Happy Birthday to Me - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Wednesday, April 22, 2026

Happy Birthday to Me



Kek hari jadi MY hari Isnin lepas.
Potong kek dan goreng bihun aje untuk makan malam.
Kek coklat SDS anak-anak pilih.
Bihun pula MY suruh abang Mukhlis goreng.
Bahan semua dah disediakan.
MY kat belakang bagi arahan aje.
Lepas ni masukkan apa dan banyak mana.
Berpeluh-peluh dia... hahaha..
Baru tahu kann... ingat senang memasak.


Tiga generasi wanita sulung.
Mak MY anak sulung.
Mama Yan anak ketiga mak - ada dua abang, tapi dah meninggal.
(Abang dan kakak yang atas MY sekarang ni bapak sama, mak lain)
Sarah anak perempuan sorang - adik beradik semua lelaki.
Muka kami agak seiras kann?

Gambar dengan semua anak anak tak yah taruk..
Awal lagi dorang dah pesan jangan upload kat mana mana..
hahaha...

Staff bagi hadiah dan kad ucapan.
Segan pula MY..
Diorang pula kumpul duit belikan hadiah.


Seutas jam tangan Casio.
Suka sangat sebab :
1. Hadiah yang dibeli oleh team sendiri
2. Tali besi, sama dengan jam pertama MY yang abah belikan masa MY nak masuk Universiti.


Suami pula bagi hadiah dalam paper bag ni. Tapi gambar isinya takde pula..hehehe


Terima kasih kepada semua atas ingatan dan doanya.
semoga doa yang baik baik itu kita semua mendapat kebaikannya.
Aminn





 

4 comments:

  1. selamat hari lahir. semoga sihat2 selalu.

    ReplyDelete
  2. Happy Birthday Yan 💐
    Moga sentiasa dalam rahmat Allah.

    Alhamdulillah dapat sambut birthday dengan mak di sisi.
    Memang seiras ketiga-tiganya.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad