I will follow youuu....

Sunday, May 31, 2020

Landskap rumah


Asalnya nak pindahkan anak anak pokok aloe vera ni aje....
Tanah dah habis tu yg ajak pergi nursery...
Tanah kat kawasan laman rumah ni semua jenis tanah liat.
Dicangkul melekat sebuku-sebuku kalau lembab atau basah..
Kalau kering pulak, langsung tak boleh dicangkul...mantol. 
Tapi tu lah...
Walaupun niat nak beli tanah je....
Terlebih lebih la pulak pembeliannya...

Pergi nursery.... beli tanah 10 beg...
Beli bunga pulak dalam 15 pasu gitu...
Ya ampunnn....
Memang gelojoh lagi boros...

Simpan kat sini...
Senang nak trace tarikh pembelian pokok pokok hehehe

Pokok aloe vera asalnya dari satu pasu je...
Dah penuh sangat... 
Tu yang pindah pindahkan.

Kanan pondok

Kiri pondok


Pokok bidara pun MY beli...
Nanti kita nak biakkan....
Tengok ramai kawan-kawan FB yang tanam pokok bidara...
MY pun angkut la sepokok...

Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih hamba lurutkan,
Hilang emak hilang saudara,
Kerana kekasih hamba turutkan.

Eh...ini ke buah bidara yang disebut sebut dalam pantun Melayu?
Pokok bidara yang dikatakan boleh mematahkan sihir tu ini ke?


Tulip Siam katanya...
Tapi Mama Yan tengok macam pokok kunyit aje....
Lepas tu Google...
Ohhhh.....dia memang geng-geng kunyit pun...
Nama surat beranak dia Curcuma petiolata...

Yang ni pula,
Nama kampungnya bunga kembang api dan nama 'glam'nya blood lily.
Dia ni dari kumpulan amaryllis...
Geng geng la dengan bunga lily putih, bunga bakung & tembaga suasa...


Anak anak cakap bunga Mama macam Covid 19...
Aah..ye...jadi jangan usik...pahamm?


Beli sepasu succulent....letak atas meja kerja kat bilik Mama Yan.










7 comments:

NA said...

Cantiknya tanam an di keliling rumah.

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Wahh!!.
Teruskan!. Moga Jadi inspirasi pada kami.

Puan Hazel said...

Keep it up mama yan. Suka tengok orang gardening 😍

Ana Jingga said...

musim PKP ni ramai rakan2 fb bertanam kan, cantik pokok bunga api tu pokok lama tu kan :)

Nor Azimah Ali said...

Wah rajinnya mama yan, yelah apalagi nak buat musim2 pkp ni kan.

ShirVen said...

saya berminat nak tanam2 bunga tapi jari pembunuh especially succulent. org subur je tanam, aku nyer mati

ct cheery said...

Ha'ak blood lily tu mcm COVID-19 hehe

Klik! Klik!

Anugerah Entry Popular