Thursday, April 25, 2019

Do you like spaghetti ?


Yang kat atas ni Spagheti Aglio Olio untuk 25org makan.
Mama yan order ni untuk breakfast masa site meeting kat site bulan lepas.
Siap lauk ayam 3 Ekor / 25pcs quarter Leg + Blackpepper Sauce + Salad
Harga RM300
Okayla tu kan...
datang meeting kena marah marah dengan klien
dengan konsultant..
lepas tu makan..
lupa pasal kena marah yang tadi.

meeting projek ni pelik sikit,
tiap bulan punya meeting,
akan tukar-tukar tapak projek
so, bila site tu jadi tuan rumah,
makan minum waktu meeting akan ditanggung oleh kontraktor tuan rumah meeting
tak kisah nak idang apa apa..
takde syarat pun...
ada rezeki lebih..
kita hidang lebih...

air pulak Mama Yan buat sendiri je...
Teh O panas dan sirap ais.

Mama Yan order kat kerani ofis MY je.
kita sokong la anak anak muda berniaga,
asalkan,
waktu kerja hakiki, dia buat kerja dia...
jangan berniaga waktu kerja pulak...

Lagipulak...makanan yang dia jual memang sedap...
Tak lokek asam garam rempah bumbu semua...
So, memang puas hati lah ...

kat bawah ni antara diorang punya menu
boleh search "Sedap Malaya" kat Facebook
diorang ada buat penghantaran juga,
tapi sekitar Skudai ajelah kot..

MY suka sebenarnya makan spagheti ni...
memang suka betul.
tapi...
Suami Mama Yan tak suka langsung spaghetti.
Dia kata " Menda mi keras kejung tak serap bumbu"
Hahaha...
Tak western langsung suami MY ni tau...
Lidah dia 'pure javanese'.

Pernah la beberapa kali cuba masak spageti kat rumah..
ternyata sememangnya takde sambutan
Gigih la ngabiskan sorang2..
Anak2 pun sama komplot dengan ayah...suka mi kuning.

Sebab takde orang suka makan spageti kat rumah,
kalau rasa teringin nak makan, kita order ajelah

"benda boleh order, buat apa masak"













5 comments:

Sura Mohd said...

pagi lagi datang membalas kunjungan and done followback.
tak tahan tengok semua tu..sedapnyaa..mengodanya..huhu..

norhidana said...

waduh2 sedapnya...
kita ni peminat western... nsb anak n suami layan je, sedap lak nengok menu2 tuh... lagi2 yg beger tuh

AzianKhalil said...

Memang sedap sedap semuanya. Nasib baik takde geng makan..kalau tak...makin lebar la.

AzianKhalil said...

Kita sorang je yg minat western...yg lain peminat ayam penyet...hahaha

Sunah Sakura said...

ya Allah nampak sedap semua ni! kalo tekak da tak bole terima, tak bole buat apa..hahaha

Lazada

Post Terhangat