Marhaban dan Sambutan Hari Raya Kelas Mijan - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Friday, April 17, 2026

Marhaban dan Sambutan Hari Raya Kelas Mijan

 


Alhamdulillah..
Selesai sudah Program Marhaban dan Sambutan Hari Raya Kelas Mijan pagi semalam.

Sambutan raya ni diadakan bersekali dengan Mesyuarat Permuafakatan ibu bapa dan pembentangan rancangan pendidikan individu.
Antara yang disebut dalam meeting adalah perihal parking kereta ibu bapa ketika menghantar dan menjemput anak.
Ni semua disebabkan oleh kes yang sedang viral di Kota Bharu, Kelantan baru baru ni.
Sekolah dikehendaki mengeluarkan SOP parking dan laluan kepada pihak PPD sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berulang.

Cikgu tak minta bawa makanan potluck.
Tapi MY bawa juga sikit.
MY bawakan ketupat palas dan rendang daging yang MY dah frozenkan.
Pagi tu tinggal nak panaskan aje.

Pihak cikgu dan pembantu PPKI dah sediakan mi kari.
Sedap bukan main.
Pekat likat,
Bahannya banyak...
sedap betul!
Lepas makan mi kari MY ambil pula nasi impit dan kuah kacang.
Air sirap dua gelas.
bawa balik dua bekas kecil puding sagu gula melaka.
Mijan makan apa?
Nugget tiga ketul aje.
Mak-mak yang lebih ya


jumpa lagi cikgu-cikgu Mijan untuk sidang Rancangan Perkembangan Individu ke 2 bulan Jun nanti.
Semoga semua program yang telah dirancang untuk kelas PPKI berjalan dengan lancar.
Sekian wassalam -







No comments:

Post a Comment

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad