Aku, kau & kopi ZUS - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Thursday, June 2, 2022

Aku, kau & kopi ZUS

 Walaupun kedai kopi tumbuh bak cendawan lepas hujan... MY jarang jarang la menikmati kopi kopi di kedai kopi yang eksklusif tu. Segan nak masuk, tak reti order satu hal.. Kang buat buat terkejut dengan harganya... dah satu hal lagi...hahaha...

Ramai je kawan kawan terdekat yang tak percaya Mama Yan dan suami tak pernah masuk Starbucks...kahkahkah... kitorang berdua ni kekampungan sikit. Dua dua pun tak reti order. Apa beza latte, cappucino, mocha, hazelnut, pun tak berapa tau. Kami tau Kopi O kurang manis, kopi kaww, kopi segera alicafe... tu je...

Hari tu kat Facebook MY asyik la lalu lalang apps ZUS coffee... MY pun download la... Sebab kat Pekan Nanas dah ada buka Zus Coffee...konon nak order, Tapi tak order order pun.. Kemain lama apps tu dalam handphone...

 Baru pagi ni cuba order guna apps zus coffee. Sebabnya..uncang kopi o MY dah habis... Lupa nak beli. Hari ni pulak hujan gerimis... langit berarak mendung... sejuk aje... nak buat kerja apa pun malas. Rasa macam nak aje bergulung dalam selimut. Orderlah air panas panas... Mana tau minum air panas boleh jadi rajin sikit kerja... dapat buat 2 ke 3 entry sekali...hahaha...


lepas sampai... air coklat anak, minta yang ice, dia bagi yang panas.Haruslah komplen kan.... dia nak hantar yang baru.. Tapi takyah la..yang panas tu pun anak dah bedal separuh. Elok aje pun... Cuma komplen untuk perbaiki kualiti lah. Kalau takde stok ais..call la kan... 



Air yang MY punya? sedap sangat.. Lemak lemak gitu... Rasa macam nak order lagi untuk sesi petang. Tapi sila muhasabah diri lah kann... Ianya less sugar, bukan zero sugar. Masih bergula walaupun sedikit. Lepas pekena kopi, satu entry pun tak siap..hahaha... Ni sambung petang lepas hantar anak sekolah baru siap. hahahampes aje perangai kan. Entah buat apa aje pun pagi tadi... Tahu tahu dah dekat pukul 12, nak ambil Mijan balik sekolah pula.

Ada orang 1 hari tak minum kopi boleh rasa tak bertenaga... MY takla sampai macam tu sekali. Kopi, teh, milo, horlick, sirap, sky juice semua pun boleh minum. Cuma kena order kurang manislah. Tapikann..teh tarik..kalau kurang manis biasanya failed terus...

Dah rasa sekali, memang rasa nak beli lagi gayanya ni.. Haishhh... tulah...siapa suruh gatal mulakan...hahaha




7 comments:

  1. Zuss Kopi belum pernah cuba lagi. Kat Seremban Mrs. A tahu ada cawangan kat senawang 1 kat palm mall 1

    ReplyDelete
  2. Kopi ZUS ni kawan office la mengajar. Dia nak order, ajak order sekali, siap hulur hp dia suruh kita pilih.. Sekali terjebak, install la apps sendiri..hihi..

    ReplyDelete
  3. Ramai kata jenama ni sedap. Belum pernah cuba setakat ni.

    ReplyDelete
  4. kita aritu try juga tp mcm x kena ngan tekak... maybe pasni kena try perisa lain plak la kot

    ReplyDelete
  5. Selalu jumpa brand ni.... tak pernah cuba!

    ReplyDelete
  6. Wak jarang2 minum kopi
    Kalau minum pun kopi yang biasa2 aje

    ReplyDelete
  7. errr saya pun x pernah minum zus ni

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad