Store kena pecah - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Friday, December 10, 2021

Store kena pecah

Semalam masa suami pergi bagi makan ayam,
tengok tengok pintu pagar kebun dah terkopak.
Store kena pecah masuk rupanya.

7c983785-4f28-4c2c-a834-1ff9c8e469f4
Pintu pagar dia angkat dan bengkokkan selak

30c47f5f-92b1-44e4-b2b6-c8fdc60bff83
Lepas dah pecah ikut dinding belakang,
Dia potong mangga

974322a2-f2ae-44a5-ae0b-e9e8522c9f7c
Dinding belakang yang diumpil untuk masuk

Banyak juga la barang barang yang hilang.
Ni kalau dah masuk sekali,
Mungkin akan masuk sekali lagi bawa lori pula macam Kassim Baba...

Sedih la juga kan..
semua tu barang barang untuk buat kerja.
Dah la job tengah takde.
Aset kena curi pula

Antara yang dikenalpasti ghaib adalah:

- Head triton
- Water jet - 2 nos
- Water pump
- Kaki staging 
- Mesin rumput lama
- Mesin drill diri
- Battery lorry

Ya Allah, Ya Tuhanku,
Mandulkanlah pencuri yang mencuri barang - barang milik syarikat SWMSB,
Halangkanlah mereka daripada memiliki zuriat,
Ya Allah, Ya Tuhanku,
Lemahkanlah nafsu syahwat mereka, hilangkanlah fungsi erektil mereka,
sesungguhnya anak anak tidak memerlukan ibu bapa pencuri.
AMINNNN


 

6 comments:

  1. IMG_20231029_144236

    Kita pakat doakan semoga si pencuri2 tu disiksa di dunia dan akhirat. Aamiin.

    ReplyDelete
  2. Retna-crop

    Allah.... sian mama yan, abis barang2 kena curi!!
    Tu mesti pencuri tu pun xde budget nak beli barang baru... tu yg terpaksa mencuri tu.. pastu mesti dah lama 'aim' store mama yan tu.. bersabar ye!

    ReplyDelete
  3. rayer%252520004-1
  4. DP%252520Blog

    Allahuakbar...sapelah punya kerja ni. Harap mereka sempat insaf dan pulangkan semula.

    ReplyDelete
  5. 2017-11-03+07.25.11+1

    masa kerja construction dulu pun selalu ada kes barang hilang. Geram sangat sebab semua barang yang dicuri tu mahal. Kena letak cctv la kakyan lepas ni

    ReplyDelete
  6. 39846816_10216632032133830_6333715445945729024_o

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad