Ayam tumis lemak - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Monday, March 22, 2021

Ayam tumis lemak

Sebenarnya masakan ni takde nama betul betul..
Nak masak ungkep, ketumbar habis,
Nak masak gulai lemak cili padi, anak tak makan pedas..
Nak masak kurma, dah jemu..
Kari pun dah selalu...
Ni yang belasah je ni..
Janji masak...

20210317_190613

Bahan bahan:
setengah ekor ayam (potong kecil dapat 8-9 ketul)
2 biji bawang merah sederhana besar - kisar
5 ulas bawang putih - kisar
1 inci halia - kisar
1 batang serai - titik
1 helai daun limau purut
i biji kentang
setengah kotak kecil santan
air
garam
asam keping
Minyak untuk menumis

Cara membuatnya:
1. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia.
2. Tumis bawang kisar,
3. Masukkan serai dan daun limau purut.
4. kacau sehingga bahan kisar sedikit garing.
5. masukkan ayam dan kentang,
6. gaul sehingga rata dan masukkan sedikit air untuk masakkan ayam dan kentang.
7. Selepas ayam dan kentang empuk, masukkan garam, asam keping dan bahan perisa
8. Masukkan santan 
9. Didihkan santan dan tutup api,
10. Siappp....



20210317_190658

Sesuai sangat buat lauk untuk anak anak...
Sebab tak pedas..
Variasi sikit kat anak anak...
Hari hari makan sup dan bening...
Yang sulung pula suka makan kari...

Kat rumah ni hari hari kena ada sambal..
sebab menu utama selalunya tak pedas.
Kadang kadang memang buat dua jenis lauk..
Mama Yan kadang tu tak lalu nak makan sup ayam..
sup daging...sup ikan ni...
singgang ikan lagi tak lalu...
Tapi anak anak lak suka...
Tu yang masak juga tu...

Hari ni tak tau lagi nak masak apa...
Tu la dia orang pompuan..
sebelum tido fikir nak buat sarapan apa...
lepas settle sarapan..
Terus fikir nak masa apa pula untuk makan tengahari...
aiyyaa...


 

16 comments:

  1. 20190927_082126
  2. IMG_7572

    Belasah masak apa pun janji kenyang je hahaha.

    ReplyDelete
  3. Kak%252BSeri

    dari celik mata sampai nak tutup mata, kita memikir masalahanak tekak dan perut rakyat jelata, kan

    ReplyDelete
  4. S__671750

    sama..h haha mama dekat rumah pun sblm tdo dia tnya, esok nak makan apa eh sbb nak masak hehe

    ReplyDelete
  5. 20200302_211551

    Kreatif namanya ni Yan.
    Walaupun takde nama yang betul, janji sedap kat tekak family kan. :)

    ReplyDelete
  6. Retna-crop

    betul2.. x kisah nama apa pun janji sedap untuk semua kan ehhe

    ReplyDelete
  7. picture

    ini lah pengorbanan ibu..selalu ikut tekak anak je kan ^_^
    mak mak ni biasa belash aje mkn ape pun jnji anak2 suka mkn..

    jemput join kak yan GA shida jika kelapangan ya :)
    https://www.shidaradzuan.com/2021/03/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html

    ReplyDelete
  8. rayer%252520004-1
  9. 48110886_10218751316232809_8487582506269278208_o

    Kite mak2 nie bila masak mmg kreatif kan..janji sedap..hehe

    ReplyDelete
  10. IMG20221116111244

    mata sy lbh berkenan pd mangkuk tu heheheh cantikkkk

    ReplyDelete
  11. DP%252520Blog

    Betul tu kak. janji masak, perut pun kenyang. Pun sedap masakan macam ni tak cukup bahan, xde nama pun :)

    ReplyDelete
  12. 1482816570713
  13. wombat+duduk

    Reda sahaja kena masak lauk lebih kurang hari-hari.
    Rumah saya emak dan abah makan ikan, ayam dan daging. Itu lauk kerap. Lain macam sangat jarang.

    ReplyDelete
  14. blogger_logo_round_35

    Akak plak jenis suka masak campak2 lepas tu cipta resepi sendiri...kalau sedap update kat blog..kalau x sedap duk dendiam..hehehe...pas tu bg la nama apa2 yang patut...

    ReplyDelete
  15. blogger_logo_round_35
  16. blogger_logo_round_35

    Ni saya suka makan dengan roti paun, Buat cicah-cicah. Mau sebungkus boleh habis.. hehe


    Tips Mencari Brand Minyak Wangi Tahan Lama

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad