Sunday, February 24, 2019

Tolong Jangan pandang rendah Pada pelanggan

sejak dah tua-tua ni...
Mama Yang jadi cepat merajuk pula...hahaha
Takde lah..gurau je...memang kuat merajuk pun sejak dari azali.

semalam, ajak suami pergi tengok-tengok handphone baru,
sekali dengan nak upgrade Maxis plan
Yang Mama Yan pakai ni,
pelan zaman Tok Kadok.

Masa masuk tanya dia pasal pelan
oklah..
dia bagi tahu pasal pelan pelan yang ada
Lepas tu bagitahu la salesgirl tu,
nak cari henpon sekali dengan kontrak pelan tu
Mama Yan dah bagitahu nak Samsung
Tanya dia S10 dah keluar ke belum,
dia kata mana ada sampai S10,
S9 adalah..
tapi dah lama takde stok.

kemudian satu-satunya Samsung yang ada dalam kedai dia,
Galaxy Note 9 aje. 
Salesgirl tu pun cakap...
"Samsung Note 9 ni mahal tau...
kalau nak murah
yang kat sini banyak...
dia pun tunjukla
Ha..yang ni xiomi ada...hua wei ada...
paling ramai sekarang orang pakai Oppo"

Mama Yan kata la...
Samsung senang sikit nak pakai..
"Eh...tapi mahal sangat tu"
Padahal takde pun bagtu nak cari henpon murah
Eh..bukan nak berlagak,
cuma memang hp yang sekarang ni kurang memudahkan kerja.

Mama Yan terus pergi kat Samsung Note 9 tu...
sambil try test guna
SG : Akak nak buat apa pakai Samsung Note ni...
sekarang ramai orang pakai Oppo je..nak selfie pun cantik,
kalau saya, saya memang tak beli Samsung ni

MY : Nak pakai untuk buat kerja, yang ni senang sikit kot

SG : Ooo...akak kerja ke? kerja apa?

MY : Akak meniaga

SG : Haa...kalau macam tu, Oppo pun sesuai juga...
nak ambil gambar produk pun cantik

Ya ampun...
geramnya dengar...
bukan semua perempuan suka sangat sangat selfie 
Keutamaan adalah,
henpon untuk buat kerja
kadang2 nak kena copypaste..
kadang2 nak email sana sini,
nak sketch plan,
nak edit screen shot,
nak macam macam lagi lah

Fikir fikir punya fikir
terus tak jadi beli kat situ.
Dia punya underestimate,
geram aje dengar.
Beria ia betul suruh beli henpon Oppo tu kenapa?
dah kalau customer taknak, memangla dia taknak.
paling tidak, tanyala bajet customer tu berapa?
Jenama apa?
kalau dia tanya option baru la ko gigih cadangkan yang lain..

Semalam kan hari Sabtu
Mama Yan baru balik dari pasar
pakai seluar track, tshirt dengan selipar je,
nak tenyeh bedak pun tak sempat
So, MY faham yang muka Mama Yan ni memerlukan bantuan beauty filter kalau nak upload kat FB.
Tapi jangan la kita pukul rata semua orang beli henpon buat selfie dik.

Suami Mama yan masuk kedai..
"Ha..dah pilih dah nak yang mana?'
Tak jadi la beli kat sini...
Panas!



Friday, February 22, 2019

Tragedi Februari






Semua yang di atas adalah keratan keratan berita yang melibatkan kanak kanak dan bayi sepanjang bulan Februari 2019.
Sungguh sungguh memilukan hati seorang ibu.

Benda dah jadi...
Kecam pun tak guna..
Sesungguhnya tiada siapa pun yang ingin perkara perkara di atas terjadi.
Kita yang masih bernasib baik ni...
Sentiasalah berhati hati...
Ambil langkah langkah yang sewajarnya...

Nampaknya Mama Yan kena tingkatkan kawalan keselamatan kat rumah.

1. Pastikan rumah berada dalam keadaan yang kemas.
Simpan semua peralatan bahaya di tempat yang sesuai.
Kalau boleh, simpan di tempat yang tidak mudah dicapai oleh kanak kanak kecil. Anak anak tengah lasak ni. Semua tak reti berjalan. Berlari aje kerjanya.

2. Jangan sesekali tinggalkan kanak kanak tanpa pengawasan orang dewasa. Mama Yan Solat kat ruang tamu kalau takde orang nak jagakan anak. Solat la keliling mainan, anak anak dan lagu shark doodoodoo

3. Pastikan keadaan lantai kering dan bersih. Tumpahan air, minyak, bedak boleh menyebabkan lantai licin. Bersihkan permukaan lantai bilik air dari sisa sabun. 

4. Pastikan anak anak berada di dalam rumah/kereta ketika hendak parking kereta atau keluarkan kereta dari carporch. Seterer mana pun mama dan ayah bawa kereta, kalau budak kecik berada di titik buta  memang tak nampak. Manalah tahu juga kan...tiba2 kaki terkejang  tertekan pedal minyak . 

5. Pastikan dapur memasak kukuh dan tidak bergoyang goyang. Periuk atau kuali tidak mudah tumpah atau terbalik dari atas tungku dapur.
Dan kalau ada makanan sedang di masak atas dapur, tegah anak anak dari ke dapur. 
Anak buah suami pun pernah terjatuh dalam periuk besar rwbus ketupat raya. Beraya di hospital la tahun tu. Mujur la bahagian depan badan sahaja yang melecur

6. Banyakkan zikir dan istighfar. Semoga Allah melindungi kita dari bisikan bisikan syaitan. Semoga kita menjadi ibu bapa yang penyanyang kepada anak anak. 
Mama yan memang garang dengan anak anak. Susah nak hilang dah..hehehe.
Tapi sekarang dah kurang la melepuk lepak anak. 
Cuma banyak bebel aje la...


Mama Yan cadangkan...
Kalau rumah yang berada dekat dengan jalan raya utama ni....
Buat satu tembok perlindungan di hadapan rumah
Sekurang kurangnya, 
Kalau ada kereta terbabas...
Tak terus masuk ke dalam rumah dengan impak yang kuat.
Seram baca kereta terbabas masuk rumah, hentam dinding, dinding menimpa ahli keluarga
Terus teringat rumah mak abah kat Raub. 
Pintu masuk utama, betul2 depan simpang tiga.



Semoga adik Azalea Hani cepat sembuh dari kesan melecur.
Kena minyak panas merecik goreng keropok lekor sikit kat tangan dah bukan main pedih lagi...
Tak terbayang bagaimana rasanya melecur seluruh badan.
Semoga cepat sembuh sayang...


Jaga Kata-kata

Thursday, February 21, 2019

Tips Simpan Dokumen


Ada sesetengah resit,
Cepat betul pudar warna kan...
Masuk dalam file diam diam pun...
Tulisan dia hilang.
Punya lah geram...

Maklum lah...
Dah start dah nak declare cukai pendapatan ni...
So segala resit resit..
Semua nak di compile
Nak kira untuk buat tolakan.
Kalau dah pudar tulisannya.
Dah tak boleh la nak jadi bukti perbelanjaan.

tips ni dari page
saya ss je

alhamdulillah 
lepas follow page Anas Sazali ni,
dokumen lebih teratur
mudah mudahan takde masalah la
nak declare cukaipendapatan nanti


Tuesday, February 19, 2019

Pakai baju warna apa?


haishh..
boleh percaya ke ni?
Tapi...
bila tengok semula jadual tu...
semalam dengan sendirinya terpakai uniform ofis warna putih
hari ni pulak...teragak nak pakai baju kurung purple, tudung nude pink 
hari ni Mama Yan penuh kasih sayang, mencintai dan 
penuh emosi kasih dalam perhubungan manusia...

iyo sangatlah tu
baru je bebelkan bos @ suami Mama Yan pagi tadi.
nak buat macam mana..
bini dia pemalu dengan orang baru kenal
dengan suami dia ajelah kalau nak bebel pun

gambar filter 44x ye.


Monday, February 18, 2019

Season Pass Stadium Larkin

Assalamualaikum...

Ni tahun kedua Mama Yan beli pas bermusim 
Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Larkin.
Kiranya,
Kalau ada pass ni,
Datang dan terus aje duduk kat seat kita,
Tak payah berasak asak cari tiket dah.
Tapi valid untuk semua game di stadium Larkin sahaja la...
Game kat stadium lain,
Kena la cari tiket juga.


Selain dapat tiket untuk satu musim,
Dapat juga souvenir lain macam kat bawah ni

Dapat keychain gambar logo JDT,
Dapat tali yang orang sangkut nametag kat leher tu...
Entah apa namanya nak panggil
Lanyard kot...
Mama Yan kerja takde pass,
Takde nametag,
Tu yang tak tahu apa nama benda tu..
Lagi satu tu magnet peti ais. 
(Fridge magnet)

Ni pula jersi 'Home' untuk tahun 2019
Saiz S pun besar.
Sebab beli tiga pass,
So dapat 3 set la semua cenderahati ni.
Jersi selai lagi bagi adik ipar Mama Yan.
Selai lagi bagi ex-bos Mama Yan.
Mama Yan?
Taknak lah...
Mama Yan orang Pahang.
Kita pakai jersi Aras Kuasa.
Hehehe

Semua cenderahati tu..
Diletakkan dalam beg comel ni.
Tahun lepas letak dalam paper beg aje.

Tahun lepas dapat pen, diary, dengan klip utk neck tie.
Tersimpan rapi je semua.
Sayang sayang sangat..
Lama lama habis setahun.

Mama Yan pernah la pergi sekali dua...
Yang seronoknya,
Stadium Larkin ni bebas asap rokok tau
Sebelum masuk stadium
Petugas akan kutip semua lighter
Bersih dan fresh ok.
Selesa pun iye...
Family friendly gitu.
Marshall pun ramai untuk kawal penonton supaya patuhi undang undang,
Tidak merokok,
Tidak bergaduh,
Tidak melontar objek,
 Dan
Tidak bakar mercun.
Cuma...
Bahasa dan kata kata je belum friendly lagi.
Hehehe...
Yang tu di luar kawalan Marshall

Lelaki Johor





Sunday, February 17, 2019

Pondok kecil tepi kebun getah: Part 2

Assalamualaikummm...
Semalam..pagi pagi dah keluar rumah
Pergi Sagil.
Sekarang kalau pergi Sagil dari JB, 
dah tak lalu pekan Tangkak,
Turun kat tol Bukit Gambir
Lepas tu,
Sampai la Sagil.
Dekat je.

Sedih juga la tak lalu Tangkak,
Sebab Tangkak banyak kedai kain,
Tak beli pun takpe,
Cuci cuci mata pun dah cukup buat mata jadi segar.

Mama Yan bawa anak sulung je tolong mengecat,
Yang nombor dua taknak ikut.
Panas katanya...
Amboi sangat anak anak zaman sekarang.

Alhamdulillah
Berjaya juga cat.
Tapi cat tak cukup pula.
Pakai cat lebih lebih je...
Cheapskate kannn...
Jadilah ada banyak tone warna
Sebabnya,
Ada part yang letak sealer,
Ada yang cat,
Ada yang varnish..

Sambil buat kerja panas panas tu...
Minum air sejuk peluh peluh...
Fuiyyoo..
Memang tak rasa penatnya.
Siap beli ais kat 7e.
Berguna juga termos saiz kecik ni...
Termos yang saiz besar asik bercuti aje atas kabinet.

Lepas ni,
Kita buat pondok kat kebun Sekijang pula.
Insyaallah.


Friday, February 15, 2019

Pondok kecil tepi kebun getah

Assalamualaikum...
Ternyata azam post entry setiap hari gagal.
Hari ni dah 16 hb 2...
Tapi baru 2 ke 3 entry je yang berjaya dikarang...
HaHaHa...

Memang superbusy.
Last week minta workers buatkan pondok kecil untuk berteduh time kat kebun Sagil.
Senang sikit kalau time time nak meracun ke...
Nak membaja ke...
Ada la tempat nak berteduh.
Siap tong air sekali untuk kemudahan meracun.






Masa yang diambil untuk mendirikan pondok ini lebih kurang sehari setengah dengan tiga orang pekerja.
Pakai kayu lebih lebih buat kerja Masjid Kluang hari tu..
Lawa kan...

Cadangnya esok nak cat.
Tapi ni cadangnya aje lah..
Tak tahu jadi ke tidak.
Sebab panas betul sekarang ni...
Takut tetiba berubah fikiran.

Semoga diberi kekuatan mental dan fizikal 
Nak jaga anak,
Jaga kerja,
Jaga kebun,
Hihihii...




Sunday, February 3, 2019

Diet Oh Diet!

Susah jadi suami yang isterinya poyo ni tau...
Beria ia kata nak diet,
Taknak makan nasi,
Taknak makan malam,
Tapi bila suami keluar beli makanan,
Tak belikan bini sekali...
Huh..
Sentap sampai pagi...
Lagi sentap bila suami makan sorang sorang,
Tak pelawa,
Apatah lagi nak bahagi dua,
Pakej merajuk siap muncung sedepa.

Tapikan,
Bila bini beria ia nak diet,
Suami tetap ajak teman makan,
Suami belikan makanan,
Suami masakkan makanan,
Kemain lagi suami dipersalahkan,
Tak sokong isteri diet la...
Tak bagi moral support kat isteri nak diet la...
Pemusnah diet isteri la...
Hihihi...

Ada tak yang macam kat atas ni?
Suami/isteri sepatutnya bagi sokongan kat pasangan yang nak berdiet,
Bukan untuk kurus semata mata,
Tapi juga untuk kesihatan kan...
Kalau pasangan tengah diet,
Janganlah makan nasi goreng feveret pasangan kita depan si dia yang tengah berusaha nak turunkan berat badan.

Susah betul nak turunkan berat badan ni.
Sekarang 74kg,
Aim nak turunkan jadi 65kg sebelum raya. 
Lost 2 kg je setiap bulan
Harap harap boleh...
Caiyokk!!!



Saturday, February 2, 2019

Kisah awal tahun


Alhamdullillah...dah sebulan kita melalui tahun 2019. 
Mama Yan dah kurang update Fecebook,
Tapi tetap skroll Facebook utk melihat gosip gosip dan membawangs.

Okay...jejoms kita semak...
Sama tak berita viral di newsfeed kita

 1. Elfira selamat bernikah dengan pilihan hatinya.
Tapi Habib Jewels salah throwback gambar untuk ucapan pengantin baru.
 Diletaknya gambar Elfira bertunang dengan Pian...
Halah..halah....sian Pian


2. Kes finalist dan juara dewi remaja berpesta arak dan ditarik semula kejuaraan.
Malahan dilarang sama sekali menggunakan 'finalist dewi remaja'.
Alhamdulillah kerana sehingga ke saat ini masih dilindungi Allah drpd berkunjung ke kelab malam.
Masih lagi pahat berbunyi apabila para bekas finalist mencari cari,
Siapakah yang menjadi dalang penyebaran gambar tersebut.
Sendiri kena ingat dik...
Zaman sekarang kat mana mana pun ada kamera,
Silap langkah walaupun setapak, viral terus.

3. Kumpulan Caliph Buskers buat mashup lagu lagu yang berjaya ke Final AJL
Rata rata ramai yang terkejut kebolehan vokal Nadira..



4. Kes Ipc batal Malaysia sebagai tuan rumah. 
Ini berikutan dengan prinsip tegas PM melarang atlit Israel masuk ke Malaysia
Diskriminasi katanya..cehhh!
Ini solidariti kpd Palestin laaa.
Saya bangga walaupun masih makan mekdi sekali sekala.


5. Emma Maembong kantoi bercuti dan freehair dalam gambar dengan abang kpd seorang menteri.
Macam mana gambar peribadi korang boleh terlepas ke tatapan umum?
Korang letak kat mana?
Pasni jaga elok elok ye...
Jaga diri...jaga peribadi...jaga aurat dan batas pergaulan juga.

Lepas tu keluar pula rumours,
katanya diorang dah bernikah.
Alhamdulillah kalau betul dah bernikah.
tapi kalau belum,
cepat cepat la halalkan

6. Kisah Ustazah hilang.
Lepas tu ditemui di Kuala Kangsar.
Kemurungan akibat ulang alik sekolah dan rumah yang jauh katanya.

7. Penyanyi bergenre nasyid Suhaimi Saad aka suami Ina Naim tak bagi anak sekolah dan menolak vaksin.
Tak percaya kepada sistem pendidikan negara &
tak percaya kepada vaksin, katanya.
bagi Mama Yan,
kalau sekalipun tak percaya dan menolak,
tak perlu war-warkan plan kita kepada orang,
kita diam-diam saja.
Kalau ada orang tanya
"Saya ada perancangan saya sendiri"
Ramai je orang homeschool anak anak mereka.
Bertaki dengan orang Malaysia,
sampai kucing bertanduk pun tak habis.

8. Pokok petai menangis!
hahaha...
doktor bagi ubat kemain lagi korang buang,
air kencing serangga pulak pergi tadah minum.

9. Datin Shahida D'Herbs dan suami serahkan semula anak angkatnya kepada ibu kandung.
takleh baca sangat kisah ni.
nak nangis sama.

10. Linda Rafar mahu saman 100 netizen.
Ha...lain kali jaga hati, mulut dan lidah.
daripada mengeji orang,
baik skrol laju-lahu.




 11. Pertabalan Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Syah sebagai Sultan Pahang, 
dan anakandanya Tengku hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah dilantik menjadi Tengku Mahkota yang baru. Wahhh...meletop la ovari gadis gadis.



12. Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah yang dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16.
Daulat Tuanku!



Friday, February 1, 2019

Jumaat yang Berbahagia



Setiap hari Jumaat kat Johor kan cuti sekolah...
So, hari Jumaat la Mama Yan ada masa nak masak macam macam kat anak.
Jumaat lepas dah masak mi kari
1 kilo setengah mi kuning dan setengah kampit bihun habis licin.
Nampak benar anak ramai ye...
Minggu ni try masak nasi minyak guna beras basmathi kohinoor Faiza
Agak kering sikit...
Kurang minyak agaknya.

Lauknya kari ayam bahagian tulang tulang...
Ayam goreng rempah dan sayur kacang buncis goreng dengan hati dan pedal ayam
Tapi ayam goreng rempah Mama Yan tolak jauh jauh
Takut tertambah nasi pula nanti
Tengah jaga makan ni...
Hahaha...

Kerja sekolah anak banyak pulak tu...
Malam tadi dah selesaikan yang hudak budak tadika punya.
Tapi,
Pagi tadi cikgu dia mesej suruh tulis nama dan tarikh di setiap helaian
Hahaha...
Belum siap lagi la maknanya ni...
Tadika zaman sekarang siap ada kerja sekolah.
Zaman Mama Yan,
Datang sekolah untuk main dan makan je😊😊😊

Lepas ni nak ajar abang abang nya pula buat kerja sekolah
Banyak wish list dan waiting list di setiap hari Jumaat yang berbahagia ini...
Mudah mudahan sempat nak urus segalanya...
Wassalam

Post Terhangat