Saturday, March 30, 2013

Mandian herba @ mandi Serum

Masa pergi Mother & baby expo last week, koi ada beli uncang mandian herba TYT. Hehe..persediaan awal...masa bersalin anak pertama...sepanjang berpantang kat Raub, Bapak koi rebuskan air mandian pelbagai jenis daun. Orang tua-tua kata mandi serum/serom..koi tak surelah ejaannya macam mana. Tapi air rebusan bapak koi ni terdiri dr daun serai wangi, daun jambu batu dan daun sembung je.  Semua benda yang ada keliling rumah je. Koi mandi air ni sampai habis 40 hari. habis luruh bulu roma semua.haha...

Masa bersalin anak kedua, koi bersalin kat JB jer, so parent koi poskan segala jenis daun2 tu..dah ikat siap-siap ikut kegunaan harian untuk seminggu. Jadilah drpd takde langsung. En. Suami koi tinggal nak rebus jer. Siap dalam kotak yang diposkan tu ada dua bijik batu sungai untuk kegunaan koi bertungku. Alhamdulillah... bertuahnya dapat mak bapak camni. Tak dapat datang pun takpe...jauhkan...taknaklah susah-susahkan diorang.



Untuk kali ni...koi siap sediakan herba mandian koi sendiri. Harga satu kotak RM7. Koi beli 6 kotak RM40 percuma 1 kotak lagi. Dapat seminggu jadilah. Kenapa poyo sangat nak berherba-herba berdaun-daun bagai time mandi? Haa...yang ni memang susah nak jawab. Sebab dari kecik..kalau demam tak baik2...abah koi akan suruh mandi dengan air rebusan daun2 tu semua. Apa alasannya koi pun tak tahu...cuma yang pasti lepas mandi tu rasa sangat segar. Hingus selesema yang degil-degil tu tiba -tiba je cair. Abah koi kata selesema memang kalah dengan daun sembung tu. Kadang2 kalau abah selesema...diambil daun sembung tu..digulung-gulung sumbat dalam hidung...tapi sebelah ajelah. One by one. Kot sumbat dua-dua sekaligus kang kejung pulak.

daun sembung

masa lepas bersalin, mandi serum ni boleh bagi kesegaran segera pada kita. Bau serai wangi tu memang bagi satu kesan kesegaran pada kita tau. Ala-ala aroma terapi sikit. Harap2 mandian herba TYT tu nanti wangi dan boleh diharapkan. Koi lepas bersalin suka mandi awal pagi macam biasa nak pergi kerja tu. Lepas siap mandi, koi bertungku, dan berbarut pastu makan sarapan. lagipun memang kena buat semua tu pagi2. dah settle semua bahagian menjaga diri sendiri, barulah boleh buat benda lain pulak.


Friday, March 29, 2013

Batuk...batukk...batukkk...

Dah sebulan lebih koi dok batuk-batuk ni..kadang tu rasa tension sangat sebab bila batuk berpanjangan,,,rasan tercungap-cungap nak bernafas. Koi pergi klinik, doktor kata takde ubat batuk utk orang ngandung. Asik-asik ulang benda sama...
  1.  Minum air masak banyak-banyak, 
  2. elakkan makan makanan bergoreng/berminyak/pedas, 
  3. elakkan minuman sejuk, 
  4. elakkan penggunaan aircond walaupun cuaca panas.

Semua yang disebutkan doktor dah koi buat kecuali aircond la..sbb kat opis ni pakai aircond, walaupun pakai aircond...panas jugak opis ni sebab tak cukup power. opis ni besar...aircond tu baru 1.5HP. Dah tua pulak tu...manalah nak rasa...naik melecet ketiak dgn kelengkang koi sejak membawa muatan ni. Gatal perut-perut ni semua pasal berpeluh.

Yang peliknya batuk ni bukan sepanjang masa...hari ni langsung tak batuk...esok batuk 3 hari tanpa henti...nak tido pun batuk. Pastu nnt baik pulak 3 hari...pastu datang lagi batuk. Suara dah garau ngalahkah macam Allahyarhamah seniwati Yusni jaafar dalam Sikit Punye Gila. "Baru Balik Mid?"...

Minum air mmg banyak...memang sekarang musim panas kann...sebab tu minum banyak. tapi masalah jugak minum banyak ni. Bladder tak sempat kosong...asik ada isi jer. Bila ada isi..batuk-batuk dah terkucil pulak... terpaksalah koi melanggani penggunaan Poise pulak. Membanyakkan belanja betul.

macam-macam dugaan utk kandungan kali ke 3 ni...bila batuk dah teruk sangat dan berpanjangan tu...datang lagi satu masalah. Batuk2 tu jugak boleh menyebabkan buasir koi kembali...aduhh..tensionnya...Bila cakap kat doktor pasal buasir...dia kata tu normal. Jangan makan pedas. Takde ubat buasir bg orang mengandung. Haduu...dah minum air asam jawa tak lega pun...minum madu asli pun tak lega juga...kumur air garam pun sama juga...hmm...terima ajelah sebagai alahan membawak budak.

tak pedas, tak berminyak, seimbang...tapi segantang :-)



Tahniah!!

Irma Hasmie dah selamat bersalin anak lelaki pagi tadi...tgk gambar Irma yg atas tu...bila dari tepi nampak wajah Irma ada iras-iras suami dia.

Rekemen

pernah rekemenkan atau recommend orang? ker pernah recommended. Dulu koi pernah kenenkan sorang anak jiran, utk jadi kerani kat site tempat koi kerja. Alah buat kerja-kerja filing ...update status notis..memo...masukkan kertas dalam mesin faks..tu jelahh...Gaji RM900, kerja Isnin - Jumaat, masuk  8 keluar 5.

Bagi koi itu gaji yang dah cukup lumayan dah tu..sbb masa koi mula2 grad, kerja kerani Al ikhsan pun gaji RM900 jugak.

Tapi bagi koi, tolong anak makcik tu merupakan kali pertama dan terakhir koi mengesyorkan orang ni. Koi kesian tengok dia duduk rumah tak buat apa-apa...nak kata malas...dok rumah nampak rajin dan sangat pembersih. jadi koi tak ragu-ragu la nak tolong. Koi tolong fotocopy sijil2 dia, pergi naik pejabat jumpa orang tu orang ni nak mintak pengesahan, jumpa bos arkitek tu utk dapatkan dia kerja...

Bila dah dapat kerja tu..koi tak terfikirla pulak untuk dihargai atas pertolongan tu...tapi lama-lama koi rasa segan pulak dengan bos dia. Bos dia lelaki, resident Engineer kat site tu...bos mintak no telepon dia... yelah..bos...bukan nak mengurat pun...sbb bos selalu keluar...kadang2 nak pesan apa-apa senang. dengan selamba dia cakap dia dah ada boipren. Pastu bos nak keluar makan..sekadar berbasa-basi bos dia pelawa ayam...terus tarik muka cakap saya dah ada boipren. Sekali sekala takpe..lama-lama mamat bos tu pun sentap la..."Ingat aku hadap sangat nak budak camtuh".

Mula-mula nak rekemen tu...Mr. Engineer tu tanya jugak..dia okay ke buat kerja ni yan?? Tengok result spm dia macam tak yakin jer saya...semua D dgn E jer...Koi jawab okay kot...kerja dengan belajar tak sama.
Mr.Engineer tu pun cakap, mmg belajar dengan kerja tak sama...tapi dari segi asasnya adalah persembahan komitmen. Kalau dah camni punya keputusan...nampak sangatlah dia tak beri perhatian pun dalam kelas...

Sebab ingin memberi peluang, ambiklah juga. Sudahlah tak rajin buat kerja...slow pulak tu...kejap-kejap cuti. Cuti plak suka ati dia je...telepon nombor telepon yg dia bagi, memanjang orang laki angkat...kejap ngaku tunang, kejap ngaku boipren. Koi pergi rumah dia tanya napa tak datang kerja...dia tak keluar bilik pun. Koi tau dia ada...tapi dia suruh mak dia cakap dia takde. Adalah dalam 3 bulan kot dia kerja.

Satu hari koi pergi jumpa Mr Engineer tersebut...tgk meja depan tu kosong...tanyalah..mana kerani Encik?
"Aii..dia tak bagitau awak ker? Dia kan dah berenti...semalam last."

Perghh....sakitnya hati koi. Bersusah-payah koi dapatkan dia kerja kat situ, sekali dia nak blah...haram nak bagitau koi dulu. Apatah lagi nak cakap sorry ke..hapa ker...memang kecik hati gila ahh...niat kita nak tolong dia..bapak dah pencen, mak tak kerja...duk ngasuh anak orang jer...ada adik beradik lain lagi...tapi kalau dah dia sendiri tak tau nak hargai peluang macam mana? memang kecik hati gila ah....lepas tu budak tu langsung tak tunjuk muka depan koi.

Sebab lepas tu tak pernah nampak dia lagi kat rumah, koi tanya jugak mak dia dan adik beradik dia yang lain...setiap orang dalam rumah tu bagi jawapan yang berbeza tentang budak tu. Huuu...hangin betul. Adik dia kata 'dia kerja kat Taman Johor Jaya', mak dia kata 'dia jaga makcik dia sakit kat kampung', adik lagi sorang cakap 'ntah tak tau..mampuslah dia', abang dia cakap...'ala nant-nanti akak tau lahhh...'

Koi rasa kecik hati + bengang gila...koi segan la jugak kat bos-bos dia tu. Koi yang bawak budak tu masuk...tapi takleh harap. Dahla berenti pun tak bagitau..bukan koi suruh minta izin...tapi apa salahnya kalau bgtau kan...

***satu hari last2 mak dia sendiri bagi tau...Si Lisa Surihani (bukan nama sebenar) dah bersalin...anak lelaki. Erkkk...terkejut koi dengor.





Tuesday, March 26, 2013

Al Fatihah

Daripada Abdullah bin 'Amru fin al 'Ash Rodiyallahu 'anhuma, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : Bahawasanya Allah s.w.t tidak mencabut (menghilangkan) ilmu itu sekali gus dari dada manusia, tetapi Allah menghilangkan ilmu dengan mematikan alim ulama'. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama', orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka, dan apabila pemimpin jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Maka mereka sesat dan menyesatkan orang yang lain - (Riwayat Muslim)


gambar dan info dari: http://pondoktauhid.blogspot.com/2013/03/3-ulama-meninggal-tarik-sama-25-mac-2013.html 

1) Tuan Guru Haji Ali Kedah : Mengajar Tasawuf (kitab Hikam ) di Masjid-masjid di Alor Setar. Akhlaknya indah. Murabbi selalu cerita mengenainya. 

2) Tuan guru Hj Muhammad Abdullah : Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Kedah. 

3) Dr Uthman El Muhammady yg telah pulang ke Rahmatullah sebentar tadi di rumahnya di ISTAC, IIUM KL Campus, Taman Duta, Kuala Lumpur.

Cikgu Rania 2 (Siri 37): Sebelah Sayapku Patah Jua!

Oleh Samsiah Mohd Nor
Ummar Qayyum berlari ke bilik air. Terus ditolak pintu bilik air yang kebetulan tidak dikunci.
“Ya Allah, Ren!” Jeritan Ummar Qayyum terdengar. Dia juga hampir terjatuh dek lantai licin di dalam bilik air. Panik sungguh apabila melihat tubuh Rania tergolek di atas simen yang berkubang dengan darah bercampur air. Rania tidak sedarkan diri.

Ummar Qayyum tutup pili air dari corong siraman. Ummar Qayyum paut tubuh Rania lalu diampungnya dengan berhati-hati. Dengan waspada dibawa tubuh yang kurus itu keluar dari bilik seraya menjerit memanggil nama Puan Sri Zalia. Diletakkan Rania di atas katil.

“Ren, bangun Ren.” Pipi Rania ditepuk selembut mungkin tapi Rania tidak memberikan sebarang reaksi. Matanya terkatup rapat. Kerana tidak tentu arah, Ummar Qayyum angkat tubuh si isteri untuk dibawa turun ke bawah.

“Kenapa ni?” Tujah Puan Sri Zalia di depan pintu bilik mereka.

“Ren jatuh dalam bilik air mama, dia tak sedar.”

“Ya Allah, kenapa jadi macam ni?” Puan Sri Zalia menjadi panik melihat baju lencun di tubuh Rania sudah dipenuhi darah.

“Mama call ambulans,” arah Ummar Qayyum.

Tan Sri Razlan membantu mengapung tubuh Rania. Tubuh kurus itu kemudiannya ditempatkan di atas sofa sementara menunggu ambulans datang.

“Ambil gebar satu akak,” arah Puan Sri Zalia kepada Makcik Rohaya yang baru muncul.

Terkocoh-kocoh orang tua itu berlari ke bilik dan keluar semula dengan sehelai gebar bersih. Tubuh Rania diselimutkan. Makcik Rohaya terketar-ketar melihatkan keadaan Rania. Sepasang baju bersih milik Rania dimasukkan di dalam sebuah beg untuk dibawa bersama.

“Apa dah jadi dengan anak kita bang?” Tangis esak Puan Sri Zalia mulai kedengaran apabila keadaan Rania tidak berubah. Dia jadi buntu. Apa yang berlaku?

“Kenapa ni Qayyum? Kenapa sampai jadi begini?” Suara Puan Sri Zalia mulai meninggi.

Murni yang baru keluar dari bilik bawah terpinga-pinga melihat keadaan yang tidak terkawal itu. Dia tidak berani mendekat tetapi melihat dari satu sudut.

Puan Sri Zalia bersama Ummar Qayyum menaiki ambulans bersama Rania sebaik sahaja kenderaan itu tiba di depan pintu utama.

“Abang naik kereta,” kata Tan Sri Razlan.

“Ya...,” Puan Sri Zalia tidak memandang ke kiri kanan lagi. Dia duduk di sisi Rania di dalam ambulans. Ummar Qayyum pula di hujung kepala.

“Baik-baik Puan Sri,” pesan Makcik Rohaya.

“Hati-hati kalau mak cik bersihkan bilik air kami, lantai licin,” kata Ummar Qay­yum pula.

Makcik Rohaya angguk. Pintu van ambulans ditutup diikuti bunyi siren kenderaan tersebut. Makcik Rohaya leka memerhati sehingga hilang bayangan van dari pandangannya.

“Ya Allah Ya Tuhanku, selamatkanlah Ren. Dia budak yang baik Tuhanku! Selamatkan dia...” Air mata Makcik Rohaya jatuh berjuari-jurai. Disekanya dengan lengan baju kurung Kedah sambil masuk ke dalam rumah. Tidak lupa dikunci pintu depan sebelum bercadang naik ke atas untuk membersihkan bilik air Rania
.
“Kenapa dengan Ren mak cik?” tanya Murni.

Wajahnya bersahaja. Fahmi berada di dukungannya. Makcik Rohaya menjuih. Meluat sungguh melihat muka Murni. “Sekarang...puaslah hati kau!” herdik Makcik Rohaya.

Wajah Murni masam mencuka. “Orang tanya baik-baik, tak tahu nak jawab elok-elok ke?”

Makcik Rohaya menjeling lagi. Terbayang-bayang wajah tidak bermaya Rania.

Kegugurankah Rania? Ya Allah, janganlah terjadi perkara sedemikian pada Ren! Doa Makcik Rohaya tidak putus-putus. Dia mendaki anak tangga sehingga sampai ke bilik Rania. Ditanggalkan cadar yang sudah kotor lalu digantikan cadar baru.

Kemudian di ke bilik air Rania pula. Sayunya hati melihat darah yang masih berkubang. Macam mana Ren boleh jatuh? Ren penat barangkali! Allah, selamatkan Ren dan anaknya. Tolonglah Ya Allah! Makcik Rohaya terus bermonolog.

Baru hendak dicapai mop lantai di tepi dinding sudut belakang bilik air, dia terperasan akan botol pencuci lantai yang terletak di tepi sinki berbatu marmar indah. Dahinya berkerut. Sepatutnya semua peralatan membasuh bilik air diletakkan di atas rak yang tersorok di sebelah tandas.

Mengapa ada di sini? Hendak mencuci bilik airkah Rania? Soalnya lagi kehairanan. Kenapa Rania hendak mencuci bilik air sedang pagi tadi bilik air tersebut telah pun dicuci. Daripada berdiri, Makcik Rohaya duduk tercongok. Diperhatikan lantai yang masih bersimbah campuran darah dan cairan likat.

Hujung jarinya merasa lekit cairan pencuci tersebut. Kemudian dihidu! Bau pencuci lantai. Diperhatikan lagi dengan teliti. Kelihatan seperti cairan itu disimbah di atas lantai marmar. Kesan gelongsoran kaki juga masih kelihatan di bahagian tengah bilik mandi. Di bahagian pintu masuk hanya terdapat bekas air yang kian mengering.

Pelik! Rania tidak pernah jatuh di bilik air selama ini. Bagaimana ini terjadi? Ang­kara siapakah? Terfikir demikian di benak hati Makcik Rohaya. Perasaan terkilan semakin menghantuinya. Dia berasakan ada sesuatu yang tidak kena.

Kerana tidak puas hati, Makcik Rohaya turun ke bawah. Niatnya hendak mencari Murni tetapi apabila dia mengintai di bilik bawah yang digunakan oleh Murni, hanya Fahmi sahaja yang ada di situ. Sedang tidur. Mana emaknya? Makcik Rohaya mencari Murni. Azan Maghrib sudah berkumandang dari masjid berdekatan.

“Maghrib maghrib, ke mana perginya budak ini? Anaknya pula dibiarkan tidur waktu-waktu begini.”

Ngomel Makcik Rohaya­ sendirian. Semasa hendak menarik langsir di ruang bawah, dia ternampak kelibat dua lembaga sedang berbual dalam keadaan mencurigakan di pagar belakang. Keadaan di luar sudah tidak bercahaya lagi. Cuba diperhatikan tapi suasana yang gelap menyukarkannya.

Laju-laju, Makcik Rohaya menuju ke bahagian dapur. Dari situ dia dapat melihat dengan lebih jelas. Bayangan tersebut ialah Murni dengan pembantu Indonesia yang dulu. Makcik Rohaya mengintip segala gerak-geri Murni bersama bibik Indonesia. Dia dapat meneropong dengan lebih dekat gerak-geri Murni dan amah asing tersebut. Mereka tetap berbisik-bisik dalam keadaan mencurigakan.
Sesekali bibik Indonesia memantau sekeliling. Sebuah bungkusan telah berpindah tangan.

Selesai semuanya, Murni bergerak menuju ke pintu masuk ke dapur. Kali ini, Makcik Rohaya bersembunyi pula di sebalik almari di bilik bawah tempat Murni sering mendodoikan anaknya. Murni menyembunyikan bungkusan yang baru diterimanya di dalam almari baju Fahmi sebelum beredar.

Mendengar pintu bilik air dibuka dan bunyi air tercurah dari arah itu, Makcik Rohaya segera menyusup keluar dari bilik tersebut. Dia bergerak laju menuju ke biliknya pula. Sebaik sahaja dia masuk ke biliknya, Makcik Rohaya menenangkan dirinya sejenak. Dadanya berdebar-debar. Hilang debar, dia masuk ke bilik air untuk mandi dan bersolat. Lama sekali dia di dada sejadah. Paling utama, didoakan kesejahteraan untuk seluruh ahli keluarga Tan Sri Razlan. Selesai bersolat, dia ke dapur seperti biasa. Hendak masak atau tidak? Makcik Rohaya serba salah namun deringan telefon miliknya memunah lumat khayalannya sebentar tadi.

“Hah ya Pak Mud,” tegur Makcik Rohaya. Lapang rasanya mendapat panggilan telefon daripada Pak Mud.

Pak Mud sebenarnya bercuti dua hari. Esok baru dia kembali bekerja semula. Cerita tentang Rania disampaikan oleh Makcik Rohaya kepada Pak Mud. Terkejut bukan kepalang pemandu setia itu sebaik mendengar cerita daripada Makcik Rohaya. Seperti pembantu rumah itu, Pak Mud juga berasa belas mengenangkan nasib Rania.

“Moga Ren tabah menghadapinya...” Doa Pak Mud.

“Yalah Pak Mud.”

“Saya perasan Ren banyak diduga dengan ujian rumah tangga. Mula-mula bahagia sangat dia dengan Qayyum, tapi sekejap lepas itu satu satu masalah melanda,” akui Pak Mud.

Dia sedar kemelut yang dihadapi oleh pasangan yang bagai pinang dibelah dua itu.
“Memang betul kata Pak Mud. Saya sedar sejak dulu lagi sebab dalam rumah ni ada ular!”

Perkataan ‘ular’ ditekan oleh Makcik Rohaya tanpa berselindung lagi. Siapa lagi kalau bukan Murni yang jadi ularnya? Hangat dadanya setiap kali terbayangkan wajah Murni. Pertama kali Murni jejakkan kaki di rumah tersebut, dia sudah tidak sedap hati tetapi siapalah dia untuk bercakap lebih memandangkan dia hanya pembantu rumah di situ. Murni pula kemudiannya diangkat ‘darjat’ menjadi menantu. Apa yang dapat dibuat hanya memandang sahaja tingkah laku Murni yang ibarat kaduk naik junjung itu.

“Tak payah kita menambah dosa ya Rohaya?” luah Pak Mud.

“Oh ya, saya dah jumpa Ustaz Qasim berkenaan minyak dalam botol kecil milik Murni tu,” sambung Pak Mud seterusnya.

“Dah jumpa?” tanya Makcik Rohaya tidak sabar-sabar.

Dia melemparkan pandangannya ke arah bilik Murni apabila terdengar bunyi pintu bilik dibuka. Melihat Murni keluar seraya mengepung anak kecilnya yang merengek, Makcik Rohaya kurang selesa.

“Kejap Pak Mud.” Makcik Rohaya beredar masuk ke biliknya dan mengunci dari dalam.

Dia tidak mahu perbualannya dengan Pak Mud didengari Murni. Murni mengerutkan keningnya kerana curiga dengan tindak tanduk pembantu rumah yang suka mencari pasal dengannya.

“Apa kata ustaz, Pak Mud?” tanya Makcik Rohaya sebaik sahaja punggungnya sudah belabuh di atas katil.

Lalu berceritalah Pak Mud tentang pertemuannya de­ngan Ustaz Qasim. Mendengar penerangan awal Pak Mud, bulu roma Makcik Rohaya menegak. Benarlah seperti yang diramal selama ini. Murni main kotor. Murni pakai minyak pengasih. Kurang ajar!

“Saya dah agak dah! Tak dapat tanduk, telinga dipulas. Budak tak sedar diuntung,” sampuk Makcik Rohaya berapi-api.

Ikutkan sakit hati­nya, mahu sahaja ditinjunya muka Murni biar tersembam di lantai.

“Jangan terburu-buru Rohaya!” pujuk Pak Mud.

Mula-mula serba-salah juga mahu melaporkan berita yang didengari daripada Ustaz Qasim tapi amanah orang perlu juga disampaikan.

“Habis tu tak betul ke apa yang dikata oleh Ustaz Qasim tu Pak Mud?” Makcik Rohaya mahukan kepastian setelah penerangan panjang lebar diperoleh daripada Pak Mud.

“Betul, cuma saya tidak mahu kita berlebih prasang­ka! Memang itulah yang dikatakan oleh Ustaz. Saya tak berani nak menokok tambah atau menuduh siapa-siapa. Hanya menyampaikan apa yang dikata, sekadar untuk peringatan.”

“Macam mana saya tak berprasangka,” keluh Makcik Rohaya. “Tadi pun saya nampak dia jumpa lagi budak Indon tu. Rasa saya barang sama yang diberikan oleh si Indon kepada Murni.”

“Yang boleh kita buat berhati-hatilah, tapi jangan berprasangka lebih-lebih dan juga jangan bertindak membabi buta!” pesan Pak Mud penuh berhemah.

“Kena juga kita berprasangka Pak Mud! Tanpa prasangka, kita mudah terjerat. Ini yang mungkin berlaku pada Ren sebab mudah sa­ngat percaya pada orang!”

“Apa maksud kamu Rohaya?” Pak Mud kurang faham.

“Terus terang saya nak cakap. Saya tak percayakan perempuan bernama Murni ni. Tadi, masa saya bersihkan bilik air tempat Rania jatuh, saya rasa ada yang pelik.”

“Apa yang peliknya Rohaya?” lembut suara Pak Mud tidak mampu mengendurkan suara Makcik Rohaya.

“Er, saya rasa ada orang sengaja tuang pencuci lantai di bilik air, berniat!” Makcik Rohaya berbisik seraya melarikan matanya ke pintu bilik sungguhpun tadi dia sudah menguncinya dari dalam.

“Maksud awak ada orang sengaja nak bagi Ren jatuh?” tanya Pak Mud balik.

“Ya.”

“Kalau begitu, hati-hatilah, jerat tak lupa pelanduk,” pesan Pak Mud lagi.

“Pak Mud tak hendak bertanya siapa?”

“Tak mengapalah, saya ada kerja ni,” dalih Pak Mud yang kurang gemar mengumpat.

“Yalah Pak Mud!” sahut Makcik Rohaya sebelum talian diputuskan.

Sungguhpun hati sedang menggelegak, Makcik Rohaya tetap sabarkannya. Dia duduk tercongok di atas katil seraya membaca pelbagai ayat-ayat suci Al-Quran untuk menyejukkan hati. Beratus-ratus kali dia beristighfar sambil mengurut dadanya yang berombak kencang. Dia takut kalau tidak dikawal amarahnya, mahu pengsan
Murni dikerjakan.

Dia keluar dari bilik apabila gelora perasaannya mulai reda. Baru sahaja hendak membuka peti ais untuk melihat-lihat apa yang ada untuk dimasak ala kadar, Puan Sri Zalia menghubunginya. Puan Sri Zalia menyampaikan khabar Rania.

“Ren keguguran...,” Lirih suara Puan Sri Zalia sewaktu kalimah itu terlontar.

Dia menelefon Makcik Rohaya di luar bilik mewah di Hospital Penawar tempat Rania menerima rawatan akibat keguguran. Makcik Rohaya terduduk mende­ngarnya.

“Astagfirullahalazim...kasihannya Ren.”

Bergenang air mata Makcik Rohaya. Besarnya penang­gungan Rania. Mampukah Rania menghadapinya? Fikir Makcik Rohaya. Anak orang kaya yang biasa hidup senang tapi dia teringat kata-kata Pak Mud.

“Dia memang anak orang kaya tapi dia tak memanjakan dirinya...”

Ada benarnya kata-kata Pak Mud. Mudah-mudahan Rania tabah mengharungi dugaan ini.

“Ren macam mana Puan Sri?” tanya Makcik Rohaya penuh keprihatinan.

“Ren dah sedar. Tapi dia sedih sangat kehilangan bayi tu. Dia asyik menangis sejak tadi. Tapi alhamdulillah, Ren selamat. Bimbang juga saya kalau-kalau berlaku tumpahan darah yang serius pada Ren!” Dalam sedih, Puan Sri Zalia tidak lupa mengucap syukur kerana kesihatan Rania berada dalam keadaan yang baik sungguhpun emosinya terganggu.

“Allah!” keluh Makcik Rohaya.

Dia sudah menangis. Berat matanya memandang berat lagi bahu Rania memikul. Keguguran anak pertama! Ya Allah, peliharalah Rania!

Puan Sri Zalia turut me­nyapu air matanya. Sejak tadi, dia juga sama-sama menangis. Jiwa seorang ibu turut merasai keperitan yang dialami si anak.
Kepada anak-anaknya Ridwan dan Rindu yang berada jauh di perantauan telah dikhabarkan berita duka itu. Rais bersama Ros Ilyani yang masih berbulan madu terkejut besar mendengar tragedi yang menimpa Rania. Mereka bercadang untuk segera pulang.

“Apa saya nak buat puan? Puan balik ke?” tanya Makcik Rohaya teresak-esak. Hiba sungguh kenangkan nasib Rania.

“Sekejap lagi saya balik ambil barang-barang keperluan Ren, kak siapkan apa-apa yang patut,” kata Puan Sri Zalia kemudian.

“Baik puan, er nak masak apa-apa ke puan?” suara Makcik Rohaya terputus-putus.
“Masaklah untuk makan akak dengan Murni. Untuk Ren, renehkan bubur air ya kak!” usul Puan Sri Zalia.

“Ya Puan Sri. Kirim salam saya buat Ren.” Hati Makcik Rohaya sudah luluh.

Dia menangis teresak-esak. Begitu juga dengan Puan Sri Zalia. Sejak tadi, banyak sudah air matanya terhambur. Dia jadi buntu mengenangkan pelbagai masalah yang melanda rumah tangga Rania. Dia sedar rumah tangga Rania bergelora tapi tidak pernah disangka gelora itu bak tsunami. Makin parah apabila Rania keguguran.

Lebih memburukkan keadaan, Rania turut memulaukan si suami. Puas ditanyakan pada Ummar Qayyum tentang permasalahan mereka, tetapi Ummar Qayyum terkebil-kebil. Dia tidak dapat menjawab dengan pasti. Ketara Ummar Qayyum sendiri kebingungan. Namun, Puan Sri Zalia sedar, Ummar Qayyum diserang rasa bersalah yang tidak sedikit.

Anak! keluh Puan Sri Zalia di luar bilik. Dia terpaksa mendamaikan hatinya dahulu sebelum masuk semula ke bilik Rania. Seperti tadi, Rania hanya membisukan diri. Wajahnya dipalingkan ke jendela tertutup yang langsirnya terbuka. Wajah malam dengan lampu-lampu jalan yang me­nyala menjadi tatapan matanya. Puan Sri Zalia pergi ke arahnya. Menutup pemandangan malam yang ditarah mata Rania.

“Ren...” Puan Sri Zalia lembutkan suara selembut-lembutnya.

Tangan Rania digenggam Puan Sri Zalia. Puan Sri Zalia renung wajah Rania sehingga ke akar umbinya. Segala penderitaan yang Rania sembunyikan selama ini terpancar nyata di wajahnya yang putih dan kudus itu. Yakinlah dia bahawa raga Rania teramat parah dan mudah tersiat. Justeru, dia perlu berhati-hati dalam setiap bicaranya.

Namun satu dia kurang mengerti, apa yang dilalui Rania selama mendayungi kolek kecil bersama Ummar Qayyum? Apa yang aku terlepas pandang dalam ­kocakan kolek kecil yang kau harungi bersama si suami selama ini anak? Hati Puan Sri Zalia merintih ­pedih. Dia berasa bersalah amat pada si anak. Dia jadi takut. Dia jadi bimbang seandainya peristiwa yang menimpa Rania sekarang akan membuat Rania merancang sesuatu pada masa akan datang. Ah, bukan dia tidak kenal Rania. Tangan Rania masih kemas dalam genggamannya.

“Mama nak balik kejap. Nak mandi dan solat. Nak ambil barang-barang Ren juga. Nanti mama datang balik,” bisiknya lembut di telinga si anak.

Rania pandang ibu de­ngan wajah kosong.

“Rania nak apa-apa?” tanya si ibu lagi.

Suaranya seperti desir ­angin yang sangat memahami. Rania hanya menggeleng. Puan Sri Zalia peluk tubuh Rania lalu dikucupnya kedua-dua pipi si anak.

“Mama balik sekejap saja. Biar Qayyum tunggu Ren ya sementara mama balik,” ucap Puan Sri Zalia. Rania menggeleng berulang kali. Tiba-tiba wajahnya berubah hiba.

Tan Sri Razlan bersama Ummar Qayyum bangkit dari kerusi. Tan Sri Razlan bergerak menghampiri Rania tetapi Ummar Qayyum hanya tercegat memerhati dari tempat dia berdiri. Di tempat yang kelibatnya tidak tersuluh dek mata Rania.

“Jaga diri. Pukul 12 malam ni, Zara balik dari New Zealand. Ayah dengan Zara datang esok ya.” Tan Sri Razlan usap kepala Rania.

Sebuah kucupan lembut hinggap di dahinya. Menyedari tubuh Ummar Qayyum bergerak menghampiri katilnya, Rania menarik selimut dan menyembu­nyikan mukanya. Sejak dia sedar dari pengsan lalu dimaklumkan tentang keguguran kandungannya,­ wajah yang paling tidak mahu dipandang ialah wajah Ummar Qayyum. Dia tidak sudi! Dia tidak mahu!

“Ren...” Suara Ummar Qayyum yang menusuk masuk ke lubang telinganya bagai suara hantu yang tidak mahu didengari.

Rania patungkan diri. Dia tidak bergerak. Itu tanda dia memprotes Ummar Qayyum. Dia tidak mahu Ummar Qayyum menemaninya. Dia mahu bersendirian.

“Ren..., “ panggil Ummar Qayyum buat kali kedua.

Mendengar lagi suara itu, hati Rania terasa bagai dibelah-belah. Disayat-sayat. Disiat-siat. Bukan sahaja diri Ummar Qayyum yang tidak mahu dilihat, bahkan suaranya juga tidak mahu didengari. Melihat keras­nya hati Rania, Puan Sri Zalia yang berdiri di ambang pintu bilik menggamit Ummar Qay­yum.

“Baliklah, tak payah tung­gu,” bisik Puan Sri Zalia pada si menantu.

“Saya nak tunggu Ren mama ...” Ummar Qayyum tidak mahu mengalah. Rasa bersalah menyerangnya. Biarlah Rania tidak sudi memandangnya tapi dia tetap akan menunggu Rania.

“Baliklah dulu, emosi Ren tak stabil sekarang,” pujuk Puan Sri Zalia.

“Macam mana saya nak balik? Dia isteri saya. Saya nak jaga Ren mama.”

“Ren tak mahu. Hormati permintaannya. Buat masa ni Qayyum balik dulu. Mama minta nurse jaga sementara mama datang balik.”

Hendak menitis air mata Ummar Qayyum dibuatnya. Benci sangatkah Rania pada aku? Apakah anggapan Rania pada aku sekarang sehing­ga bayang aku pun tak sudi dilihat.

“Baliklah Qayyum,” ujar Tan Sri Razlan yang sejak tadi tidak banyak berkata-kata.

Dia kurang pasti tentang kemelut yang melanda rumah tangga pasangan suami isteri itu tapi dia yakin kehadiran Ummar Qayyum di situ tidak dialu-alukan Rania. Ketara Rania sangat marahkan Ummar Qayyum.

Mendengar kata ayah mertuanya, Ummar Qayyum terdiam. Pintu bilik Rania ditutup. Kali ini dia tercegat pula di luar bilik Rania.

“Kalau Ren tak sudi te­ngok muka saya kat dalam, biar saya tunggu di luar bilik ayah, mama,” Ummar Qayyum tidak berputus asa. Tan Sri Razlan suami isteri berpandangan.

“Jangan masuk!” pesan Tan Sri Razlan sebelum pergi.

copy paste dari...
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/CikguRania2_Siri37__SebelahSayapkuPatahJua_/Article/index_html

Monday, March 25, 2013

Menguruskan Uri

kenapa koi beli set pengurusan uri masa Mum & Baby expo hari tu? Padahal takyah beli set pun takpe..boleh jer gi beli asing2...tapi pengalaman 2 orang anak sebelum ni..kalau tak ready awal-awal..alamatnya time dah bersalin tu baru tulah En Suami koi gi cari barang-barang tu semua.

Balik dari hospital singgah Kip Mart cari periuk tanah, pastu gi kedai kain beli kain buat bungkus uri...balik rumah pulak mak dia kata..asam jawa ada...umah kitorang takde asam jawa..biasa pakai asam keping jer...dah kena pergi kedai lagi sekali...koi tak rasa pun nak tanam uri kena pakai periuk tanah...yang penting kedalaman tanah yang kita gali tu tak memungkinkan dikorek semula oleh anjing cukuplah. Kena-kena pulak kalau cam kitorang yang kat bandar ni tanam dalam pagar laman rumah.

Inilah rupa set pengurusan uri tu..jenama Grandma Secret

Kat dalam ada periuk tanah, kain putih, asam jawa, garam dgn sarung tangan getah


Islam larang perkara khurafat dalam pengurusan uri

 Full article :-  http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Islamlarangperkarakhurafatdalampengurusanuri/Article

Ketua Program Fiqh dan Fatwa, Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Islam Malaysia (USIM), Dr Irwan Mohd Subri, berkata banyak perkara khurafat dilakukan umat Islam berhubung pengurusan uri.

Antaranya, menanam uri bersama pensil dan buku dengan harapan bayi tersebut akan cepat pandai kelak. Kemudian menanam uri bersama paku dan benda-benda tajam, kononnya untuk mengelak bayi menangis atau didekati benda halus selain menyalakan unggun api berhampiran tempat uri ditanam kerana bimbangkan ‘kembar bayi’ itu kesejukan pada waktu malam.

Perkara ini amat membimbangkan kerana jika tidak diperbetulkan dengan memberikan panduan Islam sebenar, ia dapat merosakkan akidah seseorang Muslim.
Irwan menjelaskan, adalah tidak benar dan berasas sebahagian masyarakat kita yang suka mengaitkan perkara berlaku terhadap kanak-kanak sama ada baik atau buruk dengan akibat terhadap pengurusan uri.

Uri perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan. Uri orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh dibakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital hendaklah membawa balik uri untuk ditanam di tempat masing-masing.

Berdasarkan keterangan itu, jelas menunjukkan uri bayi hendaklah ditanam selari dengan apa yang diperintahkan dalam hadis diriwayatkan Hakim daripada Aisyah yang mafhumnya, “Nabi SAW telah memerintahkan supaya ditanam tujuh perkara daripada manusia iaitu rambut, kuku, darah, haid, gigi,

Pensyarah kanan Fakulti Pengajian Quran dan Sunah USIM, Dr Irsyadulhaq Abdullah, berkata hikmah Islam memerintahkan uri bayi ditanam adalah sebagai tanda penghormatan kepada uri itu kerana ia sebahagian anggota manusia dan manusia makhluk yang dimuliakan Penciptanya.


***Daripada tanam pensel, baik tanam kalkulator, sempoa, komus Oxford sekali...Yelah kan..kalaulah boleh masa depan bayi yang baru lahir dididik dengan cara yang sedemikian kann...

Cara elak pelajar tidur dalam kelas

macam-macam idealah budak sekarang ni...ni dr wall anak buah koi...


Tapi kalau betul best gak kan...nak nak lagi time subjek yang mengantuk macam sejarah...Setakat ni lah...kalau sejarah tu Cikgu pompuan yang ajar...memang mengantuk. Mungkin sebab cikgu wanita lebih skema dan dan kontrol ayu...mengajar subjek sejarah dengan cara duduk di meja dan suruh student salin nota...tulisan kecik besor kecik besor jer...Masa Form 1 belajar sejarah dengan cikgu pompuan..masa form 2 & 3 dgn cikgu lelaki.

masa form 4 dgn cikgu pompuan adalah dalam sebulan kot...hari2 tertidur dalam kelas, Pastu tukar cikgu lelaki...huhu...cargas sikit sebab cikgu tu banyak idea utk menarik minat pelajar..takdelah setakat duduk kat kerusi meja depan tu suruh budak2 salin nota. Banyak idea utk aplikasikan subjek sejarah dalam kehidupan harian. Nama cikgu tu cikgu Wan Rosli, hari esok SPM paper Sejarah...petang ni dia datang Asrama panggil budak2 kelas dia bagitau soalan yang dia spot masuk exam esok.

Suka buat kelas tambahan dalam surau sekolah, lepas kelas tambahan siap solat hajat sekali. Dia kata itulah cara untuk mengimarahkan surau dan masjid. Politik, ilmu dan ibadah tak dapat dipisahkan katanya....

Budak2 non-muslim pun kena masuk surau tp tak kena solat la....dia kata surau takpe..yg tak boleh masuk tu masjid...bila ada segelintir pelajar pertikaikan kemasukan pelajar non-muslim ke dalam surau.

***Nasib baik anak buah koi tak senaraikan Cikgu Rozita Che Wan dalam cikgu impian dia...kalau tak..koi sekeh2 aje kepala tu...koi sgt geli melihat Rozita Che Wan sekarang...ntah la kenapa...mungkin kerana skirt pendek HAK dia sangat tu kot...

Sunday, March 24, 2013

Pergi expo mama & baby

semalam kul 10 pagi koi, suami dan anak-anak dah sampai ke Danga City Mall. Sebab start kul 10, ingatkan kul 10 tak ramai org, rupanya...mak aihh...ramainya

Pusing sikit...si Adik dah tarik-tarik tangan ajak keluar. Last-last ayah dia bawak budak dua orang tu keluar, koi shopping sorang kat dalam.

Punyalah banyak booth kat dalam tu...dan keadaan sangat padat dan bila padat dah tentulah panas. Pusing2 cam tak tau nak cari apa la pulak. dah puas koi ronda-ronda..barulah putuskan apa yang nak dibeli..antara hasil nya adalah:

Set pengurusan uri = RM30
Mandian Herba TYT = RM40
Sanitary pad Libresse = Biru RM10, Ungu RM13
Nursing bra (buy 2 free 1) = RM25.80
Baju baby 3 pasang + tisu lembab+spentot pakai buang+sarung tgn/kaki jenama Fiffy = RM67

Totalnya adalah dalam RM200. Koi beli barang yang susah nak suruh En suami belikan ajer. Setakat pampers anak tu dia boleh belikat kedai ubat cina. Sama aje harga kat kedai ubat tu dgn dekat expo semalam. Baju baby pun byk yang simple sesangat yang dah ada garis lipat pun ada. haha..ni betul2 nak melelong namanya. takpelah...Baju newborn ni bukan boleh beli bebanyak pun...kejap jer dah sempit.

Koi siap shopping dalam kul 11.30. Hero2 koi dah melepek kat luar tu dgn muka kepenatan. eleh penat penat pun sempat lagi pow mama robot. Pasal malam sebelum tu tengok cerita transformers, seboleh-bolehnya nak beli robot...Okaylah nak..mama belanja kamu berdua robot...hehe...cari yang paling murah tau....

Asalnya nak pergi hari Jumaat, tapi hari Jumaat en. suami ada meeting pulak...so terpaksalah kansel..pergi Hari Sabtu pulak..mmg tak selesa nak membeli belah...mau tak...orang terlalu ramai. Masa koi nak keluar tu...orang dah terlalu padat sampai nak cari jalan keluar pun pening.

Niat hati nak cari breast pump,tapi takpelah...takde yang murah pun. Semua harga meletop. pulak tu semua jual pakai pakej2. Nantilah..ni ada masa lagi ni...

Friday, March 22, 2013

Gambar Kerja Cerucuk

Yang kren tu tengah angkat namanya 'spun pile'. Pile ni bentuk bulat dalamnya berlubang ala-ala bentuk batang paip.

Yang macam sangkar kat tengah2 site tu besi untuk buat pile cap / tukup cerucuk. Oleh sebab ni adalah kawasan basement, kawasan ni rendah sikit dr tanah sekeliling, oleh itu kawasan ni memerlukan penahan di sekelilingnya. Besi yang tahan tanah keliling tu kita panggil 'sheet pile'

Siapa boleh teka site ni kat mana?

Gambar spun pile lagi...haha...memang takde entry...

takde modal nak update sama tengah nak clear kamera..belasah la upload gambar kat site ni yer..buat cuci-cuci mata. Koi dah penat cuci mata dengan peluh menghadap kerja piling yang tak seronok langsung ni.
Tak seronok sebab terlalu panas. masa kerja tu kan..terbayang air tebu, air kelapa, cendol pulut, mandi sungai air gunung...huuu...sejuk....Oh Ya Allah...kenapalah koi ambik jurusan kejuruteraan Awam ni ye???

Kepada adik adik yang baru amik result SPM semalam...yang bergelar gadis gadis tu takyah la amik jurusan kejuruteraan awam ye...panas dik...hitam...berkilat...mekap cair...kasut kotot berlumpur...Ambiklah jurusan yang selayaknya bagi seorang wanita. Banyak lagi cabang ilmu yang boleh dipilih.

Bila Adik nak Pandai

Maksudnya:

"Wahai Tuhanku! Lapangkanlah dadaku. Dan mudahkanlah bagiku urusanku. Dan bukakanlah simpulan dari lidahku. (Supaya) mereka memahami perkataanku."


Anak ke 2 koi lahir tahun 2009. Kiranya tahun ni masuk 4 tahun la...Yang meresahkan koi sekarang ni...si umar mahfuz ni belum pandai bercakap lagi...tapi dia bukanlah diam ajer...dia bercakap jugak...tapi apa yang dia cakap tu..koi dgn ayahnya nak kena teka apa dia cakap. Kadang-kdang sampai surrender teka...kena tanya abang dia apa adik dia cakap. Dan si Abang pulak, biasanya dapat memberitahu apa yang adik dia maksudkan dengan tepat.

Sekarang ni dia dah rajin juga bercakap berbanding dulu-dulu langsung taknak ikut apa yang kita ajar. Sekarang dia dapat boleh la sebut perkataan yang pendek-pendek dengan betul...macam ayah & abang. tapi sebut mama bunyinya amma.

Kadang-kadang dia bertanya.."amma, wat pe tu?" (mama, buat apa tu?),  "amma,cak pe tu? nak ngok" (mama, masak apa tu? nak tengok) "Amma, nak ngok b"(mama, nak tengok tv)

Orang kata kalau nak anak cepat pandai bercakap, kita kena rajin melayan dia bercakap. Sekarang ni bukan kita tak layan dia bercakap, dia yang tak layan kita. Apa yang kita cakap tu dia buat tak peduli ajer. Dia akan kecoh bercakap kalau tengah tv, cerita yang dia suka. Bila dia tengok, dia akan bercerita balik pada kita. "Amma, jah chorr" (Mama, gajah besar) Kita pun layan aje lah...

Ni la budak bucuk yang belum pandai bercakap tu - Tengah sakit mata masa ni...

Thursday, March 21, 2013

Tak Romantik tapi Bahagia

Kelmarin koi lupa bawa kunci rumah. En. Suami pula dah inform yang dia balik lewat sikit. Kita call balik nak bagitahu tak bawa kunci tak dapat-dapat...hadoih....heret la budak bertuah 2 orang ni pergi JUSCO taman U. Makan aiskrim, main2 kat playland, beli jajan 'O'. Masa tgh beli jajan 'O' ayah budak-budak tu telefon tanya kat mana...
Inilah rupa jajan 'O'

Lepas tu kitorang 3 beranak pun balik rumah terus...Sampai rumah tgk En. Suami koi tengah siang ikan. Pas solat koi pun tolong kat dapur sambil tu sembang-sembang.

Koi  : Ayah, pas ni depan anak-anak jangan ber'gua' ber'lu' lagilah...

En. Suami : Nape?

Koi : Tadi masa dalam kereta on the way nak pergi Jusco, Si Abang Mukhlis reka dialog untuk kita. Ayah dengar ni...

Abang Mukhlis :

"hmm...mama, nanti bila ayah sampai rumah mesti ayah terkejut tengok semua takde. Mama takde, abang takde, adik takde. Sebab kita nak pergi Jusco ni ayah tak dapat dihubungi.

Lepas tu ayah masuk rumah mesti ayah telefon mama...pastu ayah mesti tanya camni "Mama, lu kat mana"

Lepas tu mama cakap kita kat Jusco kan...

Lepas tu mesti ayah cakap..."Ha..ok...ok...gua dah sampai rumah ni...balik cepat...hati-hati bawak kereta"

Lepas tu barulah kita boleh balik rumah kann...sebab ayah dah bukak pintu rumah...Mama...esok kalau tak bawak kunci lagi pergi Jusco lagi ker???

Koi tanya si abang..."Abang, Gua tu siapa?"

Abang : Gua tu ayahlah...kan?

hadusss...anak-anak dah besar..apa yang kita cakap..apa yang kita buat..semua dia bawak masuk dalam kepala. Kalau koi panggil ayah diorang 'abang' nanti dia cakap "Itu ayah, tu bukan abang..ni baru abang" sambil tunjuk diri dia.

Masa mula2 berkenalan...cakap skema..awak-saya..bila dah lama-lama Lu-Gua pulak. Orang luar dengar macam samseng benor kitaorang laki bini ni. kalau mak/mertua tu memang dah acapkali tegur cara kitorang berbual dan bahasakan diri. Tapi hakikatnya...bila salah seorang drpd kami mula gunakan 'saya-awak'...haaa...tu tandanya adelah yang tak kena.

Suami koi panggil koi mama..sejak dah anak nilah..sebelum ni dia panggil awak takpun panggil beb jer.

Contoh ayat sebelum ada anak:
- Beb, nak makan apa ni?
- Awak...amikkan saya kicap.

Contoh ayat dah ada anak:
- Mama, esok gua ada meeting, balik lewat sikit kot
- Mama, Lu nampak jam tangan gua tak?


Tak romantiknya En. Suami koi kan...hehehe..."tak romantik tapi bahagia"...Bahagia sebab En. Suami koi rajin. Balik meeting pun masih baik hati tolong masak kat dapur. Haa...sambil masak dan sembang mambang dengan dia malam kelmarin...siapla makan malam kitorang...

Ikan goreng siram kuah apa tah...

kailan ikan masin, koi kurang minat..sebab sekarang suka sangat makan timun mentah.





Tropicana Twister Live Love Life 2013 Contest

Dia kembali lagi..walaupun koi tak pernah menang apa-apa hadiah...koi suka masuk contest sbb cuma modalkan setem 80sen ajer. koi memang sangat suka minum Tropicana Twister ni..cuma masa preggy ni kurang sikit la...sbb takut paras gula naik.

Koi paling suka perisa epal...yg lain boleh jugak la...tapi lagi suka epal la...koi tak suka sgt yang oren tu sebab dia ada jus oren sebenar yang pd koi rasa macam hampas oren jer...hihihi...

Last year masa koi sibuk kumpul pembalut ni...bos pun siap bagi support. Siap bawak balik botol kosong kat opis..."Yan, kalau dapat hadiah kereta nnt kereta tu jual kat saya yer," kata bos....Iyolah sangat..ingat senang ke nak menang?


Tuesday, March 19, 2013

Jauh di Rindu








Terdengar lagu ni kat radio..bestnya...amik satu ayat..taip kat google..terus keluar lirik...owh..lagu Freedom. Ye..kumpulan Freedom dulu terkenal dengan vakolisnya yang berduet Si Shuib dan Seha (telah kembali ke Rahmatullah..Al FAtihah)

Best jugak lagu ni...tp kenapa macam koi tak pernah dengar jer...hmm..mungkin faktor lagu ni keluar masa zaman koi tgh gilakan KRU kot...hahaha...


Freedom Jauh Di Rindu

Di mana...
katakan di mana salah silapnya
ku terasa-rasa hubungan kita
berubah mengikut masa

Ke mana...
mana hilang keajaiban itu
kelembutan serta kemanisanmu
yang pernah menghias hidupku

Mengapa kita kini
saling mengasingkan diri
kemesraan lalu
dingin dan membeku

Tetapi hati tidak dapat di bohongi
bila saja berjauhan
kita kerinduan
kau dan aku
diuji gelombang waktu

Sayangku
biar genting usah berputus terus
kenangan lalu tak mudah di hapus
segalanya tersimpan di hati
jika di takdirkan tak sehaluan lagi
kau tetap aku ingati

Mother & Baby Expo


This coming Friday ada mother & BabyExpo kat Danga City Mall, Johor Bahru. Koi Tak pernah pergi expo utk baby ni lagi..kali terakhir pergi expo hartanah..tgk2 orang jual rumah..tu pun dah 5 ke 6 tahun yang lalu kot...

Sejak Best Mart dah bertukar menjadi Danga City Mall ni..belum sekalipun koi pergi ke sana. Almaklumlah, Incik Suami koi bukannya rajin berjalan sangat pun...Kalau takde sebab mmg jgn haraplah dia nak pergi. Okeh kali ni...dia mau atau tamau..koi tetap akan paksa dia pergi. Dan koi yakin dia akan setuju sbb kalau dia tanak pergi koi nak pergi sorang...dan dia tak kasinya koi pergi berjalan sensorang selain drpd ke JUSCO Taman U.

Okeh..tak sabar rasanya nak cari baju untuk adik baby...terasa macam nak scan jer tgk baby pompuan ke laki2..tapi ramai sgt kawan2 yang bila scan tak nampak 'bird' dan doktor sahkan gegurl. Sekali keluar..haa...terbanglah burung terbang....Baju, bantal, katil semua dah keler pink. Hmmmm..cari kaler putih dgn hijau ajelah.

nak cari baju malam 3 pasang, baju siang 2 pasang, tgk breast pump, nursing bra...tu je kot...kain lampin recycle abang-abangnya punye ajer....baju seluar banyak lagi..tapi dah kurang cantik....

***sebab terlalu excited nak cari barang baby, koi siap mintak cuti hari Jumaat.

Cikgu Rania 2 (Siri 35): Pusar cinta bernama gelora

Oleh Samsiah Mohd Nor
Pintu bilik Rania terkuak juga akhirnya. Puan Sri Zalia terjongol depan pintu bilik. Rania menundukkan mukanya saat terasa renungan tajam si ibu menikam jantung. Tan Sri Razlan yang tadinya duduk kini sudah berdiri. Wajahnya suram kerana fikirannya terganggu.
Saat itu, dia mahu bersendirian. Dia mahu menenangkan fikiran. Permintaan Rania sebentar tadi sangat tidak munasabah. Masakan dia mahu memberi izin pada sebuah permintaan yang sebegitu?

Ren! Kau meletakkan ayah di gerbang serba salah! Hatinya berdetik. Dia mahu pergi dari kamar itu. Sebelum kakinya melangkah keluar, tangannya ditarik Rania.

“Ayah...tolong Ren ya,” pesan Rania. Tanpa kata, Tan Sri Razlan keluar dari bilik tersebut.

Giliran Puan Sri Zalia pula mengambil tempat yang ditinggalkan oleh suami. Dengusannya terdengar. Dia memerhatikan tindak tanduk Rania.

Budak ni mengandung! Banyak benar ragamnya akhir-akhir ini! Teruk benar kesan pembawakan budak kepada emosi Rania, fikirnya sendiri tapi pada masa yang sama dia turut kagum kerana secara fizikalnya Rania nampak sihat dan bertenaga.
Tubuhnya tidak lemah malah alahannya juga tidak ketara.

Mula-mula mengandung sahaja dia mabuk petang tapi tempoh masa mabuknya singkat sahaja.

Selepas itu, Rania kelihatan sihat walaupun keletihan kerana sibuk di sekolah. Menyedari dirinya diperhatikan, Rania akhirnya mengambil tempat di sisi Puan Sri Zalia.

“Apa yang Ren minta tolong pada ayah?” tanya Puan Sri Zalia lama kemudian. Suaranya mendatar.

“Hal sekolah,” sahut Rania berhelah. Perbincangan antara dirinya dengan Tan Sri Razlan tadi hanya untuk pengetahuan mereka berdua sahaja. Ibunya tidak boleh tahu.

“Hal sekolah apa? Nak tukar sekolah lagi?” Jeling Puan Sri Zalia.

“Bukan. Hal lain.”

“Kerana hal kat sekolahkah Ren hilang pertimbangan lalu baling mug Qayyum tadi?” Sinis sekali nada Puan Sri Zalia.

“Tak ada kena mengena hal sekolah dengan mug tadi mama.” Rania jadi geram kerana akhir-akhir ini ibunya gemar menyindir.

“Habis kenapa Ren buat macam tu? Kenapa tepis cawan minuman Qayyum sampai berkecai pecah?”

Rusuh wajah Puan Sri Zalia kian jelas mengenangkan tingkah laku Rania kebelakangan ini. Perangainya makin menjadi-jadi. Nasib baik tidak ada sesiapa yang tercedera semasa mug di tangan Ummar Qayyum terpelanting ke lantai lalu berderai.

“Sebab Ren nampak Murni...” kalimah Rania berhenti di situ.

“Nampak apa?” sambar Puan Sri Zalia pula.

“Murni masukkan sesuatu dalam minuman Qayyum. Lepas tu dia ludah dalam air tu.”

“Apa yang Ren cakap ni?”

“Ren cakap apa yang Ren nampaklah.”

“Ada ada saja Ren ni.”

“Ren nampak!” sahut Rania bersungguh-sungguh. Hatinya luluh sebab dia sedar rona wajah ibunya seakan tidak percaya dengan apa yang diceritakan.

“Kenapa Murni nak buat macam tu?” Dahi Puan Sri Zalia berkerut. Tidak masuk akal apa yang disampaikan oleh Rania.

“Mana Ren tahu! Mama tanyalah dia!” Rania makin naik angin dengan cara ibunya menyoal.

“Ren...” suara ibunya mengendur.

“Yalah, Murni kan baik. Takkan dia nak buat macam tu. Lagipun Ren seorang saja yang nampak apa yang Murni buat. Tak ada saksi yang nak menyokong Ren. Yang nampak Ren baling mug sampai pecah banyak. Jadi, yang jahatnya Ren lah!” Kesabarannya sudah hilang. Rania luahkan isi hatinya.

“Mama tak kata macam tu...”

“Memang mama tak kata tapi mama tak percayakan? Samalah tu! Kalau mama tak percaya terpulanglah! Ren tahu sekarang semua orang berprasangka buruk pada Ren. Mama, Ummar Qayyum semua pandang Ren semacam, Makcik Rohaya saja yang percaya pada Ren.”

Keluhan Puan Sri Zalia terdengar jelas.

“Ren penat kat sekolah ni! Ren stres sebab sibuk! Ren kena banyak berehat.”

“Mama, tak ada kena mengena hal sekolah dengan apa yang Ren buat tadi. Ren dah cakap Ren cuba elakkan Qayyum daripada minum air ludahan Murni,” Suara Rania keras.

“Ren rehatlah ya!” ujar Puan Sri Zalia dan pergi.

Ternyata ibunya tidak mempercayai ceritanya. Sekarang buruknya sahaja yang nampak. Murni baik macam malaikat. Murni sesuci dan semurni namanya. Murni sudah terlalu lama di rumah ini dan mama memang sangat-sangat mempercayai Murni. Kerana di mata mama, Murni sabar dan reda dengan takdir hidupnya.

Dicerca dan dikutuk oleh mama semasa Murni mula-mula masuk dalam keluarga ini, Murni tabah dan pasrah.

Tidak dipedulikan Rais juga Murni akur. Malah, lebih mengharukan semua ahli keluarga, Murni izinkan Rais berkahwin lain. Pendek kata Murni baik hati.

Daripada benci orang boleh sayang padanya. Orang yang baik hati, pasrah dan reda tidak akan sesekali melakukan perkara seperti yang didakwanya. Masakan mama mahu percaya! Marah Rania menggelegak.

Ah Murni,kau yang memulakan sengketa ini, maka kau yang harus bertanggungjawab. Kau harus menerangkan segala-galanya. Kau yang membuatonar, maka kau yang harus menyelesaikannya. Rania bergegas keluar dari bilik dan meluru ke beranda. Tidak ada sesiapa di situ. Baik Ummar Qayyum ataupun Murni.

Lantai beranda yang tadinya basah dek tumpahan Nescafe dan kaca yang pecah kini sudah bersih.

Rania berlari pula ke dapur. Di situ ada Makcik Rohaya yang sedang memerah kain buruk di singki.

“Mana Murni mak cik?” tanya Rania. Dadanya sudah sebak.

“Kenapa Ren?”

Hidung Rania kembang kempis. Dia hendak memeluk Makcik Rohaya tetapi ada sesuatu yang menghalangnya. Dia harus berdepan dengan Murni dulu. Murni sudah melampau!

“Kat mana dia mak cik?” Paksa Rania.

“Di belakang dengan Fahmi...” sahut Makcik Rohaya tergagap-gagap.

Melihat muka Rania, dia yakin Rania merancang sesuatu. Kerana bimbang, dia bergegas mengekori Rania. Kelihatan Murni sedang duduk di bangku tidak jauh dari taman mini bunga ros.

“Murni...,” laung Rania.

Makcik Rohaya sudah kecut perut melihat langkah laju Rania. Murni menoleh.
Melihat kemarahan yang mewarnai muka Rania, sedarlah Murni bahawa Rania Mahu berbuat sesuatu kepadanya. Dia dapat meneka Rania mengetahui sesuatu. Tadi, Rania menepis mug air minuman Qayyum. Dia nampakkah apa yang aku buat tadi? Murni berdebar-debar.

“Apa kau buat kat dapur tadi? Akak nak kau ceritakan pada seluruh keluarga apa yang kau buat tadi?” jerit Rania lagi.

Terkejut dengan sergahan Rania, Murni bangun dan berundur setapak. Fahmi yang berada di dukungannya dipaut erat di dada.

“Apa yang Murni buat kak?” Selamba Murni bertanya balik. Suaranya lembut malah hampir tidak kedengaran.

“Kau jangan pura-pura. Akak nak kau ceritakan pada mama dan pada semua orang apa yang kau dah buat.”

“Kak, kak salah faham!” Murni pandang sekeliling sambil berfikir.

Makcik Rohaya sabarkan Rania tapi ternyata kemarahan Rania sudah tidak dapat dibendung. Kerana bimbangkan keselamatan Fahmi, Makcik Rohaya sambar Fahmi daripada dukungan Murni.

“Kenapa kau ludah dalam minuman Qayyum?” tengking Rania. Bahasanya semakin kasar.

Renungan tajamnya mengecutkan perut Murni. Murni berundur lagi.

“Mana ada. Kenapa Murni nak buat macam tu pada Abang Qayyum?” Suaranya lirih seperti orang tidak bersalah. Naik angin Rania dibuatnya.

“Kau pandai berlakon ya Murni. Akak tak sangka kau begini. Kau pandai berpura-pura.”

“Mana ada Murni buat macam tu! Murni tak buat,” Murni menafikan.

“Kau ingat mata akak ni buta? Kau mengaku saja apa yang kau dah buat!” Arah Rania.

“Memang Murni tak buat. Kenapa Murni nak mengaku?”

“Sampai hati kau buat akak macam ni? Kami terima kau masa kau bermasalah. Kami beri kau kehidupan. Abang Rais korbankan hidupnya jaga kau anak-beranak di sini, ini yang kau balas? Apa tujuan kau meludah dalam minuman Ummar Qayyum?”

Murni tidak menjawab tapi hanya menangis.

“Apa lagi yang kau buat yang kami tak tahu Murni? Apa kau nak sebenarnya Murni?” Ungkit Rania sedang jarinya sudah tertunjal di muka Murni.

Di pintu dapur, Murni nampak kelibat Ummar Qayyum bersama Puan Sri Zalia dan Tan Sri Razlan.

“Murni tak buat apa-apa! Kak Ren yang salah faham. Murni hanya buat minuman untuk Abang Qayyum.”

Kecil Murni di pandangan Rania kini. Perempuan penipu! Apa agenda tersembunyinya di sini?

“Dasar penipu!” bentak Rania.

“Tak baik akak tuduh Murni macam tu, patutnya akak berterima kasih sebab Murni jaga makan minum Abang Qayyum masa Kak Ren sibuk.” Lelehan air mata Murni berjuraian.

“Kurang ajar!” Sebuah penampar singgah di muka Murni. Murni mematungkan diri.

Tamparan kedua hinggap lagi di muka Murni. Pipinya sudah merah. Masuk kali ketiga, mata Murni mulai berpinar-pinar sebelum dia terjatuh di rumput.

“Ren...” jeritan Puan Sri Zalia bergema.

Terkocoh-kocoh dia berlari menghampiri mereka.

Melihat tangan Rania terangkat di udara sekali lagi, cepat-cepat Ummar Qayyum menahannya. Murni menangis teresak-esak.

“Ren.” Tubuh Rania dipaut Ummar Qayyum dari belakang. Cuba dilepaskan tetapi kekuatan tenaganya tidak dapat menandingi kekuatan tenaga lelaki.

“Lepaslah.” Rania meronta-ronta. Pautan tangan Ummar Qayyum pada tubuh Rania dilonggarkan kerana dia bimbangkan kandungan Rania.

“Sabar Ren, sabar.” Puan Sri Zalia menyabarkan anaknya. Digosok-gosok kepala Rania.

Makcik Rohaya tidak terkecuali. Bersama Fahmi di dukungan, dia juga memujuk lembut Rania.

“Ren, tenang Ren. Ren bawa bersabar. Ren mengandung ni.” Terdengar lagi suara Ummar Qayyum memujuknya lembut. Rania tenang seketika tapi gelombang di hati Murni membara melihat Rania lemah di pelukan Ummar Qayyum.

Hatinya menjerit. Dia benci melihat situasi itu. Sudah lama pasangan itu bertingkah pendapat dan dingin. Dia rasa menang dan seronok. Sepatutnya itu yang terus berlaku. Bukan seperti yang dilihat sekarang. Rania seperti anak kecil di pangkuan Ummar Qayyum.

“Kita bincang baik-baik sayang, bukan ini caranya,” Puan Sri Zalia menambah.
Tan Sri Razlan tidak terkata. Jauh renungannya memikirkan Rania. Apa yang sedang dilalui anakku Rania? Apa yang aku terlepas pandang? Rasa bersalah datang menundanya.

Murni pula terjebik sendirian. Tiada siapa yang menghiraukannya. Sakit di pipinya masih terasa tapi sakit di hati lagi hebat penangannya. Hatinya bagai disiat-siat. Sebaik manapun aku di rumah ini, aku tetap melukut di tepi gantang, rintihnya.

Dikerlingnya pada Rania. Dada Rania turun naik tapi semua orang mengerumuni dan memujuknya. Dia benci melihat situasi tersebut. Dia sakit hati melihat keprihatinan orang pada Rania padahal dia yang tersembam dilempang berulang kali oleh Rania.

Rania tenteramkan perasaannya. Dia beristighfar dalam diam. Bila panas hatinya mulai mendingin, dia menjeling pada Murni yang masih terjelepok sendirian. Dia memang sangat-sangat marah pada Murni. Matanya sendiri yang melihat segala perbuatan Murni tetapi perempuan itu tidak mengakui malah dengan berani mencelanya pula.

Dalam esak tangis, Murni bangkit lalu berlalu membawa diri. Di tepi tingkap dapur, Murni berhenti sejenak dan mengintai. Seluruh keluarga masih mendampingi Rania. Dia mengetap bibirnya.

Sakit hatinya kian menjadi-jadi melihat Ummar Qayyum yang sedang mententeramkan Rania. Aku yang ditampar belasah, Rania pula yang dibelai. Kurang ajar kau Rania! Datang busuk hatinya. Dia merancang sesuatu. Dia tahu apa yang patut dibuat. Hatinya sakit bukan kepalang. Rasakan kau Rania! Detik hatinya.

Rania akhirnya membatukan diri. Dia benar-benar penat diasak dengan pelbagai soalan. Di ruang tamu, ibu bersama Makcik Rohaya tidak habis-habis bertanya macam-macam padanya.

Diberikan jawapan banyak pula bangkangan terutamanya oleh ibu sendiri. Ikutkan hati dia sudah malas bertekak malah dia sudah penat mempertahankan diri tapi soalan bertubi-tubi daripada ibu terpaksa juga dijawabnya.

“Ren dah malas nak cakap! Dari tadi Ren dah cakap mama tak dengar juga!” rungutnya.

“Mungkin Ren silap nampak. Mungkin dia rasa air tu tapi Ren nampak macam dia meludah”

Puan Sri Zalia cuba membetulkan kenyataan Rania.

“Ni yang malas nak cakap ni.”

“Kita nak betulkan yang tak betul. Mungkin Ren silap tengok.”

“Suka hati mamalah.”

“Merasa air pun salah puan. Tak manis perbuatan tu. Mana boleh si Murni tu berkongsi-kongsi air dengan Qayyum. Qayyum tu siapa?” sampuk Makcik Rohaya.

Senak juga hati apabila Puan Sri Zalia asyik membela si Murni. Inilah yang dikata orang kera di hutan disusui anak di rumah mati kelaparan. Pelik perangai Puan Sri ini. Lebih mempercayai menantu yang macam hantu daripada anak sendiri.

“Mama memang macam tu makcik, selalu menyebelahi Murni. Tersinggung Ren!” Rania bersuara. Terkadang rajuk juga dia dengan sikap ibunya.

“Ren tetap anak mama dunia akhirat. Tak payah nak cemburukan Murni.”

“Bila pula Ren cemburukan Murni?”

“Yang Ren lempang dia tadi?”

“Ren sakit hati. Dia penipu besar.”

“Dia kan dah kata dia tak buat.”

“Itu masalahnya. Mama lebih percayakan cakap perempuan tu! Cakap Ren mama tak percaya.”

“Mama tak kata mama tak percaya. Mama kata mungkin Ren silap tengok.”

“Tak boleh macam tu puan,” tegur Makcik Rohaya. “Sesekali Puan kena ada rasa curiga pada Murni.”

“Nak curiga apa? Murni melayan Qayyum macam abangnya. Murni yang menjaga emak si Qayyum selama ni. Mereka dah macam adik-beradik,” tegas Puan Sri Zalia.

“Puan dah lupa yang Murni dulu pernah ada hati pada Qayyum?”

“Dulu memanglah tapi sekarang dia dah kahwin dengan Rais. Qayyum dah kahwin dengan Rania. Dia dah terima hakikat tu.”

“Itu kata mama, Ren tengok lain...”

“Kalau ikut orang dulu-dulu, ludah-ludah ni bertujuan nak bodohkan orang.

Senang dia nak kawal orang suruh ikut cakap dia,” terang Makcik Rohaya, balik kepada topik asal.

“Yang minyak kita jumpa dalam bungkusan tu apa pula?” tanya Rania geram.

“Kan dia dah kata minyak dia. Minyak untuk rawatan dalaman,” sahut Puan Sri Zalia.

“Dalam botol kecil macam tu? Puan percaya? Tunggu apa kata Pak Mud. Saya dah suruh Pak Mud bawa minyak tu pergi jumpa ustaz. Biar ustaz tengok,” tingkah Makcik Rohaya.

“Ustaz mana kak?”

“Ustaz ni bagus tapi tengah bawa orang buat umrah. Jadi lambatlah pula dia nak menengok!”

Puan Sri Zalia terdiam. Masakan Murni akan bertindak sebegitu. Dia boleh menerima Ros Ilyani dengan dada terbuka masakan dia tergamak melakukan tindakan seperti yang dikatakan Rania. Kalau betul seperti kata Rania, kenapa Murni bertindak demikian? Ah Murni, Murni! Kasihan budak itu. Sudahlah dimadukan oleh anak aku, dituduh berlaku jahat pula. Bagaimana tidak rusuh fikirannya.

Terkenang pula Puan Sri Zalia pada Rais yang masih berbulan madu. Sudah hampir dua minggu dia bersama Ros Ilyani. Entah ke mana-mana perginya pengantin baru itu. Kasihan Murni. Masa bernikah dengan Rais dahulu, tidak pula dibawa ke mana-mana oleh Rais. Di rumah inilah banyak masanya dihabiskan! Silap orang, boleh meroyan dibuatnya! Fikir Puan Sri Zalia.

“Ren, abang nak cakap dengan Ren kejap,” tegur Ummar Qayyum. Dia datang dari arah beranda bersama Tan Sri Razlan. Puan Sri Zalia bersama Makcik Rohaya menoleh serentak.

“Mama pun nak mandi ni, nak solat. Pergilah Ren bersihkan diri dan bincang baik-baik dengan Qayyum,” nasihat Puan Sri Zalia.

“Kita naik bilik atas ya Ren,” ujar Ummar Qayyum apabila Rania mahu menghala ke bilik bawah.

Rania ikut sahaja. Kelat di hati masih terasa. Ummar Qayyum tutup pintu bilik sebaik sahaja mereka berdua sudah berada di dalamnya. Rania duduk di birai katil. Ummar Qayyum pula di sisinya. Tangannya diletakkan di atas paha Rania.

“Abang tahu Ren berada dalam keadaan yang tak stabil sekarang. Ren sedang mengandung dan fikiran Ren sedang rusuh.” Mukadimmah yang dimulai oleh Ummar Qayyum kurang disenangi oleh Rania.

Nada Ummar Qayyum seperti nada ibunya. Kenapa semua orang beranggapan bahawa dirinya tidak stabil dek mengandung? Teruk sangatkah ibu mengandung? Hatinya berdetik.

“Abang faham dan abang biarkan sebab abang yakin lambat-laun Ren yang dulu akan kembali. Abang yakin Ren beremosi sebab Ren sedang mengandung. Abang biarkan saja Ren buat apa yang Ren suka termasuklah ke klinik bersendirian padahal abang sangat teringin menemani Ren untuk sama-sama ke klinik. Sama-sama scan dan tengok anak kita, tapi abang tahan perasaan abang sebab abang juga sedar Ren masih marah dengan abang.”

Rania terpandang mata Ummar Qayyum yang sudah berubah warna. Ada urat-urat merah yang muncul di mata putihnya. Sedang menahan dirikah Ummar Qayyum? Hiba pula hatinya.

“Abang boleh bersabar dan abang boleh bertahan dengan kerenah Ren. Abang sanggup hadapi apa saja malah abang juga sanggup tangguhkan lawatan kerja abang ke Sweden untuk Ren. Abang tak akan pergi ke sana selagi abang tak yakin yang Ren benar-benar sudah stabil.”

Rania menolak tangan Ummar Qayyum di pahanya. Dia sudah penat dianggap tidak stabil. Dia benci kerana ungkapan itu mematahkan semangatnya.

“Ren stabil dan abang tak payah bimbang. Kalau abang rasa abang nak pergi ke Sweden esok pun, silakan, Ren boleh jaga diri dan anak ini sendiri. Tidak ada apa yang perlu abang risau!”

Rania bangkit. Dia menghampiri almari lalu dikeluarkan sehelai tuala.

“Ren, abang tak habis bercakap...”

“Ren nak solat!”

“Satu lagi abang nak pesan pada Ren...”

Rania sudah berada di depan bilik air, mendengar kata suaminya dia berpaling, “Apa?”

“Bukan Ren saja yang tertekan, Murni pun tertekan juga kerana dimadukan, kasihanilah dia...” pujuk Ummar Qayyum.

Rania tidak menjawab. Murni lagi! Rania mengeluh bosan. Dia membuka pintu bilik air, menutupnya dan kemudian terdengar bunyi sesuatu terjatuh diiringi jeritan Rania.

Berderau darah Ummar Qayyum!

Monday, March 18, 2013

Seluar Ibu Nandung




sepanjang tempoh kehamilan ni..koi tak pernah pakai maternity dress atau baju yang jenis yang jubah-jubah tu...pada koi sangat sukar mencari pilihan untuk baju seumpama itu. kebanyakan Maternity dress yang koi berkenaan akan kelihatan tergantung-gantung atau tak cukup inci sampai buku lali. oww...dan ia kelihatan amat sangat spastik apabila koi pakai. Tak suka..rasa macam tak kena gaya ajer. koi takdelah tinggi sangat tapi nak cari baju jenis jubah macam tu susah nak ada saiz. kalau ada pun harganya adalah ratus-ratus...macam tak sesuai pulak nak pakai baju harga ratus-ratus untuk rakyat berpendapatan sederhana macam koi ni. Yelah...yang muat melekat cantik kat badan nak kena abaya import...hahaha...

Dari jauh


So koi lebih banyak pakai blouse yang dipadankan dengan maternity pants. maternity pants ni ada banyak sangat jual kat JUSCO dgn jenama Scarlet. harga pun okaylah...RM29 ke atas. Untuk tambah-tambah koleksi seluar nandung..koi pun memulakan projek transformer iaitu menukar seluar slacks lama koi yang zipnya dah rosak..ke atas terbuka..ke bawah pun terbuka...dengan penuh geram koi potong tang zip depan tu...pastu cari tudung hitam lama2 yang dah outdated tu...kasik potong, taruk getah, jahit.

Dari dekat (abaikan lantai yang tak licin berkilat tu)
En. Suami koi gelak sakan tengok..dia kata sebijik rupa kantung kanggaroo di alam sebenar..di alam kartun dah macam poket doraemon...hahaha...yelah koi pun dah byk kali menolak offer dia nak belikan seluar nandung baru. bukannya nak pakai lama2 pun..beberapa bulan ajer ni....

Koi takde hal...blouse ngandung semua besar-besar dan menutupi bahagian kantung kanggaroo tu. jadinya takde masalah lah walaubagaimanapun rupanya..kira okayla tu..nasib baik jumpa tudung hitam..kalau jumpa tudung corak munge-munge lagi haru...

walaubagaimana huduh rupa dipandang mata..hakikat sebenarnya...ia sangat sdap dipakai. Ia meregang mengikut perut. huuu...memang sedap sbb tudung jenis kain lycra. tidak sedikit pun meninggalkan kesan getah malahan perut bernafas selesa dalam cuaca panas gini.


Beranak dengan sarung

mak koi cerita, masa koi dilahirkan, koi dilahirkan bersekali dgn sarung. Masa mak cerita tu tak terbayang pun macam mana rupa sarung tu. Tanya jugak macam mana rupa sarung tu...Mak cakap macam plastik, boleh nampak budak kat dalam, tapi tak clear la...lagipun mak cakap, masa koi bersalin tu waktu subuh. Rumah baru pindah 5 hari belum ada api letrik. Pakai lampu minyak tanah jer...jadi tak berapa nampak. Tapi mak kata bulat ajer macam telur...

"Habis tu mak pecahkan macam telur ker?"

"takla..bukan keras macam cengkerang telur tu...macam plastik..liut liut sikit...tapi orang2 tua kata tak boleh toreh pakai pisau...kena siat pakai kuku, takpun pakai gigi"

"Haaa...pakai kuku? Pakai gigi? Sapa punya mak?"

"Laaa...bidan punya la..."

Heh..mana la koi tahu...kot kot kena pakai kuku ayam ke, taring rimau ke....Oh yer..mak koi beranak kat rumah ajer. dibidankan oleh arwah jiran sebelah rumah sebab menunggu bidan kerajaan sampai sangatlah lambat. Yelah zaman tu, takde telepon. Bapak koi pergi panggil bidan naik basikal, nasib baik bidan datang naik motor...Bidan kerajaan datang potong tali pusat

Oleh kerana skang zaman dah moden boleh la koi google rupa sarung budak tu...owhh begini rupanya

Juga dikenali sebagai bayi bungkus


***Orang kata 'bayi bungkus' ni bertuah. pegang apa pun hasilnya menjadi. Nak gelak koi...sbb kalau dapat kat tangan koi...lagi cepat jahanam adalah.

Friday, March 15, 2013

Jangan masuk parit!

besok rumah family abang ipar ade jemputan kawen. Adik abang ipar kahwin. Esok juga En. Suami ada kerja sikit kat Batu Pahat, so dalam perjalanan pulang dari bandar batu Pahat bolehlah singgah rumah abang ipar kat Rengit.

Pekan rengit ni kalau dari pontian koi tahu jalan, senang jer...dr Pontian terus je ikut signboard ke batu Pahat. lepas dari Tampok tu, sampai la Rengit. tapi kalau dr batu Pahat, tak tau pulak nak ikut mana.

So, tadi SMS kakak.

SMS koi : "Ngah, kalau nak gi Rengit tu masuk ikut Parit Botak ke...masuk Parit Raja?"

Tau apa jawapannya...

SMS kakak : "Jangan masuk parit. Bahaya. Lainla kalau ko bawak rakit. Ikut jalan raya"

Huh..nyampah.

Dia kata dia pun tatau jalan..esok dah nak gerak dr Batu Pahat, call suami dia...mesti dalam kereta tido je ni...hehe..ngetuk dulang paku serpih.

Tolong jangan kongsi...dosa...

Terbaca komen Hetty sarlene berkaitan penyebaran gambar mesranya bersama teman lelakinya. Rasanya ayat 'Alhamdulillah u took my sins' tu macam tak kena...yang lebih kena lagi adalah...'u share my sins'. So lets MLM our sins. 

Ayoyo adik manis...kalaulah gambar mesra awak tersimpan kemas dalam dalam henfon, kamera, atau album peribadi di rumah...boleh la citer pasal 'STOLE'. Tapi kalau sendiri upload/share kat FB, kat Insta...jgn cakap pasal curik gambar la



Yang merah2 kat bawah ni Copy paste dr emel dolu-dolu..masih releven dibaca. Dulu setakat share dalam emel group..skang share di twitter, Fb, dan Blog. lgi dasat
 
Di zaman ICT dan Globalisasi ini kemudahan komputer dan email hampir ada pada setiap orang yang bekerja di sektor swasta juga kerajaan termasuk kepada pelajar-pelajar di kolej dan universiti. Kemudahan internet yang disediakan dengan kadar yang semakin munasabah menyebabkan kemudahan email ini menjadi semakin popular.

Pernahkah kita terfikir dengan satu KLIK sahaja akan menyebabkan mencurah-curah dosa yang di terima secara berterusan hingga hari kiamat.

Bagi memudahkan kefahaman, mari kita ambil iktibar dari kisah berikut.

Zack (bukan nama sebenar) baharu tamat belajar di sebuah universiti kemudian di terima bekerja di sebuah syarikat ICT. Setiap pekerja dibekalkan dengan komputer, alamat email dan internet akses bagi memudahkan urusan kerja seharian.

Zack mempunyai ramai kawan dan mereka berhubung melalui email setiap hari. Masa lapang Zack diisi dengan melayari laman web lucah. Kegemarannya ialah memuat turun (download) gambar-gambar lucah itu kemudian berkongsi dengan kawan-kawannya melalui email.

Dia mempunyai email group dan ada 50 alamat email kawan-kawannya di dalam emailgroup tersebut. Sekali menghantar email, dia akan menghantar kepada emailgroup tersebut.

Selain daripada itu dia juga suka menghantar semula email yang diterima daripada rakan yang lain ke emailgroup. Di antara kandungan email itu adalah kisah-kisah yang mengaibkan seseorang seperti video klip bercium di dalam lif, kisah seluar dalam yang dijumpai di dalam periuk di restoran mamak dan seumpamanya lagi yang kebanyakannya adalah perkara-perkara yang nafsu kita seronok membacanya dan melihatnya tetapi hukumnya adalah jelas haram di sisi syariat Islam.

Pada suatu hari ketika pulang dari tempat kerja Zack terlibat dengan kemalangan jalan raya dan kembali kerahmatullah di tempat kejadian.

Di dalam Islam telah sepakat ulama bahawa hukum melihat gambar-gambar lucah, menyebarkan fitnah, membuka aib dan seumpamanya adalah haram serta berdosa kepada mereka yang melakukannya dan menyebarkannya.

Untuk memudahkan kefahaman, katakan Zack telah mendapat satu dosa kerana menghantar gambar-gambar lucah kepada kawan-kawannya. Gambar tersebut diterima oleh 50 orang kawan-kawannya melalui email. Kesemua kawan-kawannya seronok dengan gambar tersebut dan meredai perbuatan Zack maka setiap kawannya mendapat satu dosa manakala dosa setiap kawannya itu juga diberikan kepada Zack jadilah sekarang dosa Zack 1+50 = 51.

Setiap kawan-kawan Zack itu pula menghantar gambar tersebut kepada 10 orang lagi, maka sekarang dosa Zack akan bertambah lagi menjadi 1+50+500=551 dosa. Kemudian setiap sepuluh orang itu menghantar lagi kepada 10 orang yang lain, bertambahlah dosa Zack menjadi 1+50+500+5000= 5551. Begitulah seterusnya.

Zack telah meninggal dunia, email nya masih lagi tersebar, maka akan berterusanlah dia mendapat dosa selagi email itu berlegar di ruang cyber hingga hari kiamat.

Begitulah iktibar yang boleh diambil daripada apa yang berlaku kepada Qabil, setiap jiwa yang mati dibunuh kerana  hasad dengki manusia, maka dosa membunuh itu akan juga sampai kepada Qabil hingga hari kiamat. Bayangkanlah berapa ramaikah jiwa yang telah kena bunuh dengan zalim sejak dari zaman nabi Adam hingga sekarang? Dan berapakah dosa yang terpaksa ditanggung oleh Qabil di akhirat kelak?

Berbalik kepada kisah Zack, katakan sebelum meninggal dunia, Zack telah sempat bertaubat, insyaAllah dosa manusia terus dengan Allah, seperti meninggalkan puasa, zakat dan solat fardu akan Allah ampunkan tetapi dosa kita sesama manusia hanya Allah akan ampunkan bila insan tersebut mengampunkan kita. Zack telah menyebarkan perkara yang menyebabkan orang lain berdosa, bagaimanakah dia nak mintak ampun dengan semua yang menerima email tersebut? Selagi mereka semua tidak mengampunkan Zack maka selagi itulah dia akan terima dosa hingga kiamat kelak.

Inilah malapetaka yang sangat besar pada zaman ICT ini. Dengan sekali klik sahaja saham dosa akan mencurah-curah sampai kepada kita.

Sebab itu setiap kali apabila kita menerima email, hendaklah berhati-hati, jika kandungan email itu adalah gambar lucah atau yang mengaibkan seseorang muslim lain atau sesuatu fitnah hendaklah segera dibuang dan jangan ada sedetik pun didalam hati untuk seronok dengan benda yang haram bagi mengelakkan kita dan pengirim dari berdosa.

Yang sebaiknya jika yang diterima itu haram, nasihatkanlah pengirim supaya bertaubat dan berhati-hati di masa-masa akan datang.

Sebaliknya jika kita menyebarkan perkara-perkara yang baik dan diredai oleh Allah SWT yang pastinya ganjaran pahala yang di terima pasti mencurah-curah selagi ia masih terus di sebarkan.

Wallahhualam


Wallahualam

Post Terhangat