Saturday, April 27, 2019

Blog Archive & Pasang Surutnya

Ini adalah blog archive untuk aziankhalil.com sepanjang 9 tahun berblog.
Penuh pasang surut tenggelam timbul
Hihihi
Mama Yan mula berblog tahun 2010.
Masa tu kerja kat tapak pembinaan Fakulti Sains Komputer, UTM 
under syarikat pembinaan tersohor kat JB...Technochase Sdn Bhd.
Masa ni anak Mama Yan 2 orang.

Reading blog list dari zaman 2010 Mama Yan dah tapis awal tahun hari tu...
Dah ramai yang bersara nampaknya...
ada yang dah bertahun tak update entry..
ada juga yang blognya udah ghaib...
ada juga yang masih aktif dan kami kami dah melarat bertegur sapa di Facebook dan twitter..
Mama Yan?
dekat 10 tahun bertahan ada blog,
tapi maintain la sebagai blog suhu bilik...hahaha
baru sekali pernah cash out Nuffnang..
sila la benamkan cita cita nak kaya raya dengan iklan Nuffnang okay.
sehari nak dapat 100 unique view pun tak haderrr



Bilangan entry paling merudum adalah sekitar tahun 2016 dan  2017.
Tahun 2018, Restart enjin sekitar bulan November dan Disember.
Masa 2016 - 2017 tu,
Mama Yan memang lebih banyak berada di facebook
Masa tu memang gila dengan projekSTG
Ala....jual jual produk Sahajidah Hai O Marketing,
hingga ke saat ini MY masih aktif sebagai ahli,
Masih menjadi pengguna produk Hai O..
Cuma nak jadi usahawan berjaya tu...susah sikit...
Sebab suami MY memang dari awal dan hingga saat ini masih menentang minat MY dalam arena jualan langsung.
So, nak buek cemano?
Kerja yang tak diredhai suami memang payah nak pergi..
Tapi kalau minta bajet nak beli produk Hai O,
Nak beli sabun hijau ke, Bio Seleza ke, kolagen ke, kopi ke, lipstik sekalipun...
siap pernah bagi duit suruh beli korset Premium beautiful tu ha....
Bajet memang tak pernah tak dapat,
tapi kalu nak jual2,
memang dia selalu bg jelingan makrifat...hahaha
So, slowly kita undur diri la...
Redha suami dunia dan akhirat lebih utama...

Cita cita untuk 2019, seminggu nak ada 10 entry.
tapi ke laut juga lah gayanya..
takpelah..
setakat mana yang ada je lah Yan oiii...
Masa terlalu berharga, 
tiap minit dan saat ada aje yang nak kena buat.
Ni akaun tak siap lagi ni nak declare Hasil
Hihihi...
Okaylah..
jom sambung isi sebutharga...
salam permisi
wassalam





6 comments:

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Haha... betul tu Yan.
Kita cari je lah redha suami.

ajumohit said...

samalah yan, nak konsisten menulis blog tu memang mencabar, tulis sekadar suka-suka tapi kalau ada job tu kira bonus la yan

AzianKhalil said...
This comment has been removed by the author.
AzianKhalil said...

Kalau menulis dalam ni...suami tak kisah. Dia kata malas nak baca...tulis la apa je nak tulis.

Azian Elias said...

akak pun ada pasang surut nya.. rasa2 nya tahun 2015 kot the worst. terkesan dengan kehilangan seorang kawan.

Siti Awadah said...

assalamualaikum, jangan mudah give up ye mama yan! 1st time dtg sini saya terus follow.. salam kenal dari saya Sis Hawa

Klik! Klik!

Post Terhangat