Tuesday, April 2, 2019

Tender Deposit Bank Draft

Throwback kisah semalam untuk tender yang nak hantar pagi tadi,
Tender ni nak suruh sertakan tender deposit dan earnest money dalam bentuk bank draft la pulak..
Semalam gigih la pergi bank,
Dah la parking payah nak dapat,
Boleh pula salah bawa buku cek...
Ya ampunnn...
Apalah cuai sangat ni.
Call husband suruh hantar buku chq,
Tapi Cik Piah yang datang hantar...

Sebelum ni dah pernah buat untuk wang amanah MBJB,
Tapi lupa pulak caranya.
Jadinya, kena la Mama Yan up satu entry supaya kalau kena buat lagi,
Senang nak refer.

1. Jangan lupa bawa buku cek, pastikan buku cek yang betul ok. Kalau taknak bawa buku cek, bawa je duit cash ikut nilai bank draft yang nak dibuka.
2. Bawa cop company, dan ic jangan sesekali lupa bawa.
3. Bawa muka depan tender, atau apa apa yang berkaitan dengan urusan bank draft. 
4. Isi borang yang diberi, so jangan lupa bawa pen sendiri
5. Nak buat ni ada caj ye...tak ingat kiraan. Tapi untuk untuk RM 5000 bayar RM5.65


Tak tahannya sakit kepala...nak rest jap...so terpaksa la stop dulu kat sini...
Mungkin akan bersambung selepas ini...


2 comments:

  1. Ha a kalau tender mmg selalunya client mintak bank draft. Barulah nampak bersungguh nak masuk tender kan.... tp the other side mcm menyusahkan je kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah...sebelah client nampak ok la...tp untuk kita kontraktor ni...aduhai...belum dapat dah kena letak duit

      Delete

terima kasih la weiii...

Post Terhangat