Ubat baru - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Wednesday, April 8, 2026

Ubat baru

Isnin lepas Mama Yan ada temujanji di Klinik Kesihatan untuk darah tinggi dan kencing manis..
Hasilnya adalah,
Tukar ubat lagi.
Ini disebabkan oleh kemerosotan pada bacaan fungsi hati.
Jadi doktor tukar semua ubat takut tak sesuai. 


Semua serba baru

Diabetmin XR 500mg - 4 biji sekali sehari
Dapagliflozin 10mg - 1 biji sebelum makan pagi
Amlodopine / Valsartan - 1 biji sekali sehari
Atotvastatin 20mg - 1 biji sekali waktu malam

sekarang dah tak pakai pill box tu sebab dah tak banyak jenis ubat dan tak payah patahkan ubat lagi dah.
Lagipun, ubat diabetmin tu besar betul.
tak muat masuk pil box.
Dahlah besar,
Kena telan 4 biji sekali makan pulak tu.
Hahaha...

Doakanlah MY tak lupa makan ubat.
Aminnnn....




3 comments:

  1. Semoga mama yan cepat sihat dan konsisten makan ubat

    ReplyDelete
  2. makan ubat ni la paling lemah kan. semoga baik2 je MY.

    ReplyDelete
  3. Semoga obat baru Ini lebih berkesan dan tidak mengganggu liver ya kak 🤗.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad