuh masak yang dimahukan.
ReplyDeleteRasanya yang paling tepat setakat ni bekas plastik yang kena letak air panas tu. Kedai kopitiam pakai hat tu je elok kejadian.
ReplyDeleteSaya pun x suka ada part telur separuh masak ada yang jernih tu...kalo boleh nak masak semua...
ReplyDeleteEgg custard?. U mean yg mcm Chawanmushi kat Sushi King tu ke?. I tgh dlm rangka usaha nak buat yg tu.
ReplyDeleteAyat last tu win haha...
ReplyDeletePH pernah masak dlm air fryer, tak jadi huhu. ..
Saya sependapat dengan SA. Guna bekas kuning yang mamak pakai. Memang jadi separuh masak. Saya lebih suka tiga suku masak, macam dalam gambar.
ReplyDeleteIngatkan orang je scammer sekali microwave pun scammer. Cisss sungguh. Nanti update kejadian egg custard tuh ye
ReplyDeletePakai bekas kuning yang biasa kat kedai tu MY,. buat dengan air mendidih jadi elok...
ReplyDelete