Dah habis raya baru nak share resepi kuih raya...
aje lemau betul tuan blog ni.
hahaha..
Nak buat macam mana..
sibuk memanjang.
Mana lagi nak layan taik mata,
Mana lagi nak layan drama Korea,
Kerja sekolah anak lagi..
Tu pasal la selalu je terabaikan blog ni.
Masa kecik kecik dulu,
MY selalu tolong mak buat kuih raya.
Macam - macam kuih kami cuba buat.
Mak mak zaman dulu memang ada buku resepi sendiri.
Salin resepi dari rancangan TV.
Ada juga resepi yang digunting dari surat khabar dan tampal dalam tu.
Antara biskut yang wajib ada masa MY kecil dulu,
Semperit dahlia.
Tapi bukan yang macam MY buat ni.
Resepi mak ada campur tepung gandum, tepung jagung dan tepung kastad.
Tepung jagung wajib guna yang dalam tin oren jenama Brown & Polson,
Manakala tepung kastad pula pakai yang dalam tin jenama Bird’s Custard.
Zaman tu pun tak banyak sangat pilihan.
Mama Yan buat kuuh raya kat rumah mak sampai masuk universiti,
Tak sabar nak balik cuti raya awal sebab nak tolong mak buatkan kuih.
Syukur sehingga hari ni MY masih lagi mampu buatkan kuih raya untuk mak.
Ni macam biasa,
Ambil resepi dari blog Che Nom.
Tapi tak copy & paste.
MY pun ada citarasa sendiri juga… hehehe
Resepi Semperit Susu
Bahan-bahan:
250 gram mentega
1 cawan susu pekat manis
4 cawan tepung jagung
hiasan bunga
Cara cara:
Pertama sekali kena sediakan bahan-bahannya dulu.
Bahan tak banyak pun,
Mentega tu kena lembutkan dulu.
Letak luar dulu.
Tapi jangan sampai lembik sangat.
Lembut tapi bukan cair,
Masukkan mentega dalam bekas bersama dengan susu.
Kacau sebati.
Jangan pukul atau putar, gaul sebati guna senduk aje.
Bila susu dan mentega dah bergaul sebati,
Masukkan tepung jagung 3 cawan dulu.
Gaul sebati.
1 cawan lagi masukkan sedikit demi sedikit
Adun sehingga tidak melekat di jari.
Kalau adunannya dah sesuai,
Tak perlu habiskan 4 cawan.
Kemudian terap ikut acuan yang disukai.
Ikut suka nak dahlia pecah berapa.
Letakkan hiasan di tengah tengah bunga dahlia.
Ada yang pakai ceri potong seperti zaman MY buat kuih dengan mak dulu dulu.
ada yang pakai chocolate chip,
ada yang pakai gula manik.
Tapi Mama Yan pakai strwberry chip warna pink.
Lawa juga..
Nampak so gigirl
Biarkan biskut dianginkan selama lebih kurang 30 minit.
Ini untuk bagi adunan tepung tu keras kena angin.
Nanti bila bakar takdela bunganya jatuh kuyup aje.
Bakar dalam suhu yang sesuai ikut oven masing masing.
First tray tu kena cuba dulu.
Tapi yang pasti jangan tinggi sangat suhu tu.
MY pakai suhu 160 darjah celcius, selama 40 minit.
Set masa bila oven berbunyi 'tinggg' barulah jengah.
MY bawa balik kampung Raub dan Segamat satu balang masa raya hari tu.
Dua adunan tu dapat 3 balang setengah.
Dua balang dah bawa balik kampung,
Tinggal lagi satu balang setengah untuk rumah sendiri.
Yang kat rumah pun laju je habis.
Anak anak suka betul biskut ni.
Yang MY bawa balik kampung Raub,
Anak buah MY bawa balik rumah dia.
Sedap sangat la tu kann... hahaha...
Mama Yan guna kan acuan semperit bunga dahlia yang ni,
Mama Yan ada tiga acuan dahlia yang plastik tu.
tapi semua tak cantik kejadiannya.
Yang tembaga nilah yang paling comel,
Tapi,
Sakit ye ibu jari MY nak menghabiskan 2 aduanan tu.
Mungkin untuk tahun depan,
Kalau panjang umur, Mama Yan nak beli mesin untuk buat kuih dahlia .
Dah tengok dah kat Shopeee.
Tengah fikir punya fikir punya fikir,
Akhirnya, Syawal pun menjelma.
Tunggulah Ramadan tahun depan untuk kita fikir lagi. hahaha..
Okayla... Selamat mencuba ye raya tahun depan.
Sekian, wassalam
.jpeg)


No comments:
Post a Comment
Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)