Pergi Nursery cari Pokok Landskap Masjid - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Tuesday, April 28, 2026

Pergi Nursery cari Pokok Landskap Masjid

Minggu lepas temankan suami cari pokok pokok untuk landskap projek masjid.
Kalau ikutkan patut kena lantik arkitek landskap,
sediakan BQ bagai,
Tapi ni dah last minute,
Untuk sambut orang besar je.
Ruang turfing pun takde..
Maka beli pokok dalam pasu aje la...

Sambil berjalan,
Ambil gambar.
Boleh la buat bahan masuk blog nanti

ZZ Plant atau nama penuh dia zamioculcas zamiifolia.
Pokok ni beracun katanya.
Tapikan ni pokok hiasan,
Bukan nak buat sayur pun.
Gunakan sarung tangan ketika sedang berkebun,
Basuh tangan selepas selesai kerja kerja menanam, membaja, meracun atau menyiram pokok.

Jalan-jalan cuci mata

Cuci poket sekali la kut...
Mahal betul harga pokok Camelia ni

Ni lawa.
Nantilah beli

Manusia terpaling sibuk kat nursery ni...
tak berhenti call sana sini.
Ambil gambar, forward, call.

Lepas dah siap order,
Kedai nurseri tu akan tanamkan dalam pasu.
Nanti lori datang tinggal angkat masul lori bawak pergi site.



 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad