Masa belikan suami ubat selesema,
MY ternampak protein bar ni atas meja cashier.
Gatal aje la nak cuba satu.
DGI Protein bar ni terdiri dari bahan-bahan seperti Soy Protein Crisp, oat, kuaci bunga matahari, kuaci labu, gajus dan minyak kelapa. Katanya sesuai untuk pesakit diabetes dan untuk orang yang nak kuruskan berat badan
Biasalah..
Dah dekat nak habis baru teringan nak ambil gambar.
Kitakan Blogger sendu.
Rasa protein bar ni okay je.
Boleh la telan.
Tapi ada rasa macam kesat sikit la.
Tak la macam kita makan kambing golek.
Walaupun rendah gula,
tapi masih ada gula tu nampaknya.
Dia sesuai la untuk jadi pengganti makanan sekali sekala.
Bukan untuk selamanya.
Contoh kalau tak sempat makan ke...
Busy ke...
tak sempat sahur ke...
gitu je la.
Bagi Mama Yan.
Apa jua pengambilan makanan kita,
penting untuk membaca label
Pilih protein bar yang rendah gula serta mengandungi bahan yang lebih semula jadi.
Ambil protein bar secara sederhana,
bukan pengganti makanan utama.
Kelebihan Protein Bar
1. Mudah dan praktikal
Protein bar sangat sesuai untuk mereka yang sibuk kerana tidak memerlukan penyediaan. Ia boleh dimakan pada bila-bila masa, sama ada di tempat kerja, dalam perjalanan atau selepas bersenam.
2. Sumber protein tambahan
Protein penting untuk pembinaan dan pembaikan otot. Protein bar membantu memenuhi keperluan protein harian, terutama bagi individu yang aktif atau bersenam.
3. Mengawal rasa lapar
Kandungan protein dan serat dalam protein bar boleh membantu memberikan rasa kenyang lebih lama, sekali gus mengurangkan keinginan untuk makan berlebihan.
4. Pilihan snek yang lebih baik
Berbanding snek tinggi gula seperti coklat atau kerepek, sesetengah protein bar menawarkan pilihan yang lebih seimbang dari segi nutrisi.
💖💖💖
Kekurangan Protein Bar
1. Mengandungi gula tambahan
Tidak semua protein bar sihat. Ada yang mengandungi gula yang tinggi atau pemanis tiruan yang boleh memberi kesan negatif jika diambil secara berlebihan.
2. Makanan terproses
Protein bar tergolong dalam makanan diproses. Ia mungkin mengandungi bahan tambahan, pengawet dan perisa tiruan yang tidak terdapat dalam makanan semula jadi.
3. Tidak setanding makanan sebenar
Walaupun tinggi protein, protein bar tidak dapat menandingi nilai nutrisi makanan sebenar seperti telur, ikan dan ayam yang lebih lengkap dari segi vitamin dan mineral.
4. Harga lebih mahal
Berbanding sumber protein semula jadi, protein bar biasanya lebih mahal dan mungkin tidak ekonomik untuk dijadikan amalan harian.

.jpeg)
.jpeg)
No comments:
Post a Comment
Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)