Sunday, April 28, 2019

Biskut kembang sedulang



















Gambar di atas ni Mama Yan dapat dari satu perkongsian di FB,
Sedih kalau jadi macam ni..
Ye lah kan...
Harga bahan bahan buat kuih ni bukannya murah,
Masa lagi, power oven lagi...

Mama Yan banyak kali buat kek tak jadi...
Jadi macam bingka,
Jadi macam apam balik,
Jadi macam macam lah...
Tapi alhamdulillah...
Biskut raya masih lagi jadi biskut raya,
Belum pernah jadi lempeng.

Biskut raya kegemaran Mama Yan adalah jenis jenis macam kat atas ni la...
Ada yang panggil biskut dahlia,
Ada yang panggil biskut bunga cina,
Kalau raya rumah orang,
Mesti cari biskut biskut yang macam ni.
Yang macam tat nenas ke, almond london ke, tat cadbury ke..tak suka sangat.

Suami dan anak2 pulak suka makanan bergoreng,
Maruku, tempeyek, kuih siput, kerepek kerepek,
Memang betul betul hadap.
Tak raya pun beli..

Tahun ni...memandangkan cuti sekolah jatuh pada seminggu sebelum dan selepas raya...
nampaknya adalah masa nak buat kuih raya sikit..
Tapi kuih raya kena buat kat kampung..
sebab kat kampung oven besar,
Rumah Mama Yan ni,
oven besar lubang idung.
Satu bancuhan aje, dari sahur sampai berbuka baru nak siap...
ok...itu penambah perisa.

Kalau anak dah besar2 nanti..boleh la Mama Yan minta oven besar....hahhaa
Okay berangan itu free...
Maka ..jom sambung berangan


3 comments:

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Sian ye. Tp bagus!. Suka mencuba. Tip supaya semprit tak kembang setaman.. lepas cetak, rehatkan dulu adunan, biar dia keras. Lagi bagus letak bawah kipas. Bila dah keras.. baru bakar. Waallahualam..

AzianKhalil said...

Haaa...semperit. puas fikir apa la nama biskut raya saya suka tu.

Sha Mohamed said...

lamanya sha tak buat biskut raya.. Tambah tahun ini rasa tak ada hati nak beraya.. huhuhu..

Klik! Klik!

Post Terhangat