Suara awak tak sedap - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Monday, March 15, 2021

Suara awak tak sedap

 Bila tengok Nabila Razali menyanyi malam tadi,

teringat pula Mama Yan masa sekolah rendah dulu.

Cikgu subjek Muzik panggil sorang sorang kat meja cikgu ..

Lepas tu cikgu minta nyanyi sebuah lagu dari buku teks untuk ujian..

Jadi Mama Yan pun pilih lagu pengakap Muda..


Liriknya begini:

Taat pada perintah Tuhan,

Raja dan Negara,

membantu tiap masa,

Patuh undang-undangnya...

Kami ahli pengakap Muda,

Buat sehabis baik...


Mama Yan start nyanyi..

"Taat pada perintah Tuhan..."

Cikgu pun cakap..

"Dahhh...stop stop..

suara awak tak sedap.

pergi duduk ."


Perrghhh...

Sangat terkesan dengan penghinaan tersebut.

Untuk budak budak...

Bukanlah suara sedap yang penting...

Tapi komitmen dia boleh ingat lirik lagu dalam buku teks,

Boleh membaca dengan baik,

Boleh ingat note..tanda2 note...

sekolah rendah kott...

Ko nak cari artis ke cikgu weh..

Ingat lagi nama cikgu tu Syed J***l.

Dia memang ada sikap pilih pilih kasih kat budak budak yang comel dan anak anak orang berada..

Bukan menuduh...

tapi bertahun tahun kot memerhati..

dia sorang je guru muzik kat sekolah tu...

Sampai sekarang...

tak rasa nak hargai pun ilmu yang cikgu tu berikan..

Ilmu muzik je kot..

sepatutnya subjek Muzik tu jadi imbangan kepada mental dan emosi kanak kanak...

Tapi...

Bila dia masuk kelas tu..

Kita jadi menyampah nak mammm...



Nabila Razali ni gigih betul..

Walaupun berkali kali menyanyi sumbang,

dikutuk, dikritik, dikecam, dipersenda...

Tapi tetap berani berdiri di atas pentas...

Tabik betul dengan kegigihan dan keberanian Nabila ni...

Semoga beroleh kejayaan suatu hari nanti ya dik...

Mama Yan punya trauma dengan penghinaan Syed j***l tu...

Teringat sampai tua tauu...Of kos la keberanian MY takde suku pun daripada dak Nabila ni..

Nak nyanyi kat Smule tak tunjuk muka dan tak pakai nama sebenar pun pikir banyak kali ...hahaha






30 comments:

  1. Kalau cikgu tu masih hidup, mama send je video clip mama nyanyi lagu 'Gila' kat dia. Pas tu cakap kat dia, "See my level?" 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak berminat nak tqhu twntang cikgu tu lagi dah.

      Delete
  2. Maafkanlah kesalahan dia.
    Ingatkan kenangan yang indah2 aje

    ReplyDelete
  3. Semoga Nabila Kuat lah dengan umpatan netizen ini..
    Ada je cikgu macam tu kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tublah..semoga dia kuat dan berusaha cari kelas nyanyian

      Delete
  4. dia ni sejenis gigih, lirik sedap dah tapi macam tak sesuai dia bawak lagu ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni hael pun bagi la pagu yg senang sikit kat dia... kesian pulak.

      Delete
  5. nasib kita dl suka muzik... takat main alat2 muzik tu ok lagi, tp nak msk koir awal2 kena reject jgk...

    tapi nasib la cikgu muzik kita sporting.. tu yg kita rasa walau sore kelaut tp tetap jgk nak menyumbangkan suara hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya takde masalah nak main alat muzik, rekorder, melodian, semua ok. Tapi menyanyi adalah tentang bakat...hahaha

      Delete
  6. cikgu zaman kita dulu memang lain macam kan MY, kadang cakap ikut suka je kalau sekarang compom dah viral kene kecam heheheh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah kan dana...cikgu dulu dulu... tak berapa terlatih agaknya. Tak macam sekarang

      Delete
  7. Teringat nyanyi lagu sumbang yang amat masa darjah 5 masa perhimpunan. Hahahah :)

    ReplyDelete
  8. kita dgr je,tak tengok pun. tapi kesian dia. Apapun tiap kali AJL mesti ada je kena troll. done worry.

    ReplyDelete
  9. Benda macam ni akan buat kita rasa down betul dan ingat sepanjang hidup kita. Lagilah masa tu kanak-kanak. Semoga kakyan terus kuat dan lupakan kenangan tu. Kesian juga dengan Nabila ni bila ramai yang kecam, dia berusaha tapi orang xsudah sudah kecam dia. Emosi terkesan sangat macam tu.

    ReplyDelete
  10. she is trying her hard to be success

    ReplyDelete
  11. Bab Cikgu tu..time sekolah pun Saya ada Cikgu macamtu..terAsa di hati sampai sekarang..salah satu faktor menyebabkan sy rendah diri..tapi nabila ni pekej lengkap..should be ok for her..insyaaAllah..

    ReplyDelete
  12. tulaaaa. kesiannn dia. mesti dia sedihhh sgt skg...

    ReplyDelete
  13. kadang-kadang kenapa manusia suka bercakap tanpa fikir terlebih dahulu... orang tu dah usaha habis baik, dia sendiri pun sure sedih , malu ..kenapa nak tambah lagi kesedihan dia ... yang bercakapo macam2 tu dapat ke perform kat AJL? ehhh sorry ter Emo pulak.. hihi semoga Bella kuat

    ReplyDelete
  14. Tapi sy suka dengar lagu cemburu dia dkt youtube

    ReplyDelete
  15. tak dgr lagi lagu yg nabila nyanyi baru2 ni. aritu yg dia terkucil ada la.. mmg dia struggle kan tapi dia mmg kuat semangat..

    ReplyDelete
  16. Kak Nab yang ntahlah kalau Mrs. A tak tahulah kena kecam satu malaya bersara terus dah kot

    ReplyDelete
  17. Memang stress cikgu yang macam tu kan. Salute juga dengan Nabila Razali ni. Semangat dia tu tak peduli dengan mulut orang memang patut di jadikan contoh juga

    ReplyDelete
  18. geram pulak baca pasal cikgu syed tu

    ReplyDelete
  19. Kita tak hidup dek puji, tak mati dek keji, Nabila.. lama2 orang akan stop bercakap pasal dia

    ReplyDelete
  20. heheh..samalah kita. sebab mulut cikgu camtulah juga buat kita menyampah nak masuk kelas dia. sampai sekarang ingat apa dia kata tu kan..

    ReplyDelete

  21. dia memang kental.. Manusia ni mulut nak mengecam je. Serba sedikit memang boleh affect mental health manusia..

    ReplyDelete
  22. Macam pernah menyanyi la lagu pengakap muda tu walaupun sis tunas dan pandu puteri.

    ReplyDelete
  23. NR ni dah banyak kali terkucil masa live tapi nak buat macam mana, ramai lagi peminatnya hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad